Friday, April 22, 2011

Maxis Mengong

Pagi tadi kami pergilah ke Pasar Borong Baru di Selayang, bukan apa nak cari maxis centre. Hp maxis ada masalah MMS, tak boleh dapat gamboooo. Masuk sahaja kena ambil nombor.......lepas tu kena naik tangga jumpa customer service. Pukul 9.20 ada sekor je........... lain lain meja kosong. Lepas tu barulah nampak muka 2-3 datang. 
Setelahnya dia belek belek hp dia pun kata ada masalah sim card, kena tukar sim card. Kena bayar tak pa RM 10 je............. Kami turun balik ke bawah  dan kena ambik no lagi sebab nak tukar sim card baru... Tunggu punya tunggu adalah sorang budak perempuan melayu di kuater tu.... dia bagi pakcik dia potong Q, sempat salam salam cium tangan lagi. Kita ni jadi barua je lah................. Sampai masa di panggil kami pun pergilah ke kuanter seorang perempuan India. Dia kata " En. no. hp en ini bukan menggunakan nama encik.. ada nama lain, warga asing pakai passport. Bila pulak aku pakai nama warga asing ? ............ Kalau encik mahu menggunakan no ini , encik perlu buat lapuran polis.....................' katanya...... 

Macamlah balai polis belakang rumah aku atau kat tempat sayur tu........................Akhirnya kami keluar sekejap..lapooo sangat ... Setelah minum pagi kami pergi sekali lagi kesana dan ingat nak beli SIM CARD baru . Sampai kat sana kena ambik nombor dan beratur balik............Gila gila... mereka dah gila dan aku terus blah... Kalau tak nak berniaga elok tutup saja.... kat kedai bangla , kat kedai mamak pun ada jual Sim Card. Benda yang senang senang kenapa nak susahkan. Aku bukan ada masalah bil, bukan pasal line internet rosak tapi nak beli sim baru...........memang bodoh, macam tak sekolah

Akhirnya nombor yang sedia ada tu pakai ajalah.. dulu pun bukan pakai mana mana nama negro tapi nama sendiri, nama rakyat Malaysia, bukan baru semalam tapi dah bertahun dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

No comments:

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...