Seperti yang telah kunyatakan bahawa Ludin menerima tekanan dari orang kampung dan jiran jiran sekeliling. Banyak orang kampung menyebelahi Salmah kerana suami Salmah adalah AJK kampung. Bukan sahaja bilal, pak imam masjid pun turut sama. Pada suatu hari Ludin berjumpa dengan Imam Hasan menyatakan hasratnya untuk memiliki Siti, namun keinginan Ludin dibangkang oleh Hasan dedngan alasan walinya iaitu bapa Salmah tidak setuju, mungkin Hasan lebih suka maksiat berluasa justeru kerana takut dan segan kepada bapa Siti.
Ada juga diantara kawan kawan yang ada hanya bermuka muka di hadapan Ludin, mereka memuji muji kehebatan Ludin sedangkan apabila dibelakang Ludin mereka mula mengutuk ngutuk. Segala apa percakapan Ludin dan perbuatan Ludin disampaikan terus kepada keluarga Salmah. Demikian itulah Salmah dan suaminya semakin hebat setiap hari kerana mendapat sokongan orang kampung yang membawa rebah itu.
Diantara saudara bau bau bacang Salmah adalah seorang lelaki bernama Zali yang bekerja sebagai pemandu teksi. Beliau inilah tali barut besar ketika itu. Apa sahaja cerita sensasi , dia akan turut serta. Setiap kali dia berhadapan dengan Ludin, setiap kali itu dia akan berkahak dan berludah. Benci sangat hatinya melihat Ludin dan entah bila kebencian itu berakhir.
Suatu hari dengan tiba tiba Zali datang menemui Siti, muram sangat wajahnya. " Siti aku nak minta tolong sikit " kata Zali. " Aku nak umrah ke Mekah, aku nak minta maaf kepada Ludin " katanya lagi menyampaikan hasrat. Siti berdiam diri kerana sudah sekian lama hidup difitnah............................ Namun segalanya berakhir dengan keizinan Tuhan yang maha kaya. Pada suatu hari setelah kembalinya Zali dari Mekah, beliau berjalan jalan seorang diri di sebuah lorong dihujung kampung, hanya kebetulan Ludin dan Siti berada disana. Dengan tiba kepala Zali pening, berjalan terhoyang hayang dan hampir jatuh. Ludin telah dapat menyambut Zali dan memeluknya serta meletakkan tubuh Zali diatas tanah. Keadaannya sungguh lemah tidak bermaya, dia benar benar sakit. Orang ramai yang lalu lalang datang membantunya membawa pulang ke rumah........... Keesokan hari Zali telah mulai pulih dan datang mencari Ludin. " Terima kasih kerana kau menolong aku semalam, kalau aku jatuh mungkin aku akan lumpuh buat selamanya........" katanya. Dia bukan sahaja mengidap kencing manis tapi juga lemah jantung.
Manusia sebenarnya semakin lupa, bahawa usia ini meningkat tua. Sewaktu muda, bukit mana yang tidak dapat didaki, kita boleh buat segalanya, kita boleh merosak sesama manusia , kita boleh menghentak bumi durhaka kepada Allah, kita kuat segala galanya. Hari ini usia sudah semakin rapuh, urusan agama sepatutnya kita hampiri dan bukannya menyambung tugas syaitan..........
Allah SWT berfirman,
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينُُ.
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. Al-Baqarah (2) :208)
gambar hiasan
No comments:
Post a Comment