Wednesday, January 4, 2012

Antara Silat Dan Silap

Salam....

Bila musim sekolah begini membuat pm ingat tentang aktiviti masa budak budak dahulu. Waktu siang sekolah manakala waktu malam pergi ke surau. Sungguhpun masjid di kampung berhampran  rumah, surau juga jadi pilihan. Ini adalah kerana di surau itu ada seorang 'abang tu' jadi daya penarik..Di masjid pula, pakcik pakcik yang ada tidak mesra alam dan tidak tahu mahu mengambil hati budak budak.

Dari aktiviti surau , pm berjinak jinak pula dengan kumpulan silat. Silat kampung aja..tak standard seperti silat orang sekarang. Orang sekarang kita akan lihat gayanya cukup hebat, pakai baju berwarna warni, berselimpang kain kanana dan kiri, keris tersisip di pinggang, jalan mendongak dongak seperti ayam jantan nak berlaga. Belum lagi dia menjerit, tentu takut mendengarnya.....

Aktiviti silat kampung tidaklah bermodal banyak, mencukupi ada baju dan seluar serta minyak api untuk pelita. Silat sekarang, baju sahaja sudah mahal, belum lagi yuran bulanan .... Silat moden seperti itulah.... Dulu dulu pm belajar cuma 44 hari, tiap tiap malam belajar kecuali malam Jumaat. Kami belajarpun tidaklah ramai, tidak sampailah 7 orang. Selepas tamat 44 hari , kami tidaklah berbuat apa apa kecuali membuat semak di rumah guru. Guru guru silat dahulu  menurunkan ilmunya ditengah tengah malam dan bukan semua murid mendapat ilmu yang sama. Ada yang sama tapi tidak serupa dan kemudiannya beramal mengikut kemampuan masing masing. Di zaman itu budak budak terpengaruh dari filem filem indonesia dan cina , semua orang belajar untuk  menjadi pandai tapi pm tak nampak pun mereka boleh terbang seperti dalam filem itu.

Belajar 44 hari asas itu menjadi bertahun tahun pula lamanya. Hampir setiap malam berada di rumah guru berkenaan sehinggalah habis sekolah tingkatan 5. Sepanjang waktu itu tidak sekali pm gunakan untuk memukul orang dan tidak adapun orang mencari gaduh... Belajar silat hanyalah suka suka.................

Setelah berumur 18 tahun, pm pun keluar dari kampung halaman, di sana barulah pm jumpa orang tak serupa orang dan manusia tak serupa manusia. Barulah pm tahu silat itu untuk apa.... Rupanya silat tu digunakan untuk pergi dating dengan anak dara orang....Pelik tapi benar........

Ada seorang kawan pm berasal dari NS, entah bagaimana dia berkenan dengan orang negeri K. Dia seorang yang berani masuk ke kampung itu menziarah ibubapa si perempuan . Apabila keluar sahaja dari rumah tersebut, dia telah dinanti oleh beberapa orang pemuda kampung. Itulah saat getir baginya kerana di zaman itu orang orang luar tidaklah boleh sembarangan masuk ke kampung orang, apatah lagi di rumah orang yang mempunyai banyak anak dara. Jelas sekali pemuda pemuda itu menunggu diluar untuk memukulnya. Kesudahannya dia dapat meloloskan diri berbekalkan sedikit jampi serapah dimana pemuda pemuda itu tidak mengusiknya dan juga tidak dapat melihat dirinya....

Di zaman ini semua mudah, ada hand phone dan ada facebook, senang berhubung sesama sendiri. Tidak ada orang kampung memperdulikan orang lain. Anak anak gadis bebas membawa teman lelakinya datang bertandang dan tidur dibiliknya. Ibubapa juga tidak menghalang bahkan bergembira dengan bakal menantu menantunya. Di zaman ini anak anak gadis mudah sahaja beranak, bukan sahaja di dalam bilik tapi juga di dalam tandas di tepi tepi taman bunga atau di dalam tong sampah. Inilah silat orang sekarang yang juga disebut sebagai silap..................


7 comments:

Unknown said...

SALAM,
Setuju sangat .... sekarang ni banyak silap ! Kat mana pulak silapnya ?

Unknown said...

Silat dahulu memang hebat. Saya tak nafikan.

Dan sekarang memang banyak silap.

perjalanan pulang said...

silapnya tak berjumpa cikgu

PCL said...

silat mmg silap kalau tak kena buahnya...

Chik Att said...

Silat pulut ....betoi dak... Zaman budak2 dulu kata.

Teringat dulu ... malam pi mengaji ... balik singgah rumah toke kantin sekolah... tengok combat ....

perjalanan pulang said...

pasal cerita combatlah ,kami tak pergi solat isya' kat masjid

Queenie said...

dulu combat tiap malam selasa kn? malam sakit perut wajib bagi saya...

ada lagi tak Rick Jason tu? heheh

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...