Salam hari Sabtu..........Semalam aku pergi ke klinik kerajaan di Kepong Taman Ehsan sesudahnya selesai solat Jumaat. Sampai disana pukul 2.15 petang dan waktu itu klinik masih tutup kerana semua pekerja pergi solat termasuk pekerja wanita agaknya..................
Aku bukanlah orang pertama datang tapi terdapat juga bangsa bangsa lain yang majoritinya bangsa China yang sedang menunggu. Pukul 2.30 petang pun masih menunggu dan waktu itu tiket bagi angka giliran pun berehat juga. 2.45 petang nampaklah pekerja klinik masuk seorang demi seorang setelah berpenat sembahyang agaknya. Akupun dapatlah nombor giliran itu
Perkataan yang sangat baik adalah..........anda akan dilayan sebentar lagi............
Maka menunggulah nak bayar RM 1/- untuk pendaftaran
Dari termpat pendaftaran , kita duduk pula menunggu doktor, katanya bilik no 2...........
Dapatlah berjumpa doktor seorang wanita cantik dan asistant tukang jerit panggil nama pun cantik. Doktor tanya sakit apa, aku cakap batuk batuk waktu malam, ada selsema dan gastrik, demam tak ada. Dia check tekak aku, dia kata aku ada sakit tekak dan dia akan bagi ubat demam sekali. Kesuduhannya aku keluar dari biliknya untuk beratur sekali lagi ambik ubat
7 comments:
hehehe.... itulah klinik kerajaan.
kena sabar la.... klinik kerajaan begitulah ragamnya.....
bhahah!sabo ja lah.dh nama pon gov clinic,sma lah gk dgn gov hosp.. =P
aku cuma berkenan tenguk tukang jerit tu... lupa tanya namanya
sekurang2nya penat menunggu terubat gak bila dilayan dgn baik oleh doktor dan jururawat yg cantik kan...
kt rumah kan dah de dukun pah...lagi mujarab..hahaha
dukun ada, dia singgah rumah kawannya mengubat yang lain
Post a Comment