Friday, August 27, 2010

Langgar Punya Hal

Pagi semalam sewaktu memandu kereta ke tempat kerja, sampai sahaja di Sg.choh aku tenguk ada seekor anak anjing melintas jalan. Kelihatan comel dan warna bulunya cerah manakala  ibu anjing itu berada ditepi jalan. Aku lihat banyak kenderaan lalu disitu. Ada juga lori yang besar besar juga. Selepas aku melalui lampu isyarat aku melihat cermin pandang belakang dan ternampak anak anjing itu terbaring ditengah jalan. Siapalah manusia yang tak ada otak melannggar anjing itu. Kalau nak cepat pergi kerja pun janganlah buta sangat mata.

Masih aku teringat kisah setahun yang lalu ketika aku sedang melalui pasar malam Bukit Beruntung. Dalam pasar manalah boleh jalan laju laju. Tiba tiba ada seekor kucing melintas.... aku pun brek... Tiba tiba entah dari mana datangnya kereta vios warna hitam dengan laju menghentam pungggung kereta aku. Keretanya kemek bahagian depan manakala proton buruk aku tak ada apa apa pun. Seorang perempuan melayu keluar dari kereta marah marah pada aku dalam bahasa inggeris" Why , you scared of cat ?" katanya." Lain kali langgar ajelah " tambahnya lagi. Ini lagi satu gila punya perempuan, lakinya duduk diam terkebil kebil. Dia ajak aku buat repot kat balai Bukit Sentosa. Aku ikut aje...... sebab dia BODOH.

Sampai di balai, ada geng dia datang jumpa aku 2-3 orang nak suruh settle, dia suruh aku bayar aje kerosakan keta itu. Aku kata dah datang balai jom masuk, peduli ape kalau dia tu polis sekali pun... Akhirnya dia dapat le saman RM 300/- sebab langgar punggung.... Kau orang pernah langgar punggung ?

2 comments:

Gerb said...

Pernah. Mamat yang langgar tu mula2 ajak settle balai. last2 tak jadi. Roadtax dah mati. Dia yang langgar blakang, lagi nak kecoh. Nasib baik dia bayar semua kerosakan

perjalanan pulang said...

padan muka dia... langgar lari lagi dahsyat

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...