Monday, August 9, 2010

Saat Pemergian

Saat kematian itu pasti datang kepada semua makhluk. Hidup itu tunangannya adalah kematian.Cuma ia datang dengan cara dan suasana yang berbeza beza. Suasana kesedihan dan kepiluan itu jelas nampak di depan mata diiringi linangan air mata tetapi manusia masih belum tersedar dari mimpinya.

Beberapa tahun yang lalu aku pulang berhari raya ke Utara tanahair. Didalam suasana kegembiraan itu kami sekeluarga telah menerima berita bahawa ibu kepada salah seorang kenalan kami telah dimasukkan kehospital Alor Setar kerana sakit tua. Petang itu sambil beraya kesana sini kami sekeluarga singgah ke hospital itu untuk menziarah. Seperti biasa kebanyakan ahli keluarga pesakit ada disana dan aku telah berkesempatan untuk masuk melawat.Aku yang bodoh dan tak berapa pandai ini dapat merasakan sesuatu kelainan pada wajah orang tua itu.Seperti biasa kalau disebut salah dan kalau tidak disebut pun salah, jadi mau tak mahu disebut juga. " Bacalah Yassin " kataku padanya. " Jangan " katanya. " Kenapa ?" soalku padanya sambil garu garu kepala aku yang tak gatal. " Emak saya ini masih ada harapan , jangan baca yassin , nanti dia sedih, dia belum nak mati lagi" jawabnya.

Aku tersentuh dengan jawapannya dan sungguh sunguh aku tidak menyangka dia akan berkata begitu. Dia memang seorang pekerja klinik swasta dan tentu sekali sudah biasa dengan pelbagai situasi. Tapi mungkin juga sudah " bahagian" ibunya. Di dalam ramai ramai anaknya itu hanya seorang sahaja yang kelihatan membaca surah yassin tetapi duduk jauh dari bilik ICU. Petang kami pun pulang meninggalkan seorang tua yang sedang berperang dengan maut.

Cerita itu mengingatkan aku tentang ibuku yang pernah terlantar diGHKL selama 21 hari dibulan Ramadan. Kami adikberadik ipar duai saling bertukar ganti menjaga ibu.Waktu itu kami semua bukan sahaja berdepan dengan masalah kerja tetapi juga masalah penjagaan anak anak dirumah Waktu petangnya kami sekeluarga berbuka puasa ditangga hospital, diwaktu malam pula salah seorang dari kami akan berjaga sampai ke pagi. Walaupun doktor berkata telah tiada harapan tetapi kami tetap menunggu dengan bacaan surah yassin sehingga ke akhir hayatnya.


Pentingkah bacaan yassin itu ? Sekurang kurangnya dia dapat mengiringi pemergian arwah dengan lebih tenang. Sungguh kasihan bagi mereka yang mempunyai anak tetapi bersendirian dikatil hospital, sungguh kasihan kepada mereka yang mempunyai anak tetapi tidak membantu sewaktu pemergian mengadap ilahi. Sungguh kasihan kerana mempunyai anak yang telah didik dengan didikan agama , disekolahkan  diberi pelajaran tetapi buta hatinya........................

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

Begitulah manusia ni...belajar tinggi...tetapi bila bab macam jadi rendah akal...

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...