Dah beberapa hari kahwin ? Kenapa orang rumah awak nampak pucat saja. Sakit ke atau terkejut melihat benda yang tidak pernah tenguk ? Bukan itu sahaja solannya malahan ada lagi solan yang bukan bukan yang saja saja nak mengusik pengantin baru.........
Sebenarnya esok sahaja apabila bangun pagi, si pengantin dah tahulah apa masalahnya. Masalahnya dia dah jadi suami dan orang perempuan pula dah jadi isteri. Bangun pagi nak mandipun sudah satu cerita terutama kalau dalam rumah itu cuma ada satu bilik air...Sape yang patut mandi dulu , pengantin atau emak bapak pengantin dan salah tak kalau pasangan tu mandi sama sama bagi menjimatkan masa... Abih tu pak long , maklog, pak ngah dan makngah dan seterusnya sampai ke bibik kena baratur sampai pukul 10 pagi.
Abis tu kenapa muka pengantin pempuan nampak pucat ? Mungkin dia takut pada emak mertuanya sebab tak reti masak....maklumlah tinggal rumah mertua dah lebih seminggu...Kok ya pun, keluar biliklah, tolonglah apa yang patut. Abis abis lekehpun tolong kopek bawang, tolong siang ikan. Yang nak makan dalam rumah ini bukannya sorang....Ada ramai lagi nak makan...., awak tu bukanlah puteri raja..." yang asyik dok mengangkang dalam bilik buat apa ?...... Huh sungguh celupar lidah mak long....., cakapnya bagai tidak bertapis lagi.....Bior je le pengantin baru tu.........esok lusa bila sedara mara dah balik , pandailah dia membela lakinya".........
Masalahnya pulak, pengantin lelaki baru tahu bahawa aturan haid isterinya tidak betul..... Selama ini sebelum menikah, keluar malam sampai 2-3 pagi, duduk berembun sampai subuh, tak nampak apa sakitpun... Alih alih sekarang sudah ada penyakit....... Rupanya kahwin ini bermaksud kita menanggung sakit ......
Esok siangnya, bini mula membungkus rambut dengan tuala, sambil membawa baldi ke ampaian. Nak sidai seluar dalampun malu, apatah lagi di anjung rumah......, simpanlah dalam seminggu dalam bilik, sampai emak mertua masuk tenguk....Nanti panjanglah muncung emak mertua..tenguk pakaian anak jantannya berkepuk bertimbum..." katanya dapat menantu malas ".... Rupanya hidup berumah tangga ni, kat manapun orang kata....
Hari esok esok akan berganti......menantu sama menantu saling berbeza dan berlawanan. Bukan hanya paras rupa tapi juga sapa pandai bodek.....Sebelum korang terlupa ingin pm ingatkan iaitu SOLAT......Solat bukan hanya untuk sebab baru kahwin, tapi bangunlah waktu subuh itu walaupun sesejuk mana, walau sesedap mana..., segeralah waktu zohor itu walaupun sesibuk mana....Disisi tuhan manusia itu tetap sama........
.
6 comments:
salam ziarah....terima kasih sudi follow blog saya... :)
awal2 lagi dah mgata. hadoi
mengata, satu tabiat biasa
Yupp.. kisah benar di awal perkahwinan... tu yg asyik nak dok rumah s3nfiri jer, lebih selesa dan jauh dari umpatan..
Setuju dengan entri ini. Saya pernah terkantoi sedang berkemban dan seluruh rumah tetiba blackout! Kecoh bila semua adik beradik keluar bilik termasuk saya yang sedang berkemban.!
Cisss!
ha ha ha...ada lagi cerita di sebalik tabir
Post a Comment