Thursday, May 29, 2014

Berair Dalam Panggong Wayang

Salam....,

Bukan kisah rogol beramai ramai sampai 38 orang........bukan pasal ubat penahan sakit dan bukan pasal jantan mana yang dapat lama bertahan....bukan bukan bukannnnnnnnn


Ini adalah diantara sebutan tentang anak dara keluar waktu maghrib. Bukan sekarang tapi dari zaman dulu dulu lagi, zaman filem filem hindustan dan perbuatan jahat itu bukan hanya pada hari ini tapi dah ada sejak dulu dulu dulu lagi.....Mungkin orang dulu dulu tu sekarang dah taubat, sudah memenuhi masjid, sudah mendapata title mak aji, sudah jadi ustazah...Hari ini anak anak pula mengambil tempias perangai emak bapak, bagaikan pula ketam mengajar anak...

Adapun pm nak sebut bagaimana orang dulu dulu mengajar pasangan yang sedang sedap beromen dalam panggung wayang, namun ajaran ini tidaklah termasuk dalam buku mana mana dan terbukti berjaya...

Pertama ;

Cari tin susu....


Kedua:

Cari belalang padang


Ketiga :

Anda harus melepas di dalam tin tersebut dan pastikan yang anda lepaskan adalah yang " cair" melekat dan sehabis habis service........wek.....wek..

Keempat ;

Setelah selesai sila masukkan belalang padang dalam jumlah yang banyak dan tutup tin tersebut agar belalang tidak terlepas...

Ke lima :

Bawa tin tersebut ke panggung wayang yang paling best sekali ceritanya..........

Ke enam ;

Apabila wayang telah bermula dimana lampu menyinar ke screennnnn, maka buka tin tersebut seluas luasnya......Anda terus balah dan tinggalkan panggong wayang tersebut................cepat cepat...jangan tunggu

Hasilnya ;

Belalang akan berterbangan, hinggap ke bahu rambut, tudung, muka, tangan. kaki, seluar skirt tidak termasuk seluar dalam bagi mereka yang berada  di dalam panggong wayang tersebut....Belalang akan melompat menuju ke arah " layar".......

.
Kalau hari hari anda buat, panggong akan kosong atau anda kena tangkap diatas tuduhan khianat......

Wednesday, May 14, 2014

Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu

Salam,

Sewaktu menghadiri kursus umrah di dewan Utas Travel, pm telah membeli sim card saudi di atas " zain" dengan harga 50 rial. Penjualnya kata boleh terus pakai setiba di saudi nanti dan juga boleh gunakan internet. Pm sangatlah gembira kerana perkara utama ialah dapat menghubungi keluarga dan kawan kawan.


Setibanya di Jeddah banyak juga kelihatan "ulat ulat" menjual sim card di kawasan check in. Ada diantara kawan kawan yang membelinya, ada yang buat tak tahu sahaja kerana sim card Malaysia masih dipercayai untuk digunakan. Pm pula dengan muka selamba sahaja......Namun panas tidaklah sampai ke petang apabila tiba tiba duit top up diperlukan. Masa itu barulah pm tahu bahawa untuk top up sim card saudi nampaknya lebih cerewet. Kalau di Malaysia kita hanya perlu masukkkan 13 digit itu tapi di saudi mereka memerlu no pin sim card tersebut. Puaslah membelek kertas pembalut sim card namun tidak kelihatan nombornya.


Di luar banguna hotel di Madinah banyak terdapat penjual penjual sim card di tepi jalan. Sudah beberapa kali juga mereka menenyeh top up kad talipon untuk pm namun tidak berjaya. Ada pula mengambil kesempatan menjual sim card lain dengan harga yang potong leher....150 rial. Kegilaan pm mencari sim card yang sesuai membuat pm berjalan sendirian di pasar mereka. Malam selepas isya' adalah waktu yang panjang untuk shopping....


pinjam gambar google... minta halal ya.

Akhirnya pm kembali ke hotel dan bersembang sembang dengan tukang masak indonesia di sana. Dengan sebab pm begitu mudah mengikut gaya bahasa mereka, kedatangan pm disambut baik. Sambil minum minum pm minta tolong kepada salah seorang dari mereka membantu pm. Akhirnya mereka membantu pm dan membawa pm ke salah sebuah kedai talipon di malam itu..



