Salam...............
Dulu cita cita nak jadi penulis, kita ingat hidup berkarya ini seronok......... Hari hari kita membaca novel , cerpin majalah. Hari hari mengetuk mesin taip buruk satu persatu kerana kita tidak pernah belajar menaip di mana mana sekalipun. Ada masa kita hantar cerita kita ke surat kabar, ke majalah tertentu, kita buat nama pena dengan nama ADISMA....Mungkin ada orang lain pakai nama itu dan apa yang kita tulis tidak pernah laku sekalipun. Mungkin juga kita bukan nama besar dan hanya penulis kaki lima di tepi jalan atau mungkin juga apa yang kita tulis lansung tidak ada kena mengena dengan kehendak orang........................
Hari ini kita lihat penulis 18SXXXX lebih hebat mendapat sambutan. Padahal yang dia tulis itu adalah benda benda " di celah kangkang " Kotor seperti manapun orang tetap suka. Kalau kita jadi penulis politik mungkin lagi hebat , apatah lagi menceritakan kisah celah kain orang. Hari ini kita tetap dengan falsampah kita demi untuk menjaga maruah yang selalu ditelanjangi.
Bermula dari SMS kita berpindah ke FB dengan tulisan yang karut karut. Gaya bahasa dan penulisan sudah lari dari disiplin. Semua perkatan singkat singkat sehingga entah apa butir sebutannya. Gaya penulisan itu dibawa kedalam karangan bahasa Malaysia UPSR, PMR, SPM dan segala TM TM....Tidak hairanlah bila anak anak kita lingkop bahasa Malaysia berbanding dengan bangsa lain yang bukan beranak dari rahim orang melayu.
Dari sana kita menjadi penulis blog....kita buat tajuk yang hebat....blog aku suka....Kita boleh tulis dengan apa gaya sekalipun, kita akan bercerita dengan perkara yang indah indah sehinggalah kepada perkara yang paling jijik. Kita boleh jadi ustaz menulis dan memaparkan apa sahaja tentang kebaikan dan diselang seli dengan ayat Al Quran.....Kita terlupa tentang saksi yang akan menjadi saksi untuk diperhitungkan....Kita tetaplah kita yang lemah.
5 comments:
Assalamualaikum Tuan Panglima Muda,
Tulislah dari hati, kalam hati selalu mengatakan yang hakiki.
Tulisan tuan banyak yang terkesan, terima kasih kerana mengingatkan apa yang kita tulis akan jadi saksi diakhiran nanti.
Saya pula jadi takut untuk menulis...alasan, kerana sekarang lebih senang berkata-kata dengan lensa cabuk.
percayalah kepada diri anda....
:)
aku jadi terfikir byk kali utk menulis....
Assalamualaikum PM..
Kita sentiasa boleh buat pilihan..
Dulu kita bimbang bila orang menilai kita melalui bahasa atau pemakaian baju kita. Kini kita juga harus bimbang orang boleh menilai kita hanya melalui tulisan kita di blog...
Post a Comment