Tuesday, June 28, 2011

lelaki warga Myanmar dicari



Hla Kyaw Sein, Nyunt Win


TAPAH 27 Jun – Polis mencari dua buruh lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan kes bunuh seorang rakan sekerja mereka dari Bangladesh di sebuah reban ladang ternakan ayam di belakang Taman Ria, Air Kuning, di sini pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, kedua-duanya ialah Hla Kyaw Sein dan Nyunt Win yang masing-masing berusia 36 tahun.
Katanya, siasatan polis menemui sebatang kayu berukuran 71 sentimeter panjang dengan kesan darah di bilik kedua-dua lelaki terbabit.
“Hasil siasatan polis mendapati kedua-dua lelaki itu melarikan diri. Sebelum kejadian, terdapat saksi melihat mangsa memasak bersama kedua-dua mereka di rumah pekerja ladang tersebut,” katanya.


P/S Orang malaysia suka bela bangsa ni, bagi makan, tempat tinggal dan buat laki....

Khalwat Adik Beradik

gambar hiasan

[HM] LANGKAWI: Tindakan dua wanita bersaudara termasuk seorang yang dalam proses perceraian membawa pasangan masing-masing tinggal bersama di rumah sewa mereka di Kampung Yooi, Kuah di sini, sejak beberapa bulan lalu, terbongkar apabila dicekup berkhalwat, awal pagi kelmarin.

Adik-beradik berusia 20-an dan 30-an itu dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) dengan pasangan masing-masing berusia 30-an dalam dua bilik berasingan di rumah itu, kira-kira jam 1 pagi.

Si kakak masih berstatus isteri orang, tetapi dalam proses perceraian dan mempunyai tiga anak dijaga suaminya, manakala adiknya memberi alasan bapa mereka enggan menjadi wali pernikahan dengan teman lelakinya.
Ketua Operasi Padal, Saiful Aswad Kasa berkata, berdasarkan maklumat orang awam, sepasukan anggota penguat kuasa ke lokasi dan mendapati rumah berkembar satu tingkat itu gelap serta berkunci dari dalam.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam berulang kali, seorang wanita berkemban dengan kain pelikat membuka pintu dan memberitahu hanya dia dan kakaknya berada di dalam rumah itu.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki yang hanya bertuala di dalam bilik pertama manakala seorang lelaki lagi juga bertuala, ditemui dalam bilik kedua bersama kakak gadis berkenaan yang hanya berkemban kain pelikat tanpa baju,” katanya.



P/S kenapalah macam tu ya



Monday, June 27, 2011

BERSIH...............Sungguh .............Bersih

9hb Julai 2011, tarikh 'Bersih" seluruh negara agaknya........Sejauh mana bersih itu belumlah pasti. Hanya yang pasti PDRM membekukan cuti mereka dan tiadalah dapat melawat saudara mara atau menyambut kenduri kendara pada hari itu. Padanya hari itu, naik motor untuk pergi kerja merupakan masalah, manakala naik kereta juga bakal menghadapi road block. Naik kenderaan awam pula entah dimana sangkutnya nanti.

Apa yang pasti lori lori tembak air akan menunggu dikawasan perhimpunan. Suka tak suka kena lari marathon, mata bakal pedih dan badan gatal gatal. Tang mana bersihnya aku tak tahulah....Orang kerja kerajaan tak apalah mereka boleh berhimpun ramai ramai dihari cuti tu, orang yang kerja swasta pula mampus mampuslah kerja dan siksa pergi dan balik kerja. Tidak pernah aku melihat perhimpunan yang aman walaupun disebut aman kecuali perhimpunan menghantar mayat ke kubur. Tidak ada pak haji dan pak lebai dapat mengawal perasaanya apabila dirasuk syaitan diperhimpunan aman......... Semua nak menjerit, semua mahu menceritakan keadilan dan keinginan...............

