Monday, August 22, 2011

Meniti Malam Lailatul Qadar

Salam......... Sekali sekala aku bertanya pada diri, betapa sukarnya untuk solat malam . Sukar untuk membangun tubuh yang letih, sukar membuka mata lantaran terlalu mengantuk, sukar membiasakan diri, sukar kerana terlalu memikirkan esok terlalu banyak urusan dunia bakal diselesaikan. Takut tidak cukup tidur, takut mengganggu ahli keluarga yang tidur................ dan berbagai bagi lagi alasan.

Jumaat lalu kudengar khutbah menyeru " marilah sama sama kita menyingsing lengan menghadapi malam lailatulqadar " Kata kata yang bersemangat sepertinya mengajak kita berperang. Justeru itulah kukuatkan hati untuk bangun bertahajjut, berperang dengan diriku, berperang dengan kelupaanku. 

Sebenarnya aku juga seperti orang lain, bersolat sedangkan hati dan fikiran berlari lari kesan sini.Kekadang mengingati perkara perkara yang tidak kena mengena dengan solat. Dimanakah kusyk itu ? Sedangkan hati berkata kata mencari dirinya , mencari tuhannya yang tidak pernah dilihat dengan mata. Mencari malam lailatulqadar bukannya gurauan kita. Hanya tinggal beberapa hari , manusia masih leka, memikirkan dunia, memikirkan soal hari raya, namun soal yang lebih besar dari itu hanya dilupakan..............


5 comments:

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Jesteru itu.... marilah kita berusaha agar menang dalam peperangan ini....Sebagai seorg saudara baru seperti saya... mungkin perjalanan utk tiba ke situ masih jauh memandangkan ilmu dan amalan masih terlalu cetek tapi saya tidak akan pernah menyerah kalah dalam memperbaiki diri. Semoga Allah sentiasa memberi hidayah kepada kita semua....

a.samad jaafar said...

salam kenal panglimaMuda..
alangkah beruntungnya bagi hamba yg sentiasa rindukan kasih sayang Penciptanya.. moga Allah memberkati hidup kita..

nak follow, sayangnya ruang follower tak muncul plk.. insyaallah saya akan menjenguk lagi ke sini..

Bidadari Syurga said...

salam ramadan... lailaturqadar... siapa yang tak idamkannya... ada rezeki dan usaha.. insyallah.... salam

perjalanan pulang said...

salam, saya mahu berkongsi kepayahan ini dan berusaha mencari keredaan allah

perjalanan pulang said...
This comment has been removed by the author.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...