Tuesday, January 17, 2012

TALAK TIGA

Salam........semalam sengaja pm menulis tentang kegilaan orang lelaki dan perempuan yang sudah bertaraf emak bapak. Tidaklah banyak sambutan, terutama orang perempuan tentulah tak minat.......Banyak terjadi di pejabat pejabat yang kejadian ini suka dinafikan........

Hari ini pm mahu menceritakan sedikit tentang perangai seorang suami yang anih.....Beberapa tahun yang lalu, pm telah terjumpa seorang lelaki melayu berpangkat Inspektor. Beliau datang menziarah kawannya di tempat pm bekerja bersama isterinya. Pm melihat si lelaki ini asyik mengekori isterinya dan begitu baik melayan isterinya, sekali sekali pm nampak dia menangis. Di dalam perbualan kami pm dapat tahu bahawa isterinya tidak suka kepadanya lagi dan beliau sedang mencari tempat untuk berubat. 

Memandangkan beliau memerlukan bantuan dan sanggup mengikuti syarat syarat yang yang diberi, perkara ini pm rujuk kepada abang angkat pm di Ampang. Menerusi perbualan mereka di dapati lelaki ini sungguh sungguh mahu berubat. Minggu pertama perubatan dijalankan lelaki ini dikehendaki mandi berlimau tetapi entah macam upacara mandi itu lambat dijalankan semata mata kerana ketidakjujuran kawan baiknya, maksudnya limau tidak sampai dan wang pengeras juga disimpan utusannya itu. Dengan keizinan Allah beberapa hari kemudian kembalilah isterinya kepadanya seperti biasa. Semua kerja selesai akan tetapi pm kena marah cukup cukup dari abang pm dan kena denda...............

Menurut kata abang angkat pm, setelah ditelek dan dilihat rupa rupanya Ispektor ini berbohong kepada kami. Dia sebenarnya telah menceraikan isterinya dengan talak 3. Apa yang berlaku ini adalah semata mata kerana beliau gila talak. .........Nak buat macam mana , benda dah jadi....dia dah berpeluang kembali tidur dengan isterinya padahal salah disisi ugama. Oleh yang demikian sesiapa yang suka menolong orang kenalah beringat ingat, tok bomoh juga patut tilik pembohongan orang awal awal

gambar hiasan

8 comments:

Kak Amy said...

Abang PM pandai x nak suruh orang pulangkan duit...

perjalanan pulang said...

Abg pm dkt ampang sudah meninggal dunia jadi tak dptlah nak menolong

PCL said...

dah buat salah nak minta tolong ubatkan , cmana nih!..tggu peluang kedua lah si gila talak..

perjalanan pulang said...
This comment has been removed by the author.
azieazah said...

Maksud? Rujuk semula selepas bertalak tiga???

uishhhh....

ibundo said...

Ada jugak orang gitu ye..

aku budak klang said...

salam perkenalan....i follow u

akuzle ayu said...

hmmmm... kena dengar cerita dr kedua-dua belah pihak dlu kots?

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...