Saksikanlah jalan jalan raya yang lengang , aman dan bersih, kedai kedai ditutup tidak perlu berniaga. pelancong pelancong melarikan diri menyorok di dalam bilik....Pada hari itu banyak terdapat mangkuk mangkuk kosong terbiar tidak dibersihkan...........sampah sampah kian bertaburan


Sembelih Tak Ikut Syarak


KUALA LUMPUR 26 Jun - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini mendedahkan masih terdapat beberapa pusat penyembelihan yang melakukan proses itu tanpa mengikut hukum syarak.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah Jawi, Hashim Salleh berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan soal halal dan haram sesuatu makanan.
"Kalau kita makan binatang yang disembelih tidak mengikut hukum yang sepatutnya, ia ibarat makan bangkai.
"Saya menasihatkan umat Islam agar lebih berhati-hati ketika membeli ayam dan daging kerana adalah penting ia melalui proses sembelihan yang sempurna," katanya pada Kursus Asas Penyembelihan Perdana, Program Imam Muda Qaryah (IMQ) di sini, hari ini.( Sumber Utusan )

P/S Sembelih sempurna dan lepas itu campak dalam tong air panas.... Matilah dia kerana kepanasan sebelum dicabut bulu. Tukang sembelih pulak Bangla yang datang Malaysia dengan mengggunakan passport nama 'islam" tapi mereka tu budha......Menurut kata Mat Bangla kalau pakai nama islam permohonan cepat diproses dan mudah serta bayaran tak banyak................

Sunday, June 26, 2011

Dijel, Denda Tidak Bawa MyKad

Dari surat khabar tersebutlah kisah


KLANG – Gagal membawa MyKad pada setiap masa bukan sahaja boleh menyebabkan anda dihukum denda atau penjara, malah, jika tidak bernasib baik, anda boleh dikenakan kedua-dua hukuman.

Itu yang terjadi kepada seorang kelindan lori, M Gobinah, 23.

Gobinah bukan sekadar didenda RM300 malah terpaksa meringkuk dalam penjara selama 10 hari selepas mengaku bersalah tidak membawa kad pengenalan di Kapar, di sini, kira-kira jam 12.45 malam, 20 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim mengikut Peraturan 25 (1)(n) Peraturan Negara 1990, boleh dihukum di bawah Peraturan 25 (1) Peraturan sama.

Mengikut Peraturan itu, seseorang yang gagal membawa MyKad pada setiap masa boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Ditanya Majistret, Azlinda Ahmad Sharif kenapa dia tidak membawa MyKad, Gobinah berkata kad itu hilang dua hari sebelum dia ditahan.

Gobinah, bagaimanapun, gagal menunjukkan laporan polis berhubung kehilangan MyKad miliknya itu.

Terdahulu, Gobinah mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki 0.03 gram syabu di tempat, masa dan tarikh sama.

Azlinda membenarkannya diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan kes � disebut semula 25 Julai depan untuk laporan kimia.( sumber Sinar )


P/S........... Indon bawak photo copy passpot sebab ejen pegang original passport ... ok je..............mana mana boleh pergi dan boleh duduk makan makan dengan orang Malaysia...

Kerasnya

Salam Ahad.........hari ni tak de cerita agama dan tak de cerita khalwat, diantara keduanya cerita khalwat adalah paling best terutama cerita tentang 18sx

Pernah terdengar seorang isteri bertanya kepada suaminya " awaktu tu masa kat luar sana bila tenguk perempuan muda muda, benda awak terpacak tak ? "  Lalu sang suami menjawab " tak ".... Jujur betul jawapannya yang mana orang perempuan tidak akan percaya...........................

Sahlah orang perempuan takut suaminya diambil orang lalu dia mencuba memenjarakan mata suaminya supaya suaminya sentiasa memandang kepadanya. Dipenjarakannya nafsu suaminya suapaya nafsu suaminya hanya kepadanya. Sang suami akan berjalan lurus, pergi kerja balik kerja dan pergi masjid balik masjid... Asal sahaja melintas anak dara dia pun mengalih matanya nan suci atau menutup matanya ketika melintas di traffic light ... Hebat sungguh hebat....................

Jika kau mahu hati suamimu ' jangan membebel " Jika mahu diberi perhatian makanlah jamu .... Mak endon dah tua itu pun masih memakan jamu.... tapi kamu masih mentekedarah burger, minum ice , makan kek, pizza sehingga badan tidak ketahuan lagi............." awak tu memang gatal, dah ada bini masih lagi pandang kiri kanan " katanya lagi................... Senang menyalahkan orang, tidak senang memperbaiki........" Ok..jangan membebel lagi. Membebel menyebabkan benda benda sedap tak jadi sedap. Benda benda keras tak jadi keras....................

