Salam..........selama 3 hari meninggalkan blog ini, pm masih seperti biasa iaitu tiada idea...........
Hari ini ramai orang sudah bercuti, di sekeliling rumah pm sudah mulai sunyi sepi. Mereka semua balik ke kampung nun jauh di sana. Selama ini mereka pembohong mengaku orang Kuala Lumpur, beranak pinak di sini tetapi sebenarnya mereka adalah orang luar yang meramaikan kota Kuala Lumpur. Mungkin Orang Kg. Baru sahaja yang boleh bercerita tentang hal ini..........tetapi tidak pula kepada minah minah indon dan lelaki lelaki hitam bertubuh sasa....
Esok lusa pula orang orang kita akan sibuk kenduri, tidak kiralah kenduri apa sekali pun walaupun kenduri arwah ianya tetap dinamakan kenduri. Namun musim Tahun Baru Cina ini, kita akan lebih banyak menyaksikan kenduri kahwin dan juga pertunangan. Pm sendiri ada menerima jemputan dari kerabat di sebelah isteri bersangkutan pertunangan anak perempuan mereka tetapi tidak dapat menghdirkan diri dengan sebab sebab tertentu.
Bercerita tentang kenduri kahwin ini tentu banyak yang kita dengar desas desus sebelum majlis itu berlansung. Ya lah.. orang akan bertanya siapakah bakal suami atau isteri si anu.... Waktu itu emak pengantin tentu tidak mahu kalah dalam soal ini. Waktu pm kecik kecil dahulu, pm selalu dengar bahawa bakal menantu mereka itu ustazah, ustaz, cikgu, askar polis,........itulah jawatan kebanggaan orang dulu dulu, berlainanlah sekarang kerana menantu mereka mungkin pensyarah universiti, ahli koprat, doktor, engineer , dato dato' . Ini menunjukan di Malaysia ini semua orang berpangkat dan bertaraf tingggi sehingga tidak dapat melayakkan diri untuk menerima zakat atau bantuan rakyat tetapi masih juga beratur mengambil borang tempuh hari.
Beberapa bulan selepas pernikahan itu nanti, barulah nanti banyak rahsia terbongkar. Pm mengingatkan diri pm, kawan kawan, pakcik pakcik, makcik di luar sana agar tidak bersifat bongkak dan sombong. Segala apa yang baik yang kita dapat hari ini adalah anugerah dari yang esa. Didiklah anak dan nasihatkan bakal bakal menantu supaya dapat membena rumah tangga yang baik dan sempurna. Ingatlah pesanan orang dulu dulu bahawa hanya cangkul dan tanah jadi pemisah, biar tanggal kaki dengan lutut, namun bercerai berai jauh sekali.
Sekali lagi pm berpesan jangan angkoh dan sombong....jangan sekali kali fitnah memfitnah............
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” [surah Luqman, ayat 18]
1 comment:
sesungguhnyer sy bersetuju ngan pak din...
Post a Comment