Beliau dengan baik hati dengan menggunakan no passport beliau ketika mendaftar. Dengan mudah pm mendapat sim card baru berserta no pin sekali manakala pengunaan internet pula berlansung seminggu sehingga pulang dari Mekah. Banyak gambar gambar dapat diambil dan terus masuk ke facebook selain dari pengunaan wifi di masjid dan di bilik hotel.

Betapa pentingnya pengetahuan apabila kita dengan mudah menghubungi keluarga kita melalui vedio call dan sistem pesanan ringkas, wechat, what's up dan segalanya...Pendik kata, berhubung siratulrahim itu adalah juga ibadah...

Esoknya waktu siang, menzarah lagi sambil melihat makcik makcik yang sibuk membeli jubah untuk anak anak, menantu dan jiran mereka sebagi buah tangan sewaktu pulang..


bersambung......

Tuesday, May 13, 2014

Cerita Cerita Di Madinah

Salam,

Sebenarnya ingat ingat lupa tapi sukalah nak cerita sedikit,......

Pagi jam 7.00 pagi ketika sampai ke kota Madinah itu, pm melihat dunia baru. Penyambut tetamunya bercakap loghat indonesia memberi taklimat. Pm tidak mengambil kisah kerana memikirkan kami semua belum solat subuh lagi dengan sebab kekeliruan pemandu bangsa arab. Hanyalah sempat mengambil gambar notis arahan dan kemudian naik ke bilik. Liftnya teramat kecil dan kami terpaksa naik berperingkat peringkat. Ada tegahan supaya kami jangan mandi oleh ustaz tapi oleh kerana kami orang melayu maka tetaplah juga kami mandi walaupun suhu Madinah waktu itu memang sejuk.

Pagi itu, seronok melihat gelagat orang Madinah. Sungguh ramai yang pulang dari masjid dan ketika itu pasar pasar lambak mula dibuka. Lelaki arab yang berniaga di kaki lima menyambut kami dengan senyuman " Malaysia bagus" katanya. Mudah benar mereka mengenali orang Malaysia walaupun kami memakai jubah. Sebenarnya orang Malaysia kerap memakai kopiah yang bertanda..


Jual beli sangatlah mudah, masih boleh tawar menawar dengan berbahasa melayu, cuma sedikit beza untuk halal dengan haram. Si Arab ni kalau dah kata "haram" tu, payahlah sikit. Puas abang ipar pm menawar meminta harga rendah dalam pembelian yang banyak. Arab ni menjual, baju besar dan kecil pun dalam harga yang sama.

Pm mencari tasbih yang diminati dalam lambakan tasbih di tepi jalan, malangnya satupun tak jumpa. Serupa sahaja seperti di Masjid India dan Mydin dan rasa tak berpada membelinya untuk dibawa pulang. Tapi pada suatu hari hati pm menjadi cair juga dengan sebab memikirkan buah tangan untuk dibawa pulang.

Pada suatu malam selepas isyak pm sendiri merayau rayau di sekitar hotel mencari tasbih kayu koka. Akhirnya dapat juga di dalam sebuah kedai di sana walaupun abang pm menganggap perkara ini mengarut. Bezanya kayunya agak berat sedikit dan cantik. Kemudian pm mencari cincin pula di kedai yang sama di bazar itu


Group kami dari utas seramai 31 orang sahaja benar benar tidak memenuhi bas yang disediakan. Jikalau kami boleh membawa unta pulang sudah tentu untapun dapat duduk sama di dalam bas tersebut. Sekarang anda tidak perlu ke ladang unta kerana sudah ada penyakit berbahaya.

sewaktu di ladang unta

31 orang yang dahulunya saling tidak mengenal kini telah menjadi sebuah keluarga yang begitu rapat di sana. Apa sahaja hal berselisihan pendapat dapat dirujuk dan dibincang bersama. Duduk di negara orang menyebabkan kita lebih banyak bersatu kerana tekak kita sama sahaja mencari makanan yang biasa di makan. Kita tidak akan makan daging kebab setiap hari tetapi tetap mencari nasi walaupun terpaksa makan masakan indonesia....


