Salam........Alkisah membawa cerita kisah si mamat suami isteri tinggal dihujung kampung bersama keluarganya. Si Mamat ini tidaklah mempunyai pendapatan yang tinggi akan tetapi mampulah juga membela anak bini. Seperti biasa dugaan bulan puasa kali ini bertambah hebat tambahan pula hari lebaran bakal menjelma. Petang yang syahdu itu tiba tiba isterinya si Munah jadi orang mengidam mengandung anak sulung. Si Munah minta belikan peti ais baru dan dapur baru untuk memasak kueh raya. Peninglah kepala mamat bukan kepalang dan bagaikan sukar disabar sabar lagi apabila kata kata Munah bak langau mengelilingi kepala. Entah macam mana kemarahan Munah memuncak dan berkata " kalau awak dah tak sukakan saya, awak ceraikanlah saya " Terpacullah kata kata itu dibulan puasa yang mulia ini. Mungkin salah si Mamat kerana tidak mampu menyediakan kehendak isterinya di saat saat lebaran . Kiri kanan jiran jiran telah memulakan projek memasak kueh raya tapi Munah masih termengggu dihujung tangga, menanti sesuatu yang datang dan mengganggap suaminya tidak menyayanginya lagi............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUBUH YANG DURHAKA
Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...
-
Salam.....aku dah balik opis...tadi pergi klinik...kandungan gula menurun ke 9.4...Masih tinggi weh...Aku kena menjaga makan.... Cam mana na...
-
Salam....... Dengan izin Allah semuanya berlansung dengan baiknya. Dapatlah saya menghadirkan diri ke majlis perjumpaan blogger walaupun say...
-
Salam........suatu hari teringin sangat di hati pm untuk memilik sebilah keris sakti. Tapi di mana gerangan dapat dicari, dapatkah kita cari...
1 comment:
uishhh uishhh uishhh...
Post a Comment