Followers

Saturday, September 22, 2012

Selimut Pengantin Tua

Salam...............,

Semalam hujan.....best sungguh menarik selimut.....orang yang baru kahwin lagilah best, boleh campak campak selimut........Tapi yang paling susahnya ialah nak bangun solat malam.....mengantuk sangat, berat bagai dihempap batu...........

Alangkah lemahnya insan, dalam usia sebegini masih liat mendirikan solat. Hidup dengan berbagai bagai urusan berbagai bagai alasan. Mengapalah badan ini susuh sangat nak rukuk dan sujud, bukanlah lama seminit dua kalau dibezakan dengan duduk mengumpat orang berejam rejam. Tetapi kalau sudah jenis bangsa mendurhaka sememang begitulah..............................

Waktu muda muda dahulu, liat sangat nak solat sebab tidur itu lebih mustahak, selebihnya sibuk dengan girl firiend dan boy friend ke sana sini. Masa terus berlalu melalui beberapa zaman sehinggalah sekarang menjadi tua kereput, anak cucu sudah semakin ramai....Tak boleh solat pulak, alasannya kurang sihat dan sakit pinggang.....Bilalah gamaknya nak sihat ya ?............................................Hari hari kita makan ubat dan kemudian kita tidur.....doktor suruh rehat....Berapa banyak kita nak rehat ?


Susah nak cakap dengan diri kita yang sudah semakin tua dan semakin banyak cekadaknya....Kalaulah dosa meninggalkan solat boleh diganti dengan duit alangkah senangnya

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.. (Al-Maaidah 5:6)


6 comments:

Granny Hani said...

Kalau dah tua kereput pun tak nak solat lagi tak tau lah nak kata apa. Payah nak disiplinkan diri sebenarnya.

mamawana said...

Granny Hani : kasihankan pd mereka itu...

gadisBunga™ said...

kene mula dari muda pepehal pun... nakal nakal tu mungkin, tapi solat jangan tinggal. insyaAllah nanti bila solat tu betul2 dah berkesan maka yang nakal2 tu akan turut hilang...

azieazah said...

Terimakasih berpesan-pesan...

Panglima Muda said...

Sedih hari ni tak dpt jumpa blogger

Telor Power said...

saling pesan memesan yg bagus ni

terima kasih ye