Pm rasa sakit seluruh sendi badan, sengal dan ngilu. Tidur malam tidaklah lena di musim panas ini. Puas bergolek ke sana sini, resah sepertinya orang putus cinta. Agaknya kerana apa ?
Inilah jenis hidangan yang pm gemari dan sepertinya juga lelaki lelaki lain yang berpenyakit, mereka tetap akan meratah sup kambing. Entah kenapa, entah apa yang berada di dalam sup itu tapi sedap selalu menyentuh perasaan
Waktu remaja sewaktu bekerja di Bukit Bintang, hampir setiap malam makan sup kambing. Biasalah minum teh tarik, dan juga beberapa keping roti telah memberi kepuasan kepada kami. Kepuasan seperti itu telah melamar penyakit. Lalu timbullah falsafah " kita makan dulu dan makan ubat kemudian "
Apa pasal orang cakap kambing ini " penyakit " ya ? Daging kambing tu bukan kambing kampung tapi daging import dan lepas tu dah berbulan lamanya dalam peti sejuk. Masih memberi penyakit ke ? Orang putih sibuk suruh kita makan lembu, minum susu lembu.... isss tak jadi penyakit ke ?
4 comments:
Salam PM,
Rasullullah pun suka sup kambing.
Gambar pertama, gearbox, huishhhh dpt sebatang straw boleh sedut khazanah dlm tulang tuh..sedapppp
Dah lama tak pekena sup kambing, memang tinggi kolestrol tapi jgnlah makan hari2..sekali sekala no harm kot..InshaAllah
best nyer..kalu cicah roti peeerrggghhh
assalamualaikum PM...mmg semuanya suka mkn sup kambing ni tapi yg x suka mmg x akan makan...:)
as'kum pm... sedapnya sup kambing... lain kali rasa nasik arab lauk kambeng plak PM....sedap~...hehe
Post a Comment