Ada juga saudara mara jauh yang tidak dikenali tiba tiba jadi " jadi bau bau bacang " pula. Sungguh pun bumi Allah ini luas, namun jodoh pertemuan adalah di tangannya, padahal di air port masih tidak bertegur sapa.

gambar abang ipar pm bersama saudara kami yang baru di kenali dimasjid Quba'

Banyak gambar kenangan di Madinah yang pm ambil kerana pm fikir bukanlah mudah untuk pergi ke sana kalau kita tidak mempunyai keupayaan.

diluar masjid nabawi

laluan berhimpit himpit berdekatan makam rasul

Kalau ada rezeki, tentu ramai diantara kita berkeinginan ingin ke sana semula. Sepertinya di sana ada gula, sentiasa manis di dalam ingatan. Tambah manis jika kumpulan tersebut terdiri dari ahli keluarga kita sendiri dan menjadikan tempat itu sebagi perhentian terakhir.......................wallahhualam.......



Monday, May 12, 2014

Tetamu Tidak Bermusim

Salam,

Ada teman teman pm sudahpun selamat kembali ke tanah air dari tanah suci Mekah. Masing masing tentunya mempunyai cerita yang hebat hebat untuk disampaikan kepada kawan kawan dan saudara mara di sini. Namun begitu cerita belum tentu dapat disampaikan.............................



Rata rata yang pulang kebanyakkannya sakit. Sakit tekak, sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi , pening kepala, dada rasa macam nak pecah dan berbagai rasa sehingga bermingu minggu dan melebihi sebulan. Pm sendiri pula disyaki terkena penyakit denggi. Orang sakit begini tentu hilang modal bercerita dan akhirnya lupalah nak cerita tentang detik manis mereka....Maka tunggulah mereka sihat nanti......Masa itu air zam zam yang dibawa sudahpun habis.........



Sebenarnya di Mekah, tidak ada perasaan nak tidur sedap sedap, kecuali sakit. Pukul 3.00 pagi mata sudah terbuka, malahan ada yang se awal itu berlari lari ke masjid. Kalau boleh nak duduk dekat dengan kaabah, nak pandang kaabah lama lama sepertinya melihat anak dara....Ada rasa nak peluk kaabah, ada rasa nak menangis depan kaabah. Semua rasa, semua di dalam jiwa dikala itu bagaikan bunga harum di dalam taman. Tidak ada rasa memberontak, tidak ada rasa dengki khianat, bahkan sentiasa berdoa yang baik baik, minta seluruh keluarga kita baik baik...............


gambar hiasan 

Bila dah balik ke tanah air..........banyak yang berubah. Kasar benar dunia ini. Di sini banyak dengki khianat, banyak yang tidak puas hati, banyak kerja haram berlaku kembali......

Tahun depan, kumpul duit pergi baliklah ke Tanah Suci....Cuci balik apa yang kotor ni.....

Saturday, May 10, 2014

Detik Detik Kerinduan

Salam,

Masa itu terlalu pendik rupanya. Semakin dikira semakin cepat pula berlalu. Hanyalah hati dan jiwa bagaikan tidak sedar........

Sebagaimana tersebut, diambang subuh itu beduk ditalu talu, berlainan benar bunyinya. Lalu dari mulut ke mulut tersebarlah berita bahawa saudara sekampung kita telahpun meninggal dunia. Hembusan nafas terakhir itu diiringi dengan tangisan anak cucu yang berdekatan, ada yang meratap ratap ada yang menceritakan segala kebaikan arwah sewaktu kehidupannya, ada yang terkejut dan ada yang bermuram sahaja. Ada yang membaca surah yassin  dan paling paling tidak memasang radio keset atau dalam bentuk digital alunan bacaan quran kerana pada hari ini manusia sudah semakin tidak mampu membaca quran sehinggakan mengupah orang.....

gambar hiasan

Lalu talipon berdering bersahut sahutan, sms, fb, wechat, what' sup dan segala bentuk pesanan rengkas saling berbalas menceritakan berita kematian itu. Pak imam di surau terus dimaklumkan, budak budak penggali kubur dikerah menggali tanah setelah selesai solat subuh itu. Ahli ahli masjid khairat kematian kemudiannya  bersiap sedia menyediakan peralatan mandi dan kafan...........

