Ya Allah. hari ke 14 telah berlalu dan aku menjadi penanti yang penuh harapan. Kabulkanlah doaku Ya Allah dan jadikan aku juga sebagai insan reda diatas ketetapanmu Ya Allah. Jangan kau biarkan aku dalam kebingungan disini, jangan kau biarkan aku terus sesat disini, jangan kau biarkan aku berputus asa keatas rahmatmu, jangan kau biarkan aku binasa kerana kebodohonku
Ya Allah, bimbinglah aku agar aku boleh menemukan mutiara di balik semua kesusahan ini. Penuhi hati ini dengan kesabaran, keikhlasan menjalani hidup, dan niatan yang kuat untuk memenuhi hidup ini dengan ibadah kepada-Mu.
Ya Allah, kepada siapa lagi akan aku mengadu jika bukan pada-Mu. Kepada siapa lagi akan aku bersandar jika bukan pada-Mu. Kepada siapa lagi aku berlindung dari segala ketakutan dan kegelisahan , jika bukan kepada-Mu. Tunjukkan segala jalan buatku untuk mendapatkan ridha-Mu dan Pertolongan- Mu
4 comments:
aminnnn... ;)
terima kasih kerana sering melihat diri saya........wajah baby tu sangat menarik
amin dari saya juga dan insyallah semoga ianya tercapai,saya berdoa utk pakdin
ada sesiapa lagi nak amin kan ?
Post a Comment