Followers

Monday, November 4, 2013

Jodoh Pertemuan di Tangan Tuhan

Salam,

Semalam hujan lebat menangisi waktu magrib. Hujan lebat itu begitu bermakna untuk kami semua sekeluarga. Sebenarnya kami telah lama tidak berhimpun dan kalau untuk menunggu hari raya dan kenduri arwah juga dikira nasib nasib.....

Semalam niat abang long untuk mengumpulkan kami semua sekelarga telahpun terlaksana walaupun kakak ngah tidak dapat hadir kerana ketaatannya kepada suaminya. Perhimpunan keluarga ini adalah dengan tujuan untuk makan makan sambil sambil berbincang tentang urusan umrah kami awal januari tahun depan. Seperti biasa dapat makan ramai ramai, bayarpun ramai ramai dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.



Alangkah baiknya jika perhimpunan seperti ini diadakan ketika emak bapak kami masih ada. Tentu emak dan bapak sangat gembira melihat anak cucu yang ramai ramai. Tapi kehidupan manusia hanyalah sekali dan ianya tidak akan berulang lagi. 






Seperti yang selalu pm catitkan dahulu bahawa kehidupan adik beradik ini memang ada carik cariknya dan carik carik itulah disebut orang sebagai carik bulu ayam. Ada saat ada masa dan ada sebab semuanya akan kembali seperti sediakala. Namun ada orang ditakdirkan Allah hidupnya senang, ada juga yang hidup sederhana dan tidak kurang juga yang mendapat kesusahan berpanjangan. Masing masing menerima bahagian masing masing sehinggalah kembali kepada yang empunya........

Apa apapun, yang pergi tetap sudah pergi, tinggallah kita yang ada ini untuk meneruskan kehidupan...


2 comments:

PakcikLie PCL said...

eloklah kita yang masih bernyawa ini merapatkan lagi silaturrahim yg sudah terjalin semoga ia menjadi ikutan anak2 sampai cucu cicit nanti insyaallah.

Panglima Muda said...

insyaalah pakcik