Jam 8.00 pagi setelah minum pagi orang ramai mula berkumpul. Bau kemenyan, bau kapur barus bau daun pandan kian bercampur. Jam 9.00, anak anak cucu mula mengangkat jenazah untuk dimandikan........tabir mula dipasang, mayatpun dimandikan....Ada anak anak turut serta, ada yang menghilang entah kemana......


gambar hiasan

Lalu selepas itu mayat dibawa semula ke tempat pembaringan di tengah rumah. Kain putih yang sudah ditabur barang barang keperluan dibalutkan kepada mayat satu persatu. Sesudah selelesai itu hanya ditinggalkan pada bahagian muka sahaja bagi anak cucu melihat untuk kali terakhir.......Ada yang datang mencium dahi, ada yang sebak menahan air mata....ada yang menjerit bagaikan orang tak ada agama....

gambar hiasan

Jam 10.30, selesai dikafankan, ada pak imam mengajak solat jenazah di rumah, ada pula menolak menyuruh ke masjid sahaja. Maka mayat itu di solatkan oleh tetamu yang hadir, tidak termasuk mereka yang suka duduk di bawah pokok .



Jam 11.00 jenazah diusung ke tanah kubur, ada yang dibawa dengan van dengan diikuti keluarga serta saudara mara yang ada. Setelah tiba ke kuburan, mayat dimasukkan ke lahat, kain penutup muka dibuka, tanah dikepal diciumkan kehidungnya...ikatan dilonggarkan......Anak cucu dapat melihat wajah untuk kali terakhir.......Papan penutup mula diletakkan, tanah diturunkan sedikit demi sedikit, dicangkul cangkul sehingga rata dan dipijak pijak..........

gambar haisan

Imam mula membaca talkin berakhir dengan doa, anak cucu kemudiannya mencurahkan air wangi ke tanah kuburan bernisan kayu.........

Semua saudara mara beransur pergi dan kemudiannya anak anak pula berangkat balik. Ada yang menunggu sehingga 3 hari di rumah arwah, ada yang cabut pada hari itu juga kerana tersangat sebuk........

Begitulah pendeknya waktu perjalanan tidak sampai sehari.......Hanya setengahari itulah orang telah lupa pada kita kerana sejarah kita telah berakhir. Anak anak dan kawan kawan kembali ketawa...semakin hari semakin lupa dan kalau kalau teringat cumalah harta, atau mungkin selepas 100 hari atau mungkin menjelangnya hari raya....Mereka melawat kubur kita membawa tunang atau girlfriendnya atau isteri mudanya................

Thursday, May 8, 2014

Belajar Merangkak

Salam,

Di hujung hujung begini sudah banyak pula kenduri kahwin. Ada jemputan agak sukar kita hadiri oleh kerana ada hal hal tertentu yang misti diuruskan. Kenduri kahwin bermakna banyaklah duit yang digunakan dan tentu sekali belum tentu mendapat pulangannya" masukkkkk" walaupun kita membesarkan poket baju kurung serta pakaian dalaman.



Seorang anak muda menemui pm menceritakan keadaan bakal isterinya yang tersangat garang. Rupanya ,cinta tidaklah dapat mengatasi kegarangan itu namun bila hati dah suka " akal" tidaklah diperlukan lagi....Pm menasihatkan beliau supaya solat berjemaah dengan isteri kerana di dalam solat itu telah menunjukkan taraf kedudukan seorang suami, paling paling tidak, mudah juga baginya menasihatkan isteri setelah selesai solat itu. Tapi anak muda ini pula berasa kekurangan tentang bab solat... Masalah juga......



Bab bab lain , pengantin perempuan pening lalat untuk menghadapi ibu mertua . Ada ibu mertua ok sahaja dan ada pula cerewet. Begitu juga pengantin lelaki, rasa macam kena tak kena berhadapan dengan bapa mertuanya..Ada yang membodek cukup cukup sehingga melimpahlah pujian dari mertua masing masing padahal di dalam rumah sendiri dia adalah raja dan ratu paling pemalas. Pm kata jangan nak berlakunlah walaupun pada hari  ini banyak mertua yang kurang cerdik. Jadilah diri sendiri dan kekal dengan perangai yang ada. Cita cita untuk berubah dengan cara terbaik sangatlah digalakkan.

Pm nasihat, eloklah pindah dan duduk di rumah sewa semampu yang ada. Jangan bergantung dan menyusah emak bapak lagi, jangan ingat emak anda akan jaga anda dan suami anda. Jangan ingat nak berjimat, tunggu ada duit beli kereta, baru nak pindah. Jangan beri alasan bahawa anak anda tak ada orang nak jaga.Jangan nak menyamar mengatakan bahawa anda sebenarnya menjaga orang tua anda terkecuali mereka itu orang sakit, tidak berupaya atau alasan yang menasabah. Padahal sebenarnya anda sedang mengambil kesempatan dari semua sudut....Atau sebenarnya anda seorang anak yang manja hidup penuh belaian.....Kalau tak mahu susah , jangan kahwin dan jangan hidup di dunia ini...