Rasa benci dan rendah diri kepada pasangan anda..

Ramai diantara mereka yang menghadapi masalah senggama menyatakan bahawa mereka menyimpan rasa benci kepada isteri kerana isteri terlalu mengawal atau sering menyalahkan tindak-tanduk suami dalam kehidupan sehari-hari.Ada juga keadaan dimana isteri sering menyalahkan diri suami dalam hidupnya.Akibat dari ini suami berjima dalam perasaan dendam dan kebencian,tidak dalam perasaan gembira.Apabila otak terasa perlakuan itu dipaksa,maka ia akan bertindak kontra dari yang diharapkan.Dalam hal ini isterilah yang harus mengubah perangainya.Suami sepatutnya mendalami bidang ugama islam dan mengajarkan isteri tentang hak dan tanggungjawabnya,agar dia bertindak selari dengan kehendak Allah S.W.T,dalam menasihatinya,maka nasihatilah secara bijaksana.Jika nasihat itu dilakukan secara kasar,maka kemungkinan hati isteri akan patah,jika dibiarkan,maka teruslah isteri dalam berkeadaan bengkok dan kerja meluruskan isteri bukanlah perkara mudah.( sumber internet)

Saturday, June 25, 2011

Kempen Bersih 2.0 Diadakan Serentak Luar Negara




KUALA LUMPUR 23 JUN : Perarakan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan di sini awal bulan depan juga akan diadakan di beberapa negara luar termasuk di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama, demikian umum jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, sekretariat itu berkata perarakan tersebut diusahakan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di negara luar, yang turut menyokong tuntutan Bersih 2.0.

“Mereka secara peribadi menghubungi Bersih 2.0 dan menyatakan minat untuk menganjurkan perarakan di mana mereka tinggal,” kata jawatankuasa itu lagi.

“Kami menganggap minat luas di kalangan rakyat Malaysia di luar negara menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dari semua lapisan percaya pada keperluan pembaharuan pilihan raya dan mempertahankan demokrasi,” kata beliau lagi.

Justeru menurut jawatankuasa Bersih 2.0, perarakan akan diadakan di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada pukul 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney pukul 12 tengah; Tower of the Sun, Osaka di Jepun 3 petang; pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles 10 pagi; Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi).

“Bersih 2.0 meminta rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Australia mengambil bahagian dalam perarakan itu jika mereka juga percaya bahawa perlunya pilihan raya bersih, bebas dan adil di Malaysia.

“Rakyat Malaysia di luar negara juga perlu datang dan menuntut hak undi pos pada pilihan raya umum ke-13,” katanya lagi.

Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai di sini belum memperoleh permit polis.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata Bukit Aman akan memanggil penganjur Bersih 2.0.

Turut akan dipanggil ialah pemimpin Perkasa dan Pemuda Umno yang bercadang mengadakan perarakan balas pada hari yang sama.

Dalam kenyataannya, jawatankuasa itu juga berkata, program jelajah seluruh negara menjelang perhimpunan 9 Julai akan diadakan di beberapa bandar.

Ia termasuklah di Kompleks Muhibbah, Jalan Taugeh 24/17, Persiaran Sultan, Seksyen 24, Shah Alam pada pukul 10 malam esok dan disusuli di Dewan Asam Jawa, Kuala Selangor pada pukul 8.30 malam keesokan hari.

Program itu juga akan diadakan di Pusat Aduan Rakyat Kempas, Taman Dahlia, Johor Baru pada pukul 8.30 malam Sabtu ini.

Perhimpunan di Dataran PSM, Taman Orkid, Sungai Siput akan diadakan pada pukul 8.30 malam Ahad ini.-The Malaysian Insider

PS........numpang cut and paste...........Bawak penyapu banyak banyak.. kasi bersih semua jalan.....

Sesaat Menjadi Sesat

Salam..........kumulakan pagi ini dengan kata kata bismillah ketikanya aku mula mula teringat kisah kisah lalu..........

