Saturday, October 15, 2011

Air Dicincang Putus Putus

Salam......... siapa yang tak suka dapat berkumpul adik beradik. Boleh bercerita tentang kisah lama, boleh bercerita kehebatan anak cucu, boleh mengadu ngadu hal. Waktu budak budak dulu semuanya ok, boleh bermain sama sama tapi sekarang masing masing mengikut kehidupan masing masing. Kalau dapat suami orang kaya, oklah, tapi kalau dapat yang papa kedana bersabarlah. Kalau dapat isteri baik pun tak pa, tapi kalau dapat isteri suka mengapi , perleceh ipar duai, memangnya susah.

Alkisah adalah kudengar cerita pasal adik beradik lelaki yang sudah beranak beristeri. Si isteri ini suka sangat balik ke kampung halaman adik beradiknya dan tidak pernah mahu tunduk dan kalah. Dalam elok dan tak elok itu beranak pinak jugalah mereka itu sehinggalah disatu hari rumah tangga ini didatangi oleh orang ke tiga. Barulah kali itu muncul perasaan tidak senang si suami kepada isteri sehingga nampaklah dimata hatinya kesalahan si isteri tadi. Perasaan tidak senang itu tadi disokong oleh keluarga sebelah suami sehingga berlakulah penceraian yang tidak disangka sangka dengan kata kata yang tidak menggunakan otak. Setelah penceraian berlaku maka mereka pun turun naik mahkamah menuntut hak penjagaan, harta  sepencarian. Anak anak jadi macam tarik menarik, bekas janda dan duda walaubagaimana pun kena berjumpa juga dengan sebab urusan anak. Adik beradik yang dekat pun bukannya hendak ambil tahu sangat setelah kejadian itu. Penceraian itu tidak memberi manfaat apa apa pun dan mereka juga tidak kawin kawin dan kalau adapun hanya bertukar tukar boyfriend dan girlfriend. Berapa lama sangat orang nak mendengar rintihan dan tidak kepuasan janda dan duda terhadap pasangan masing masing. Lelaki lelaki lain mendekati janda itu hanya dengan tujuan menyempurnakan hajat manakala perempuan perempuan yang mendekati duda itu hanya  nak berhajat hajat.

Akhirnya mereka bersatu kembali setelah sekian lama memperbodohkan diri sendiri. Hari ini anak anak tinggal sebumbung dengan ibubpanya , manakala adik beradik tidak ambil pusing kerana mereka menjaga keluarga masing masing.

Alkisah ke dua menceritakan bahawa ada adik beradik di bandar sanggup membeli tanah dan rumah di kampung. Mereka fikir bahawa setelah pencen  nanti mahulah berehat di kampung bersama adik beradik. Duduk bersama adik beradik berdekatan tentu menggembirakan hati, ditambahi pula anak cucu makin bertambah. Namun air tak selalu bah, adik beradik di kampung telah membina rumah semakin besar, pagar semakin tinggi sehingga hendak menjenguk batang hidung pun susah. Adik beradik dikampung sudah mula tayang tayang menantu, beza menbeza cucu. Bila kenduri kendara sudah pandai berkira walaupun beras secupak dan gula sekilo. Perasaan adik beradik satu perut sudah bertukar kepada perasaan yang zalim. Tanam pokok dimana dahan melimpah ke rumah lain pun tak boleh, nak pinjam kuali dan periuk belanga pun tak boleh. Dulu semasa kakak abang kerja dibandar, segala bantuan mereka beri ke kampung,anak anak saudara yang tidak ada kerja dibantu untuk mendapatkan kerja tapi sekarang bila adik beradik di kampung dah kaya, mereka teruslah lupa asal usul...........

Kepada sesiapa yang nak balik kekampung dan berumah dan berniat untuk mati disana , fikir fikirlah.......... Zaman ini kuburpun kena tempah, kalau tak masuk nama syarikat mati, adik beradik pun tak mahu tolong. Bila dah pencen kerajaan siapa nak tolong. Harapkan anak anaklah kalau ada ......kalau nak harap anak saudara yang pernah kita tolong, lupakan sahajalah........ sebab yang lelaki ikut cakap bini, yang perempuan buat alasan suami tak beri izin....ikut ajaran ugamalah dikatakan.............


2 comments:

azieazah said...

Terimakasih Bang TAJUDIN, kerana entri yang sangat mendalam dan bermakna.

Saya suka membaca, kerana kisah2 itu sangat kerap berlaku di sekeliling kita, dalam kalangan masyarakat kita dan juga dlm keluarga kita.

Saya akui, bab cerai berai ni memang seperti memperbodohkan diri sendiri, kan?

Ya... saya sendiri pernah berhasrat nak naikkan semula rumah pusaka di kampung dgn duit EPF nanti, tapi kini saya terpaksa consider lagi berkali-kali.

Terimakasih bang!

perjalanan pulang said...

begitulah adanya

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...