Bab bab orang baru kahwin ini sememangnya banyak. Ada yang mahu terlalu sempurna. Di hari bersanding itu, sang isteri pun sudah dapat teguran berpakain tutup litup sehinggakan kain pengantin menyapu jalan. belum lagi bab salam bersalam kawan kawan yang datang meraikan........Pm tak kata mereka salah tapi sederhanalah......sepertinya belajar mengaji bermula dari Alif....................


Wednesday, May 7, 2014

Mendung di Rembang Petang

Salam,

Semalam pm singgah makan di sebuah kedai yang biasa pm makan tengahari di sana. Masakannnya adalah masakan kampung, manakala harga makana jauh lebih murah dari tempat tempat lain. Hanyalah kedai biasa sebagai warung kecil dipinggir kota.



Kedai tersebut adalah kedai milik keluarga di mana ada ahli keluarga yang menjaga makanan ada yang bekerja sebagai tukang bancuh air, manakala masak memasak pula diserah kepada pekerja indonesia melakukannnnya . Seperti biasa di dalam kedai juga terdapat anak anak kecil mereka. Keadaan beginilah kekadang membuat pelanggan berasa kurang selesa.



Tengahari semalam seorang dari anak kecil mereka berusia dalam lingkungan 5 tahun mengamuk ngamuk di dalam kedai. Badannya kecil tetapi mampu mengamuk, menumbangkan kerusi kerusi di warung itu dalam keadaan membantah justeru kerana ibunya enggan membeli barang mainan yang diingininya. Semakin ditegur ibunya semakin itu juga kuat raungnya sehingga pelanggan yang sedang makan berasa tidak selesa. Si ibu tersangat sabar melayan karenah anaknya. Anaknya pula tidak menunjukkan keadaan reda selagi ibunya tidak keluar dari kedai membeli mainan itu



Pm tahu bukan senang untuk menjaga anak kecil dan tidak ada anak kecil yang boleh duduk diam. Ada orang berkata bahawa kita jangan jangan memukul anak kita kerana takut terbantut perkembangannya. Bila manusia sudah terlampau sangat cerdik, sampai anak tidak boleh dijentik bermakna mereka menempah maut.

Orang orang tua dahulu mengajar anak anak dengan rotan. Rotan bukan untuk membunuh tetapi untuk diberi pendidikan serta peringatan. Anak anak yang mengamuk menunjukkan kehebatan dirinya, anak anak yang degil harus dihukum. Bukan sahaja rotan malahan cubitan mesra juga berfungsi mendidik mereka.



Namun dihari ini ibubapa terlalu moden dan penuh sakailoji......mereka mendidik anak anak penuh kemanjaaan, mengikut sahaja apa sahaja kehendak anak, takut anak anak jadi seorang penakut pendiam dan sebagainya......... Belajarlah dari sejarah, belajarlah dari apa yang berlaku kepada kita semasa budak budak dahulu.... Anak anak yang puas kena rotan itulah yang menjadi ORANG pada masa ini walaupun waktu itu kita semua hidup dalam kemiskinan. Malam bercahayakan pelita, siang berlenggeng di matahari, kulit hitam berkudis, telinga berbau tapi hari ini dah jadi cikgu yang baik, jadi ustaz yang baik, jadi pegawai atasan yang baik , bahkan jadi dokter dan lowyer............................Dah jadi Dato' punnnnnn



Monday, May 5, 2014

Buang Tebiat

Salam,

Beberapa hari sudah pm menonton sebuah rancangan agama di TV, dimana seorang penonton bertanyakan kepada imam berkenaan bagaimana mengekalkan kasih sayang di waktu usia telah tua.... Tentu sekali pak imam akan bercakap seperti juga ustaz ustaz romantik, menyuruh kita mengembalikan suasana waktu muda dahulu sepertinya menonton wayang, pergi berjalan bersama, berdating di taman taman bunga. Pendik kata apa yang dibuat masa muda itu, buat baliklah sekarang....


