Saturday, October 9, 2010

WASIAT TERAKHIR DIBULAN SYAWAL

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia...........................

Anakku
Ungkapan kata kata manis tidak dapat memujuk hati ini dan aku menjadi terus sebagai seorang pencari dan mengejar ketenteraman itu. Wasiat ini bukanlah sahaja untukmu tetapi juga kepada anak anakku yang lain  yang berada diseberang sana malahan juga buat tetamu tetamu kita yang sudi hadir diruang sekecil ini.




Anakku,
Janganlah berpaling lagi ke belakang kerana jalan ini sudahpun lurus dan kau harus memutuskan niatmu kerana ini adalah jalan pulang. Mungkin perlu kuperingatkan bahawa sejadah ini mempunyai empat penjuru membentuk empat segi bujur sebagai tanda bahawa agama itu memerlukan empat perkara yang saling berkait diantara satu sama lain yang mana jika tiada salah satunya maka terbatallah. Ingatilah wahai anakku bahawa yang pertama itu Islam, kedua adalah Iman ke tiga adalah Tauhid dan yang ke empat adalah Ma'rifat. Sepertinya yang kukatakan tadi bahawa ianya saling bergabung yang mana jika adanya Islam perlunya ada nya Iman kerana tanpa salah satu darinya ugama itu akan terbatal......................

Sejadah itu juga merupakan jemputan untukmu agar kau bisa pulang pulang dengan selamat dimana ianya adalah  kuburan pertamamu dimuka bumi ini. Orang yang solat itu adalah umpama orang yang mati, tidak memerlukan makan dan minum, hanya berbicara dengan segala puji kepada tuhannya, mencium hamparan bumi Allah yang tiada dekat dan jauhnya hatinya ke baitullah............. Dimana pun kau berpijak , kemana pun kau bakal pergi, langit inilah yang kau junjung dan bumi inilah yang kau pijak. Janganlah berlaku sombong, melakukan kerosakan sambil menghidup udara ini yang bakal menghapuskanmu kerana kedegilanmu................. Anakkku sebelum kau terlupa lagi bersungguhlah dalam sujudmu, dan jadikanlah sujud ini sebagai sujud terakhir kerana solat mayat itu tidak mempunyai sujudnya lagi, mereka hanya berdiri sehingga ke akhirnya.............salam.......................






1 comment:

azieazah said...

Terimakasih berpesan-pesan.

Sebagai manusia biasa, kadangkala terlupa.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...