Sunday, April 15, 2012

Zalim

Salam..............

Zalim.......siapakah yang tidak terlebih zalim kecuali diri sendiri. Menzalimi diri sendiri kerana enggan mengikut perentah Allah, enggan menuruti pesanan rasul. Enggan membuang kemegahan dunia yang sedikit ini dan tidak mahu pulang ke akhirat.

Kita masih mahu berdiri tanpa malu dan sentiasa pula menunjukkan kegagahan diri, sedangkan badan ini semakin hari semakin tunduk terpaksa. Kegagahan pula semakin hari semakin terancam dengan demam , batuk dan selsema. Semakin hari semakin itulah kita berusaha menampal segala kekurangan agar kita boleh hidup bertapak di muka bumi. Kita hitamkan rambut untuk terus menjadi muda, kita percantikkan wajah agar kelihatan segar di mata. Kita saluti tubuh dengan pakaian yang mahal mahal, kita ceritakan kepada orang tentang kehidupan kita yang mewah mewah.............. Ah bodohnya mereka membiarkan diri dengan penampilan compang camping, bodohnya mereka memperlihatkan rambut yang tak terurus, bodohnya mereka memakai serban yang besar besar, bodohnya mereka menutup badan dengan kelambu hitam......Benarkah kehidupan di dunia adalah untuk dilihat........

Manusia akan melihat kita dan kita akan mempertontonkan mereka dengan apa yang ada pada kita. Apa yang kita ada sebenarnya ?


Marilah ke mari , bertanya pada diri, alam yang mana mahu dicari dan dunia mana yang kita akan pergi.


5 comments:

atuk said...

Assalamualaikum PM

Allahuakbar
saya dalam kealfaan

Astafirullah

terima kasih atas ingatan yg diberi

Telor Power said...

dimana kisah gambar tu berlaku PM

Nong Andy said...

manusia menjadi tuhan dan menghukum manusia lain.. mcm dlm gambar di atas tu :(

perjalanan pulang said...
This comment has been removed by the author.
perjalanan pulang said...

saya bercerita dari gambar dan pengalaman yang saya lalui

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...