Lalu pagi ini kusebutkan serapah jampi melayu, zaman remaja orang dahulu yang pada ketika itu tidak ada hanphone untuk menyambung kasih, tiada vedio call untuk melepas rindu. tiada rupa, tiada harta untuk mengikat hati............Menurut katanya.........

Aku panah gunung, gunung runtuh
aku panah laut, laut kering
aku panah matahari, matahari tembus
panah dihati sianu binti sianu
gila kat aku
kalau tak gila kat aku
durhaka ia kepada Allah
durhaka ia kepada Muhammad
dengan berkat doa " Laila haillahlah....................................'

Pada hari ini jampi begini tidak berguna lagi, tidak berguna kerana tidak ada orang mahu mempelajarinya, kalau digunakan pun tidak menjadi...buat menghabis air lior sahaja................ Mereka berpindah kepada ustaz ustaz yang menyuruh solat hajat, menyuruh solat istiharah tapi tidak menjadi juga................Ustaz pun kata kita perlu usaha , semua jadi dengan kehendak Allah.... Kata kata ustaz hanya dapat bertahan 5 minit sahaja dan selepas itu ustaz pun ada ajenda tersendiri....... Sorang kasi RM 5... ikhlas hati , ada kasi RM 10 ikhlas hati... lama lama ustaz tak payah kerjalah... jual doa dan air mineral dah cukup..............Tapi tidak semua begitulah................................
Sana sini tumbuh pusat rawatan islam......banyak cerita benar dan banyak juga cerita tambahan tapi yang tak tahan bila ada orang menumpang nama. Banyak sangat menyuruh berubat di Kajang , Bangi tempat ustaz terkenal. Asal sakit je..banyak orang suruh kesana..........banyak anak murid mereka yang tumbuh disana dan mendapat nama....................

Tak cukup dari itu, banyak juga buku buku amalan perubatan islam, dipenuhi doa doa dan bacaan quran, serapah jampi orang dah tak pakai dah..... sesat kata mereka............

Disini siapakah yang sesat.......orang dulu dulu dengan serapah jampinya atau ustaz ustaz dengan doa atau korang sebenarnya yang sesat kerana tau sebut tetapi tidak tahu apa tersirat.

Dari dahulu sampai sekarang orang perempuanlah tempat utama jumpa kawan kawan kita ini, manakala lelaki pula hanya asik mengurut benda benda yang patut diurut..............

Orang perempuanlah yang takut suaminya hilang, masuk telaga siti fatimah atau dikebas orang. Orang perempuanlah yang takut hilang cantik sehingga banyaklah toh moh dan ustaz tumpang menetek.

Kesimpulanya; Jangan menuduh melulu mengatakan syirik, jangan memandang dengan rasa pelik tapi benalah "aku" itu untuk terus berdiri...........berdiri solat dengan "aku" bersyahadat dengan "aku"........seperti tersebut dalam niat................











Friday, June 24, 2011

Selamat Tinggal

Salam...........banyak kawan kawan mula berenti kerja, patah semangat untuk terus disini walaupun mereka terpaksa menempuh gelombang dahsyat ditempat baru... Selamat tinggal PPH.........mereka mula mengucapkan salam.... Orang kecil naik pangkat dengan tangan kosong , manakala pokok besar semakin condong untuk rebah

Akumasih disini.... menunggu rebah

Thursday, June 23, 2011

Kehilangan Tuhan

Salam............. Pernah mungkin dirasai oleh orang lain, perasaan gundah gulana menyentuh hati. Resah dan ketakutan menjalar dijiwa. Takut kepada yang tiada kelihatan, hidup bagai hamba yang tidak bertuan. Berselindung menyelinap di tempat gelap, berselimut hapus seluruh badan. Takut semakin meruncing seolah olah ada kematian datang menjemput


Wahai saudaraku,

Allah SWT berfirman :

يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ (٢٧) ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ (٢٨) فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى (٢٩) وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى (٣٠)

“Wahai jiwa yang tenang (mutmainnah), kembali lah pada Tuhanmu dalam keadaan engkau redha dan Allah meredhaimu, masuklah kamu dalam golongan hambaKu, masuklah kamu ke dalam syurgaKu.” (al-Fajr: 27-30)

Dapatkah kita bertenang ketika mendengar ayat itu, ayat yang sering didengari dan dibaca sewaktu kita masih kecil lagi dan kini seolah olah tidak ada makna menyelamatkan hati kita. Hati yang telah hitam dan pahit serta hilang kepercayaan kepada tuhan.

