Sunday, January 1, 2012

Perjalanan Di Bumi Allah

Salam..............

Aku selalu menyebut tentang Kaabah itu, tentang kerinduan demi kerinduan. Tentang hatiku yang tidak tenang kerana gelodak dunia yang masih belum berakhir. Aku  melihat contoh dan tauladan tentang mereka yang telah pergi dan pulang, pergi menjadi tetamu Allah dalam sesuatu pencarian. Betapalah dunia hari ini adakah masih ada nikmat bagi mereka yang menziarahi tanah suci atau sekadar memenuhi masa mengikut jejak kawan kawan. Alangkah baiknya kelakuan mereka sebagai mana pergi ke tanah suci, kemudian  kembali dengan kesucian berterusan dan juga bukan sekadar hanya bertahan 44 hari. Alangkah baiknya mereka yang rendah hati sewaktu disana dan kemudian pulang  dengan keikhlasan , bukan membawa kesombongan.....

Aku bimbang kepada hatiku, bimbang kepada kelakuanku walaupun orang berkata bahawa hidup ini tidak boleh lari dari dosa. Aku melihat saudara saudaraku itu ke tanah suci 3-4 kali sedangkan anak anak cucu disini masih kebuluran, masih memerlukan bantuan, masih memerlukan kehidupan. Justeru kerana Allah memberikan kepadanya rezeki melimpah ruah, dia mahu terus beribadah ke Baitullah, dia mahukan keampunan Allah tetapi dia tetap tidak berubah...Baitullah masih tidak lekat dihatinya. Kembali ke bumi bertuah ini bukanlah untuk melebelkan haji di dalam kad pengenalan tetapi untuk menjauhkan diri dari maksiat dan berbakti kepada alam dan manusia...

Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum PM

Kaabah dekat dihati
disamping menghulurkan bantuan kpd sanak saudara yg memerlukannya

Insyaallah

ibundo said...

selamat tahun baru 2012. Semuga kita menjadi insan yang lebih baik ....

PCL said...

Assalamualaikum Panglima...
selamat tahun baru 2012,

hajat dan cita-cita mmg ada sentiasa nak ke baitullah...kumpul duit bedikit, insyaallah sampailah saya.
seronok bila dgr cerita gembira dari mereka yg pulang dari tanah suci...mcm tak sabar la nk menati.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...