Saturday, June 25, 2011

Sesaat Menjadi Sesat

Salam..........kumulakan pagi ini dengan kata kata bismillah ketikanya aku mula mula teringat kisah kisah lalu..........

Lalu pagi ini kusebutkan serapah jampi melayu, zaman remaja orang dahulu yang pada ketika itu tidak ada hanphone untuk menyambung kasih, tiada vedio call untuk melepas rindu. tiada rupa, tiada harta untuk mengikat hati............Menurut katanya.........

Aku panah gunung, gunung runtuh
aku panah laut, laut kering
aku panah matahari, matahari tembus
panah dihati sianu binti sianu
gila kat aku
kalau tak gila kat aku
durhaka ia kepada Allah
durhaka ia kepada Muhammad
dengan berkat doa " Laila haillahlah....................................'

Pada hari ini jampi begini tidak berguna lagi, tidak berguna kerana tidak ada orang mahu mempelajarinya, kalau digunakan pun tidak menjadi...buat menghabis air lior sahaja................ Mereka berpindah kepada ustaz ustaz yang menyuruh solat hajat, menyuruh solat istiharah tapi tidak menjadi juga................Ustaz pun kata kita perlu usaha , semua jadi dengan kehendak Allah.... Kata kata ustaz hanya dapat bertahan 5 minit sahaja dan selepas itu ustaz pun ada ajenda tersendiri....... Sorang kasi RM 5... ikhlas hati , ada kasi RM 10 ikhlas hati... lama lama ustaz tak payah kerjalah... jual doa dan air mineral dah cukup..............Tapi tidak semua begitulah................................
Sana sini tumbuh pusat rawatan islam......banyak cerita benar dan banyak juga cerita tambahan tapi yang tak tahan bila ada orang menumpang nama. Banyak sangat menyuruh berubat di Kajang , Bangi tempat ustaz terkenal. Asal sakit je..banyak orang suruh kesana..........banyak anak murid mereka yang tumbuh disana dan mendapat nama....................

Tak cukup dari itu, banyak juga buku buku amalan perubatan islam, dipenuhi doa doa dan bacaan quran, serapah jampi orang dah tak pakai dah..... sesat kata mereka............

Disini siapakah yang sesat.......orang dulu dulu dengan serapah jampinya atau ustaz ustaz dengan doa atau korang sebenarnya yang sesat kerana tau sebut tetapi tidak tahu apa tersirat.

Dari dahulu sampai sekarang orang perempuanlah tempat utama jumpa kawan kawan kita ini, manakala lelaki pula hanya asik mengurut benda benda yang patut diurut..............

Orang perempuanlah yang takut suaminya hilang, masuk telaga siti fatimah atau dikebas orang. Orang perempuanlah yang takut hilang cantik sehingga banyaklah toh moh dan ustaz tumpang menetek.

Kesimpulanya; Jangan menuduh melulu mengatakan syirik, jangan memandang dengan rasa pelik tapi benalah "aku" itu untuk terus berdiri...........berdiri solat dengan "aku" bersyahadat dengan "aku"........seperti tersebut dalam niat................











No comments:

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...