Khalwat , Khalwat. Khalwat.............

Salam....aku petik dari laman Tuk Kiyai



[HM] Seorang duda dan ibu tiga anak masing-masing dihukum denda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, selepas mengaku berkhalwat di rumah kedai, lapan hari sebelum wanita itu diceraikan suaminya, Februari lalu.

Hakim Syarie Drs Atras Mohamad Zin menjatuhkan hukuman itu terhadap jurutera, Saharudin Mohd Yusof, 37, dan pegawai bank, Azilawati Jusoh, 37. Penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak di tingkat dua rumah kedai di No 61/2B, Jalan Pahat K15/K, Dataran Otomobil, Seksyen 15, di sini, jam 3.35 pagi, 2 Februari lalu. Saharudin didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Azilawati didakwa di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen sama. 

Terdahulu, Saharudin dan Azilawati memohon mahkamah mengurangkan jumlah denda dan tidak mengenakan hukuman penjara.

Bagaimanapun, Pendakwa Syarie, Khafizah Ahmad Khairi membantah permohonan itu atas alasan Saharudin dan Azilawati berpendapatan kira-kira RM5,000 dan RM4,000 sebulan. Berdasarkan fakta kes, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang datang ke tempat kejadian melakukan pemeriksaan mendapati pintu dan pagar tertutup serta berkunci.

“Pihak berkuasa kemudian mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali dan menunggu 15 minit di luar namun pintu masih juga tidak dibuka. 
 
“Selepas itu, amaran dengan kiraan 10 kali dilakukan dan lima minit kemudian, barulah seorang lelaki (Saharudin) yang memakai kemeja T berwarna merah dan berseluar jean panjang membuka pintu,” katanya.

Menurut Khafizah, pemeriksaan menemui seorang wanita yang memakai kemeja T serta berseluar jean di dalam bilik di rumah berkenaan.

Ketika ditahan, suasana di rumah itu suram dan hanya diterangi cahaya lampu dari luar.
 
Azilawati diceraikan suaminya, Norashid Jeran, 39, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, dekat sini pada 10 Februari lalu, selepas bersetuju dengan syarat untuk menyerahkan hak penjagaan anak perempuan bongsu, Dhia Delisha Hannan, 1, kepada suaminya. Difahamkan, hubungan pasangan itu retak gara-gara laman sosial popular, Facebook.

Selepas prosiding semalam, Saharudin menyerang dan mengasari seorang jurugambar sehingga memaksanya membongkokkan badannya sambil memeluk kamera bagi mengelakkannya daripada dirampas atau dirosakkan. Bagaimanapun, tindakan pantas rakan jurugambar media lain berjaya mengelak kejadian lebih buruk.

P/S..... Cerita macam ni orang suka baca berbanding dengan buku ilmu agama. Yang tukang tangkap pun suka tenguk , yang datang ramai ramai pun suka tenguk.......habislah satu kampung heboh......seronokkan ?

Tuesday, June 21, 2011

Rumah Yang Bukan Taman Syurga

Salam........... Di dalam rumah yang serba lengkap dengan kelengkapan isi keluarga juga berisi dengan putaran hidup penuh kerimasan. Saban hari sang suami merungut rungut dengan hanya masalah kecil kecilan manakala sang isteri membebel tak tentu hala. Ada sahaja yang tak kena, bahkan anak anak tidak tahu apa kehendak ibu bapa. Rumah itu terasa panas walaupun kipas berpusing ligat. Solat tetap ada, quran tetap dibaca tetapi masih ada hantu melompat lompat membikin onar. Carilah bomoh...orang kata syirik.... carilah ustaz pulak tapi doa ustaz pulak lambat menjadi. Sementara ustaz sibuk berdoa, hantu sudah melompat lompat disana sini. Lebih lebih pun ustaz berikan air suruh tabur disana sini sepertinya tok bomoh juga.............................

