Sunday, October 16, 2011

Antara Bakti dan Keji

Salam........bersama kita lagi di dalam entry ini.............

Sudah sekian lama Mak Limah berada di kampung itu bersama anak perempuan sulungnya dan menantu lelaki serta beberapa orang cucu. Kehidupan di kampung bukanlah senang sangat, setakat makan dan minum memang mencukupi. Suatu hari anak perempuan  keduanya mengajak tinggal di bandar setelah 3/4 kehidupannya dihabiskan di kampung. Pelawaan anak perempuan yang baru mahu berbakti ini tidaklah ditolaknya.

Anak perempuan ke dua ini hidup serba mewah, anak anak sudah bekerja, menantupun sudah ada tetapi beliau masih bekerja kerana kematian suami beberapa tahun sebelum itu. Hari demi hari berlalu, sekali sekala anak perempuan di kampung datang juga ke bandar kerana rindukan ibunya, begitu juga cucu cucu yang sedang sedia ada di bandar datang juga melawat. Keadaan Mak Limah di bandar sememanglah mewah, sebut sahaja apa yang mahu dimakan, pastilah tertunai, anak cucu disini akan menyediakan. Tapi orang tua setakat manalah selera makannya. Lainlah waktu muda muda, gajah dan harimaupun sanggup dimakannya.

Usia Mak Limah semakin hari semakin tua, hajatnya untuk balik ke kampung dihalang oleh anak perempuannya itu. Mak Limah sering berasa sunyi, kalau tinggal di kampung tentulah ada kerja boleh dibuat,  paling paling tidakpun melayan ayam itek. Kini, setiap pagi anak dan cucunya keluar bekerja, petang nanti barulah berjumpa. Setiap hari anak perempuannya akan  memasak makanan sebelum mereka bertolak ke tempat kerja, Mak Limah cuma perlu memanaskan lauk dan makan bersendirian di waktu tengahari. nasib baiklah ada jiran jiran yang sudi datang meneman sekali sekala. 

Semenjak tinggal di bandar , belang anak perempaunnya mula menyerlah. Anak perempuannya amat rimas bila Mak Limah mahu ke klinik. Marah sangat dia bila ibunya asyik meminta ubat sehingga lahirlah suara kemarahan tersimpan. Anak perempuan itu juga semakin semakin banyak bebelnya sehingga Mak Limah rasa tersinggung. Bila ada saudara mara pihak suaminya datang melawat, anak perempuan Mak Limah akan bercakap secara halus halus dan memperlihatkan betapa susahnya dia menjaga ibu yang sudah tua.

Suatu hari Mak Limah jatuh sakit, semua saudara mara datang melawat. Di waktu hampir menghembuskan nafas, anak perempuan Mak Limah ini datang meminta ampun akan tetapi Mak Limah memalingkan mukanya sehingga ke hembusan nafas terakhir...................................

Setelah beberapa tahun kematian Mak Limah, anak perempuannya pergilah menunaikan haji ke Mekah dan pulang dengan wajah yang hitam. Selang beberapa tahun beliau pergi lagi ke Mekah sehinggalah mencapai ke tahap 3 kali, tidak termasuk umrah. Sebagai manusia kita tidak dapat meletakkan hukum, apa yang lebih jelas, Allah masih memanjangkan umurnya sehinggalah sampai ke hari ini. Anak Mak Limah masih hidup , memanjangkan baktinya kepada masjid dan masyarakat.............Hanya Allah sahaja yang tahu dan maha adil disebalik kelimpahan rezeki dan kekayaan yang dilimpahkan kepada anak Mak Limah itu sehingga kemudahan untuk pergi ke Mekah itu boleh melampaui waktu............

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).



4 comments:

azieazah said...

Beruntung sesiapa yang diberi peluang menjaga ibu kandung sehingga ke akhir hayat tanpa rasa jemu dan ungkitan.

Dan ramai pula yang tidak diberi peluang itu mungkin ada sebabnya yang terselindung yg tidak kita ketahui..

Bidadari Syurga said...

terima kasih untuk entry ini.... saya masih punya ibu....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
perjalanan pulang said...

ibu saya telah lama meninggal

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...