Sunday, June 19, 2011

Saudara Sekampung

Salam............ Semalam aku pulang ke kampung halaman tapi tidak sempat sampai ke rumah. Jiran sebelah rumah yang meniti usia ke 89 tahun telahpun meninggal dunia. beliau seorang perempuan tua tinggal bersaorangan dirumah dikatakan terjatuh dibilik air tanpa disedari olh sesiapa. Akhirnya gerakan memecah pintu pagi semalam oleh adik aku telah memberi jawapan ...............

Dia yang kukenali dengan sebutan  'Mak Andak Limah' itu jiran kekal sebagai sahabat arwah ibuku meninggal dalam usia paling tua. Anak anaknya semua sudah berjaya dan juga mempunyai menantu menantu yang berjaya.Semalam aku terus sahaja ke tanah perkuburan diwaktu asar dimana kerja kerja menggali tanah telah disempurnakan oleh adik aku bersama pasukannya. Aku melihat kerja kerja perkebumian begitu pantas dan mudah...........alhamdulillah..............

Sebelah malam aku pulang ke rumah dan berjumpa dengan ADUN Batangkali di Bukit Beruntung 
Tuan Mohd Isa Kassim. Ada majlis perasmian tadika dan makan makan. Sempat juga dia bertanya kepada aku tentang Mak Andak Limah tadi. Sebenarnya kehidupan kami waktu budak budak dulu saling mengenal, aku dan Adun Batangkali "Isa" itu sama sama bersekolah rendah di Rasa Hulu Selangor, kami sama sama kena tendang oleh pelajar senior. Sekarang dia masuk politik tapi aku tidak...........aku suka makan angin sendiri keluar kampung. Semalam aku jumpa dia dalam majlis itu sebagai seorang kawan dan kemudian terus blah...malas nak ganggu majlis orang............Apa yang pasti kehidupan di kampung menyebabkan kita merasa saling bersaudara. Tidak ada halangan dalam berkumpulan atau sebarang aktiviti. Dari Lebai , imam, siak dan ketua kampung...." all my friend" Terasa pulak ke tuaan usia............



1 comment:

azieazah said...

Kata orang, sahabat/teman paling akrab kita adalah jiran kita dan mereka juga adalah saudara terdekat kita.

tanpa jiran, banyak yang payah kehidupan kita, kan?

“Bogel Menuju TUHAN” by Zahiril Adzim...

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...