"Karena itu, untuk mengusir setan yang ada dalam pikiran dan perbuatan kita, tidak cukup hanya dengan membaca Al Quran. Tapi harus dengan memahaminya agar kita benar-benar menemukan petunjuk yang ada di dalamnya… dan melaksanakan petunjuk tersebut.- (sumber internet)

Dari Jabir, Rasul SAW, bersabda: “Ketika seseorang masuk ke rumahnya membaca bismalah, dan sewaktu ia makan, maka syaitan-syaitan saling berkata diantara sesamanya : “Kalian tidak berhak menempati rumah ini dan tidak pula makanan di sini”. Dan ketika seseorang masuk rumahnya tanpa menyebut asma Allah, maka syaitan berkata : “Kalian bebas menetap di rumah ini, demikian pula ketika orang itu bersantap tanpa baca Bismalah, maka syaitan berkata: “Kalian berhak menetap dan makan secara bebas di rumah ini” (HR. Muslim).





Monday, June 20, 2011

Pengabadian Yang Terserlah

Salam.......Perjalanan pulang memaparkan photo kenangan

 En. Daing dengan misainya

 Razak yang pandai masak .....

 Taufik belum potong rambut

 Blog aku

 Ahmad yang malu malu

 Opis aku yang semak

 aku

computer aku masih belum tukar

Sunday, June 19, 2011

Saudara Sekampung

Salam............ Semalam aku pulang ke kampung halaman tapi tidak sempat sampai ke rumah. Jiran sebelah rumah yang meniti usia ke 89 tahun telahpun meninggal dunia. beliau seorang perempuan tua tinggal bersaorangan dirumah dikatakan terjatuh dibilik air tanpa disedari olh sesiapa. Akhirnya gerakan memecah pintu pagi semalam oleh adik aku telah memberi jawapan ...............

Dia yang kukenali dengan sebutan  'Mak Andak Limah' itu jiran kekal sebagai sahabat arwah ibuku meninggal dalam usia paling tua. Anak anaknya semua sudah berjaya dan juga mempunyai menantu menantu yang berjaya.Semalam aku terus sahaja ke tanah perkuburan diwaktu asar dimana kerja kerja menggali tanah telah disempurnakan oleh adik aku bersama pasukannya. Aku melihat kerja kerja perkebumian begitu pantas dan mudah...........alhamdulillah..............

Sebelah malam aku pulang ke rumah dan berjumpa dengan ADUN Batangkali di Bukit Beruntung 
Tuan Mohd Isa Kassim. Ada majlis perasmian tadika dan makan makan. Sempat juga dia bertanya kepada aku tentang Mak Andak Limah tadi. Sebenarnya kehidupan kami waktu budak budak dulu saling mengenal, aku dan Adun Batangkali "Isa" itu sama sama bersekolah rendah di Rasa Hulu Selangor, kami sama sama kena tendang oleh pelajar senior. Sekarang dia masuk politik tapi aku tidak...........aku suka makan angin sendiri keluar kampung. Semalam aku jumpa dia dalam majlis itu sebagai seorang kawan dan kemudian terus blah...malas nak ganggu majlis orang............Apa yang pasti kehidupan di kampung menyebabkan kita merasa saling bersaudara. Tidak ada halangan dalam berkumpulan atau sebarang aktiviti. Dari Lebai , imam, siak dan ketua kampung...." all my friend" Terasa pulak ke tuaan usia............



Saturday, June 18, 2011

Menuju Perhentian

Salam.........Seorang anak bertanya kepadaku " saya telah berdoa saban malam, bangun bertahajud tapi permintaan saya masih belum dimakbulkan Allah " . " Saya tidak pernah putus asa dan terus berdoa namun sampai ketika ini saya masih ternanti nanti, kenapa yah ? tanyanya lagi...............

Kata orang" waktu kecil ditimang ibu, sudah besar ditimang gelombang. Adalah menjadi tanggugjawab ibubapa membesarkan anak anak, memberi pendidikan dengan sebaik baiknya namun apabila telah dewasa ibubapa tidak dapat memberikan apa apa lagi kecuali nasihat kerana gelombang kehidupan harus dilalui dengan sendirinya. Begitulah antara urusannnya dengan tuhan, apalagi yang dapat kita bantu...................

