Followers

Wednesday, September 26, 2012

APA ERTI HALAL

Salam..........

Bercakap pasal sijil halal , aku sendiri memang tidak faham. Bagaimana nak bagi orang faham ya........
Yang pm tahu sijil tu dah tamat tempuh. Bila nak "apply" baru , maka berlakulah kerja check mengecheck... tau tau pulak tabasco jadi masalah.....


Ada orang cakap tabasco ni diragui..... Halam maaaa......Jadi pihak jakim suruh samak segala pinggan mangkuk periuk belanga yang ada. Nak samak pulak kena pakai tong besar disaksikan oleh mereka. Lepas tu barulah sijil halal nak keluar kut. Itupun entah berapa meeting berlalu barulah ada.....

Baru baru ni adalah pulak menyatakan tabasco ini sudah boleh dipakai....Tapi part sijil kami belum selesai lagi.......

Tadi pihak penganjur function kerjaan tu mempertikaikan sijil halal kami yang masih tak nampak bayang. Kawan pm dah beri penjelasan kepada mereka tentang situasi sekarang. Mereka kata ok tapi dia suruh kawan pm tu buat penjelasan secara terbuka di dalam function mereka itu....



Kawan pm tu main ikut je lah. Tapi kesihanlah kan....dia kena cakap dengan pempesar suara menceritakan kisah atas bawah....padahal kalau jelaskan dekat bos penganjur pun dah kira ok dah.... Bila pm cakap ada orang kerajaan ni merapu nanti korang marah. Sebenarnya dah 3 orang OSTAD datang dah dari JAKIM, kisah sijil halal ni tak habis lagi... Kalau nak apa apa cakap terang terang, jangan berpusing pusing dan pergi balik. Tokeh China manalah faham.... Dia nanti tanya apa lu orang mau....Cakap aja jangan segan segan...................



Bukak SPA pun tak ada masalah ....tapi tang kerja ini tak usahlah diremehkan... Pm tenguk mamak, dengan hindu yang bukak kedai tepi jalan tu tak payah sijil pun...Ramai jugak orang teguk air teh tariknya, ramai jugak orang makan roti canainya walaupun kuali tempat tebar roti canai tu adalah tilam anjing kucing waktu malam..........


4 comments:

Azman said...

Susah nak bagi orang ni paham...cuba tanya dia..dia beli nasi lemak tepi jalan ada sijil halal tak?..Makanan halal tu wajib..tapi kalau dah explain susah nak paham payahlah :)

azieazah said...

Makin dihurai, lagi ramai yang pening...

Anonymous said...

Selain perlu ada tanda halal jakim bagi barangan yang halal, sewajibnya ada juga tanda haram jakim untuk barangan yang haram. Barulah boleh guna tanpa was-was.

Panglima Muda said...

jadi kalau begitu dihadan pintu perniagaan spa dan nombor ekor hendaklah ada tanda haram.....