Followers

Sunday, November 10, 2013

Rahsiaku Rahsiamu

Salam,

Bertahun sudah lamanya, sukar sekali mengangati dan bahkan kekadang kadang terasa tidak mampu. Entah kemana hilangnya memori itu....................

Aku teringat lagu itu.........

Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau penuh seluruh


Siapalah aku ketika itu, seorang manusia yang tecari cari dan meraba raba ke sana sini. Buta kepada segalanya. Seperti yang pernah disebut bapak " aku berdosa"........

Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi


Sebenarnya aku tidak tahu bahawa kesunyian itu adalah penyuluh bagi jalan jalan yang aku cari. Aku duduk termenung sendirian di bawah pokok pokok, merenung arus air sungai yang berlalu. Dimana emak bapak kakak dan abang ? Kenapa mereka semua tiada bersama aku......" Dia gila " itulah yang aku dengar. Padahal yang aku gilakan itulah yang mereka gilakan pada hari ini......



Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling


Benarlah....yang mencari itu kelihatan anih. Kata bapak " kau jangan terlalu asyik" Tapi bagaimana aku dapat menahan rahsia yang datang terbuka. Bagaimana aku dapat menolak takdir. Bagaimanakah jika mereka mereka itu menjadi aku. Adakah mereka akan menyembelih anak anak mereka, adakah meraka akan menikam orang awam di tepi tepi jalan...............

Jangan mencari seperti aku dan cubalah jadi seperti aku adalah kata kata pelik. Zaman terus berubah, manusia menangis di hadapan kaaabah, mengangkat tangan meminta minta. Meraka berdoa menembusi kepelikkan itu kerana di dalam hatinya sudah ada kepercayaan tentang tuhan. Mereka bangun bersolat malam berbicara kepada tuhannya. Mereka sudah menjadi seperti aku yang mencari cari...........

Pada suatu ketika pabila adikku berkata tentang kitab Kasyaful asrar yang masih di pakai di masjid masjid kampung, aku tersenyum........Sebenarnya perjalanan pulang itu masih jauh..........


Mudah mudahan Allah Taala mengampuni dosa dosaku dosa ibubapaku, anak isteriku, abang kakak dan ipar iparku, seluruh kaum keluarga, para para guruku, sahabat sahabat serta muslimin dan muslimat sekelian. Mudah mudahan memberi rahmat dan rezeki yang tidak pernah terlintas oleh mata.

Mudah mudahan tiada lagi hutang piutang walaupun sedikit terdetik di dalam hati. Mudah mudahan terbina kebaikan di tahun baharu hijrah ini...

Wallahualam

4 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

amin.. insya-Allah..

nyanyisunyi said...

Aminn insyallah..mudah2an perjalanan hidup kita sntiasa diredhai Allah

PakcikLie PCL said...

mudahan tercapai apa yg dihajatkan PM. insyaAllah.

Panglima Muda said...

doakan saya sampai ke baitullah pakcik .....mudah mudahan sihat dalam perjalanan pergi dan kembali