Semalam hari cuti memberi kesempatan kepada pm pergi ke majlis orang kahwin. Suasana sangatlah sederhana kerana majlis ini adalah majlis di rumah pengantin lelaki. Melihat kepada wajah pengantin lelaki bagi pm , beliau sangatlah beruntung kerana mendapat isteri yang selengkap itu...............
Lengkap bagi pandangan pm , tak tahulah kepada pandangan orang lain. Mari kita tampilkan lagi sekeping gambar mereka
Syukur Alahamdulillah majlis berlansung dengan baik walaupun adalah sedikit ribut angin di sebelah petangnya. Apapun pm mengucapkanlah selamat pengantin baru....Eh mana pulak gambar bapak emak pengantin ya ...
Yang baju hijau ini bapak pengantin
Yang bertudung manik manik batu tu lah .. emak pengantin
Semua orang datang makan dan tak dengar komplen apa apa...mereka lansung tak pakai katering, masak sendiri .....
Inilah untungnya kalau kita masih ada keluarga yang mahu menolong. Kalau tidak terpaksalah pakai gambar agong sahaja.....Dalam riang riang begini pm pulak asyik tak sedap perut, maka tidaklah dapat menikmati makanan dengan sempurna. Hari ini pula pm bertemu doktor di klinik.....dia tanya makan apa semalam. Pm cakap semalam kita makan kenduri di rumah yang sama...Tapi sakit pm ni bukan dari semalam tapi dari sebelum kenduri tu.......apa lagi mc lah pm..................
Mudahan pengantin ni dipanjangkan jodoh dan tidak seperti sedara pm sebelah sana tu. Tahun sudah kawin, tahun ni bercerai.....kejap saja...nasib baik kawin, kalau tak entah buang anak dari tingkap lagilah teruk tu......
Hari hari baca surat khabar dengar orang buang anak. Hari hari orang membacapun mengutuk tapi benda alah tu berpanjangan jugak. Nak kata tak ada cikgu agama, berlambak ada, nak kata tak sekolah agama, budak sekolah agama pun galak buat macam tu...Nak kata tak ada tempat meyimpan anak anak ekpresssss , dah ada jugak....Mungkin emak bapak mereka dulu adalah pelajar sukan melontar peluru...
5 comments:
gelak besor part melontar peluru..
ayu terro.. wakil daerah.. tapi xsuka lontar manusia mahupun binatang apatah lg benda...
Selamat Pengantin Baru buat pengantin. Moga kekal bahagia selama2nya.
eh... pandai pm telek org.. ayu tak faham maksud 'selengkap itu'
ha ha ha....macam masak lemak le...kalau cantik kuning tu...memang cantik le...tapi kalau santan terapung...sah memang tak kena
Ehh jangan buat main dengan peluru. Saya dulu wakil sekolah acara lontar peluru. hehehehe
Post a Comment