Tanyalah pak cik pakcik kat sana, tentu ada yang mencebik muka dengan kaedah ini. Kaedah ini bukan salah akan tetapi berlawanan dengan tata cara kita orang melayu. Kalau tak percaya suruhlah pakcik makcik tu jalan bepinpin tangan dan berpeluk cium dikhalayak ramai, suruhlah pakcik makcik berlari lari anak sambil berkain batik, suruhlah pakcik makcik tu duduk dating di taman bunga atau di tepi tepi bus stand...



Pm  ada melihat suami isteri barat yang berjalan berpinpin tangan, masa itu pm anggap benda itu betul. Padahal mereka hanyalah bergaya di hadapan awam tetapi apabila mereka berada di dalam bilik, mulut sang isteri itu sama seperti juga mulut orang melayu, penuh dengan maki hamunnya...cuma bezanya dia oang cakap orang puteh lah.....

Bagi pm mengekalkan cara yang ada sekarang adalah lebih baik. Sudah tua tua begini  sudah tentu paling memahami. Andainya suami kuat tidor, itulah perangai dia, manakala isteri pula suka mesyuarat tingkap tentu itulah tabiat keturunannya.... 

Tidaklah salah ustaz ustaz nak buat seronok cerita benda benda gitu dalam ceramahnya kerana kebanyakkan ustaz bukan mempunyai lebih dari satu isteri. Orang yang banyak isteri sememangnya banyak pengalamana dan  memainkan peranan  bagi mengendalikan isteri isterinya. Pandai memujuk, pandai berhujjah, suka membawa isteri isteri isteri berjalan jalan untuk menjaga hati. Manakala pak cik pakcik yang hanya mempunyai satu isteri tentunya tidak banyak idea sebaliknya mengekalkan sikap kemalasannya......

Kakak kakak yang suka dengar ceramah itu, bolehlah sama sama ketawa. Ketawa mendengar kisah rasullullah berkejar kejaran bersama isterinya Aishah. Tidak siapa yang akan mempertikaikan rasullullah kerana keadialannnya. Tapi kakak tak usahlah buat cam itu kat kampung...... Tak terdengar pula pm bahawa rasullullah berkejar kejaran bersama siti khadijah.....mungkin pm terlepas pandang kut.... Tapi pak cik pakcik di luar sana kalau nak berkejar kejaran dengan isteri muda, tak siapa pun kata salah ?





Sunday, May 4, 2014

Kemampuan Hidup

Salam,

Sudah beberapa hari gundah gulana, banyak berfikir soal itu dan ini seolah olah kita adalah orang paling tersibuk di muka bumi ini. Kita sebagai manusia merasai mampu segala galanya bahkan berani mempersoalkan tentang nabi yang berkahwin empat...Semua kerana kiblat telah bertukar arah...Kemampuan itulah yang dipersoalkan sehingga ke dalam seluar orang orang biasa yang bukan bertaraf ustaz.....


Menceritakan kembali tentang kewujudan manusia pertama tanpa wanita merasai sesuatu yang kurang di dalam hidupnya. Lantaran itulah dia melayani perasaannya yang merupakan anugerah dari tuhan. Perasaan dan akal yang berfikir melihat suasana alam yang tidak sunyi sepi, yang sepi hanyalah diri sendiri bagaikan terbiar.....................


Lalu Allah menjadikan kehidupan itu berteman, kehidupan itu sebenarnya mempunyai tunangan dan kehidupan yang yang berteman itu pula menjadi pertengkelingkan yang tidak kunjung padam sehingga ke hari kiamat...

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yaa Siin 36:36]

Dan kehidupan manusia itu dibekalkan dengan akal, diberi ujian tentang sabar yang mana begitu berat untuk dihadapi dan diterima dengan semudah mudahnya oleh jiwa mereka. Mereka menjadi penentang hukum hukum Allah, mengkritik para para nabi, mengkritik mereka mereka yang mencontohi nabi sehingga kiblat itu bertukar arah.......Lalu ada yang bertanya tentang kiblatnya iaitu sebuah kotak batu berbalut kain hitam yang tidak menghadiahkan apa apa kepadanya kerana dia adalah batu...

Batu tidak akan memberikan apa apa kepadamu, walaupun kau lekatkan dijari, kau gantung ke lehermu, samalah akalmu diletakakan diatas kepala lutut....................

Manusia sebenarnya tidak mempunyai apa apa selain jadi pelakun yang kehidupannya dipersoalkan.......


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...