Saturday, April 30, 2011

Sakitlah Klinik Kita

Salam hari Sabtu..........Semalam aku pergi ke klinik kerajaan di Kepong Taman Ehsan sesudahnya selesai solat Jumaat. Sampai disana pukul 2.15 petang dan waktu itu klinik masih tutup kerana semua pekerja pergi solat termasuk pekerja wanita agaknya..................

Aku bukanlah orang pertama datang tapi terdapat juga bangsa bangsa lain yang majoritinya bangsa China yang sedang menunggu. Pukul 2.30 petang pun masih menunggu dan waktu itu tiket bagi angka giliran pun berehat juga. 2.45 petang nampaklah pekerja klinik masuk seorang demi seorang setelah berpenat sembahyang agaknya. Akupun dapatlah nombor giliran itu

Perkataan yang sangat baik adalah..........anda akan dilayan sebentar lagi............

Maka menunggulah nak bayar RM 1/- untuk pendaftaran


Dari termpat pendaftaran , kita duduk pula menunggu doktor, katanya bilik no 2...........

Dapatlah berjumpa doktor seorang wanita cantik dan asistant tukang jerit panggil nama pun cantik. Doktor tanya sakit apa, aku cakap batuk batuk waktu malam, ada selsema dan gastrik, demam tak ada. Dia check tekak aku, dia kata aku ada sakit tekak dan dia akan bagi ubat demam sekali. Kesuduhannya aku keluar dari biliknya untuk beratur sekali lagi ambik ubat

Pukul 3.30 tunggu dan beratur di tempat ubat dengan penuh harapan. Yes........aku pun dapatlah ubat tapi dia bagi aku panadol, ubat batuk setengah botol dan ubat selsema warna kuning....... Ubat sakit tekak dan ubat gastrik tak ada pun.....Mungkin kecantikan doktor itu adalah ubatnya.....................waktu itu sudahpun 4.00 petang................Kalau saja saja nak jamu mata pergilah ke klinik tu....................


7 comments:

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

hehehe.... itulah klinik kerajaan.

IxoR@ said...

kena sabar la.... klinik kerajaan begitulah ragamnya.....

CG said...

bhahah!sabo ja lah.dh nama pon gov clinic,sma lah gk dgn gov hosp.. =P

perjalanan pulang said...

aku cuma berkenan tenguk tukang jerit tu... lupa tanya namanya

Unknown said...

sekurang2nya penat menunggu terubat gak bila dilayan dgn baik oleh doktor dan jururawat yg cantik kan...

Percaya said...

kt rumah kan dah de dukun pah...lagi mujarab..hahaha

perjalanan pulang said...

dukun ada, dia singgah rumah kawannya mengubat yang lain

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...