Sana sini terdapat blogger blogger memaparkan photo photo family mereka , dengan anak anak yang masih kecil, membawa mereka kesana sini denga penuh kegembiraan, begitu juga terdapat paparan photo photo majlis perkahwinan sebagai mercu kejayaan para blogger dalam keluarga, namun perjuangan hidup tidak terhenti disitu. Bloger bloger akan menjadi seperti saya , akan ditanya beberapa beberapa soalan oleh anak anak yang kian dewasa " apakah ertinya hidup..........."

Dihujung sana juga terdapat blogger yang sudah uzur, tinggal hidup berdua bersama isteri....bukan sahaja menjadi pak long dan mak long tetapi menjadi atuk dan opah yang mempunyai banyak pengalaman tentang perjalanan hidup ini.............Wallahualam....









Thursday, June 16, 2011

Orang Kawin Di Musim hujan

Salam........dah lama dah tak tenguk hujan kat KL ni. Adalah dengo bunyi petir berdentum tapi langit cerah gak.. Jadi itu petanda sekarang ni bukan musim orang kawin tapi musim sekolah....musim budak mengajilah....


 Tu cuba tenguk lagit gelapnya nak hujan... takut jugak tsunami .... dengar kabo banyak tempat tergegar oleh gempa bumi...termasuk gegaran di Putra Jaya.........

Wednesday, June 15, 2011

Kawan Kawan

Ini kawan mau berenti kerja... dia mahu masuk lain hotel... gaji besar dan boleh pakai kereta besar dan bini pun besar.........segala galanya besar besaran..................sampai bila mau lompat dia punya suka... siapa mau ikut... anggerik desa, stevan nick ke...... atau itu kawan lama Md. Nor Stevan .... Perkataan utama " I'm the last person jump the ship"

Tuesday, June 14, 2011

Menuntut Janji


Hatiku masih tidak berbunga, kerana aku sedang menuntut janji. Manusia hanya manis kepada kata kata dengan lidah berputar belit mendusta. Senang senang ambik duit orang dengan janji manis kemudian payah payah nak tunaikan. Entah berapa lama nak menunggu. Mungkin orang itu patut dimasukkan ke dalam guni dan dihanyutkan ke sungai

KHALWAT DIMANA MANA

 

Georgetown: Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor sepatutnya pulang ke rumah keluarganya di Kedah, tetapi ‘melencong’ ke Butterworth untuk memadu kasih bersama teman lelakinya sebelum ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel, Jumaat lalu.

Dalam operasi penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 11.30 malam itu, penuntut berusia 22 tahun terbabit berada di bilik air dengan berbaju tidur bertali halus tanpa pakaian dalam dan berseluar jeans manakala teman lelakinya berusia 20-an, berpakaian lengkap.

Ketika disoal sepasukan pegawai penguat kuasa JHEAIPP, gadis itu mengaku sudah bekerja sebelum helahnya terbongkar apabila keluarganya yang datang untuk menjamin memberitahu pegawai penguat kuasa dia masih menuntut di sebuah IPTA.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata pihaknya curiga dengan tindakan gadis itu yang berdolak-dalik memberi pelbagai alasan sebelum dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk dibuat laporan tangkapan.
 
P/S inilah berita yang membuat perniagaan surat khabar semakin laris kecuali surat kahbar lama...dan orang yang buat kerja copy paste pun tak kosong lama blognya

Monday, June 13, 2011

Peringatan Untukmu Hai Anak


Hai anakku,
Yang sukar itu adalah untuk mendirikan solat
 membangunkan tubuh lemah yang berat
mengajak hati merendah diri dan taat
sedangkan iman itu jatuh kebawah dari maksiat

Hai anakku
betapa berat hidup berjiran tetangga
segala yang terselak tersorok diumpat kejinya
hidup diburu segala perasangka
manis wajah dihadapan, dibelakang sebaliknya

Hai anakku,
Pergilah ke masjid dan madrasah
cakap orang usah dikisah
kita disini hidup bukan menumpang resah
janganlah berpaut ditiang yang patah.............................

Hai anakku,
Carilah diri,
mengenal yang sebenar diri
ada juga diri yang terperi
ada yang empunya diri

Sunday, June 12, 2011

Tolong Baca Semua

Salam............kenapa agaknya socso perlu dipotong 2 kali...............awal bulan sekali dan bila dapat duit point sekali lagi.... siapa kaya gamaknya.........................


