Followers

Wednesday, April 4, 2012

Bicara Hati

Salam..............

Dulu orang selalu tegur saya, dia kata kalau bercakap jangan ketawa ketawa nanti orang tak pandang kita. Cam mana ya, nak buat muka serius, nak tunjuk kita ni lelaki tegas 

Dulu banyak orang marah kat saya, hinakan saya malahan ada yang pulaukan saya.... Saya berjalan sorang sorang mereka tak pandang dan mereka seronok dalam kumpulan mereka. Semuanya kerana saya tidak ikut cara hidup mereka.

Dulu ada seorang budak fit, marahkan saya,dia kata lebih baik bercampur dengan babi kalau tidak mahu bercampur orang. Sekarang budak fit tu dah meninggal sebab terlalu banyak dadah bercampur dengannya


Nak bercampur dengan orang kita kena ikut cara mereka ke  ? Saya rasa pening dan serba salah. Saya duduk di rumah, buat hal sendiri, adakala pergi masjid, selesai solat balik ke rumah. Saya tidak sempat lepak kat tangga masjid, lepak dengan kawan kawan dan cerita cerita pasal orang. Kekadang saya bimbang , takut di hari kematian saya tak ada orang nak sembahyangkan saya, kekuburan juga lengang, tak ada orang nak iringi saya......Tak kasihankan  saya ke,  tinggal sorang sorang kat situ, ada ke sesiapa nanti nak temankan macam kat dunia ni. Boleh ajak sembang sembang sampai bila bila.........

Dulu ada seorang guru merunung wajah saya, dia kata " nanti budak ini akan jadi orang besar besar"... Sampai hari ini saya tak besarpun, sekarang dah tua seperti itu jugak....

Dulukan orang kata, cinta itu buta.... sampai hari ini saya tidak melihat mata cinta itu, cam mana saya nak kata dia buta...Saya tidak percaya pada cinta kerana cinta tidak akan menemani tubuh yang bersendirian. Yang ada adalah pengasih dan penyayang milik tuhan.


4 comments:

[PCL] said...

takpa pm..kita dah usaha dan kalau boleh usaha lagi sampai mati pon takpa...kejar dunia seiring dgn akhirat biar tak tempang nt...cakap orang dulu tu lebih kpd sbg semangat tapi cakap org skrag ni bnyk yg melemahkan.

azieazah said...

Jangan bimbang Bang DIN. Jikapun takda orang nak menemani, diharapkan doa-doa akan mengiringi, menjadi peneman selamanya.

Nong Andy said...

teramat suka dgn n3 ini..

isinya sungguh PADAT!!

terima kasih :)

Panglima Muda said...

adalah kisah disebalik itu