Pak Usu sudah lama tiada, beliau menjadi anak angkat atuk kerana atuk tidak mempunyai anak lelaki. Menjadi anak angkat atuk biasalah kena belajar agama dan pergi ke masjid, manakala pak usu pula mempunyai minat tersendiri iaitu berjudi. Pak usu akhirnya bertemu jodoh dengan seorang perempuan minang sebagai pilihan hati. Ada sumber menyatakan bahawa perempuan itu adalah perempuan joget. Gambar perkahwinan mereka diabadikan dalam bentuk hitam putih, waktu itu pak usu berkaca mata hitam ala ala P. Ramli berbaju melayu temenggung........Siapa yang pernah memakai seluar baju melayu itu pasti ketawa.....besarnya....................
Berkahwin dengan perempuan cantik akan melahirkan zuriat yang cantik juga. Anak pak usu hanya seorang sahaja lelaki tetapi yang lain semuanya perempuan cantik cantik belaka. Maka kecantikan itulah menjadikan keluarga pak usu begitu berharga . Tiap kali majlis perkahwinan anak anak, seperti biasa adanya acara khatam alquran waktu pagi. Orang dulu dulu kalau tak pernah khatam quranpun mereka kena buat juga majlis itu mengikut adat...takkan nak karaoke waktu pagi...
Di sebelah malamnya setelah majlis berinai, ada pula acara joget lambak. Maka pada waktu itu bukan sahaja pengantin yang menari, tetapi juga emak bapak pengantin juga menari dan saudara mara. Kalau tidak ada perempuan berani berjoget, mereka jemput perempuanorang asli. Tok Batin kata tidak boleh pegang pegang, cuma menari saja. Tapi apabila tok batin sudah disumbat dengan botol anjing bodoh itu, semua peraturan sudah dilupakan. Lampu pula mulai malap, waktu itu pakai live band....berdentum dentum bang...... melenakan pengantin semalaman.............
Malam semakin tua, muzik semakin rancak, botol arak beredar dari meja ke meja, daun pakau meneman pak cik pakcik yang sedang memanas air untuk merebus telor ayam. Segalnya telah terjadi walaupun rumah itu berhadapan dengan masjid. Esok mendatang, ramai tetamu yang hadir untuk sebuah perkahwinan.....
Lama sudah tidak mendengar berita pak usu, dengar kabarnya sudah bercerai dengan mak usu. Waktu itu pak usu sudah pencen dan duduk di rumah anak anak dari rumah ke rumah.....Akhirnya pak usu meninggal dunia dan menutup satu kisah hidup manusia di muka bumi ini......Anak anak pak usu yang ada entah dimana dan kalau kalau bertemu dan berlaga hidungpun pasti saya tidak mengenali mereka.
Apa yang saya sebutkan bukan untuk memburukkan sesiapa tetapi menjadikan pengajaran bahawa hidup ini seseronok bagaimanapun, pasti juga berakhir. Perjalanan terlampau jauh, banyak yang dilanggar dan lupa, mudah mudahan Allah memberi pertunjuk dan mengampuni dosa dosa kita semua.
gambar hiasan
3 comments:
Sesungguhnya akhiran kehidupan adalah kematian.
Bekalan yang akan dibawa adalah Amalan...
Tumpang hidup carilah keberkatan dan keredhaan..
Insyaallah...akan selamat didunia dan juga akhirat.
hmm...
saya rasa kisah ni menariklah.
assalamualaikum PM....kisah untuk tauladan semua...:)
Post a Comment