To :  HOTEL MEMBERS
1.     Please be informed that at the meeting held on 16.5.2011 between representatives of MEF, MAH, AHE and MAHO with the Chief Executive of SOCSO on the above matter, an agreement has been reached that with effect from July 2011 hotel employers shall contribute on service charge to SOCSO. The contributions of service charge to SOCSO fall under the following two categories.
a)
Payment made on behalf of employees insured against the contingencies of invalidity and employment injury. The contribution shall be shared by the employee in the ratio specified in Part I of the Third Schedule. The ratio of payment is 1.75% by the employers and 0.5% by the employee.
b)
Contribution payable on behalf of the employee insured against the contingency of employment injury only, the contribution shall be paid wholly by the employers. The SOCSO insurance against the contingency of employment injury only currently applies to employee who is still employed beyond the age of 55 years.
2.    As such please be advised that with effect from July 2011 and thereafter, every hotel employer is required to include service charge as part of the contributions to SOCSO. Accordingly the first deduction for the month of July 2011 which would include service charge need to be remitted to SOCSO on or before 31 August 2011.
MEF shall keep you informed of further developments accordingly.
Thank You


P/S Ada sesiapa yang boleh nasihat aku dalam hal ini... NGO ke, Parti Kerajaan ke atau Parti Pembangkang. Dahlah banyak harga barang naik, socso nak potong lagi... service point rendah dan kalau tinggi tentu lagi banyak potong

Saturday, June 11, 2011

Kenduri Orang Melayu

Salam...........bila kenduri kendara, orang dapurlah penat sekali , berbeza dengan orang bahagian depan yang mendirikan khemah

 tuan khemah dok isap rokok

 budak budak bujang mengerjakan ayam


 angkat jangan tak angkat



 Malam tu selepas kenduri pengantin pun telentang tetapi orang dapur tentu akan lebih telentang kerana keletihan tapi yang untung orang yang datang makan tapi hulur seringgit dua dalam tisu...................

Kawin kawin kawin

Minggu lalu menyaksikan 3 pasangan bersanding di Balik Pulau. Disini sempatlah kita merakam gambar gambar mereka di dalam blog ini yang mana mungkin tak kan berulang lagi......................




Tentu sekali banyak belanja dan memeningkan kepala emak bpk

Kemalangan Jalan Raya

Salam.............musim cuti sekolah menyaksikan banyak kemalangan jalan raya berlaku, banyak nyawa melayang. Namun penduduk Malaysia masih tetap ramai dan bertambah setiap tahun. Setiap kali cuti sekolah setiap kali itulah orang kahwin dan selepas 9 bulan beranaklah ramai ramai...........




Dimana manapun ajal tetap menejemput walaupun di pintu kelabu.........................................

Friday, June 10, 2011

Yang Berada Dikalbu

Salam............Orang tak tahu hati kita keadaan diri kita dan main lepas lepas cakap sahaja. Andai kata tuhan mengeluarkan pencucuk lidah waktu ini tentu sekali sudah dicucuk lidah itu dan dipanggang di matahari. Sebabnya di dunia ini tidak meninggal banyak balasan maka semakin banyaklah jugalah kebencian. Sifat benci itu sepertinya diasah sehari hari, semakin hari semakin tajam supaya suatu hari akan ada manusia tercuck oleh perbuatannya sendiri.

Entah kenapa pula semakin hari semakin resah rasanya seolah olah sesuatu yang bakal berlaku. Adakah sebab ketuaan menyebabkan kita semakin merepek, marah, panas , kecewa, putus asa dan entah apa apa lagi. Entah berapa banyak serba tak kena atau kita sebenarnya bertambah bingung mengharung keadaan hidup yang penuh fitnah.
Mungkin disana orang sedang bergembira dengan kehidupannya sedangkan aku tidak merasa sedikitpun kesoronakan itu kerana aku sudahpun luka............................................................

Thursday, June 9, 2011

Termenung Seribu Tanda Tanya

Yang pasti
 kucing termenung ditinggalkan tuannya

 ayah termenung tak tahu nak buat apa

 tersenyum pun entah apa apa

lagu pulau pinang dalam kenangan........serik serik ooiiiiiiiii

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...