Semalam dengar khabar pihak pekerja asing ada menuntut gaji RM 900/- untuk para pekerjanya dan bekerja cuma 8 jam sahaja. Dia orang ini nampaknya lebih bahagialah dari kita orang Malaysia. Orang Malaysia kena kerja 9 jam di komplek komplek. 8 jam kerja manakala 1 jam lagi ditolak untuk waktu makan. Ada pulak kena kerja 10 jam..... Pekerja asing bukan sahaja dapat gaji RM 900/- tapi juga diberi tempat tinggal dan makan minum. Orang kita naik bas turun bas , duduk rumah sewa. Apa agaknya salahnya orang kita ?. Ada orang cakap orang kita ini memilih kerja, betul tak ? Atau sebenarnya kita tidak ada peluang lansung. Ialah nak kerja tukang cuci pun dah ada syrikat lain ambil alih, kerja jaga pun ada syarikat tertentu ambil alih dan menggaji pekerja asing. Abis tu kita jadi perompaklah ?
Atau kita harus jadi ayahanda, abang kawasan dan menjaga keselamatan orang orang asing dikawasan tertentu...Tok penghulu mereka bayar kat kita pulak ?
Berbalik kepada kisah sabtu lalu ketikanya rakyat rakyat menjerit memperjuangkan keadilan, meminta itu dan ini dengan amannya katanya tapi adakah aman hati pemimpin pemimpin kerajaan yang sedia ada ? Sebenarnya dunia sekarang tidak aman. Ekonomi terasa amat perit, barang barang mahal, orang asing menjadi tuan rumah, kita menjadi penumpang. Kita orang melayu bersorak, kita orang islam bersorak manakala di belakang kita bangsa lain menyorong nyorong kita ke depan. Kitalah bakal jadi pak kaduk, ayam menang kampung tergadai. Kita yang kebumikan orang orang kita.....manakala orang orang gomen yang menonton telatah ini, bergelak ketawa juga. Gelak kerana tak perlu bersorak sorakpun, kalau tidak bersorak sekalipun kita terpaksa mengikut mereka kerana gula gula sudah dan akan diberi.
Kemanapun akan pergi marilah menasabah diri. Jangan latah...............
9 comments:
marilah berfikir.
yes, fikirlah....
Sebab tak sanggup jadi Pak Kaduklah rakyat berkumpul di Stadium sabtu lalu. Lihatlah siapa yang mengkadukkan Melayu di Pulau Pinang? Selama lebih 50 tahun UMNO memeritah,apa terjadi kepada Melayu P.Pinang? Bertambah mewah? Sekarang UMNO sedang mengkadukkan Melayu Johor.Tak lama lagi Najib n geng akan menkadukkan orang2 Melayu di Felda.Ini semua disebabkan oleh Melayu macam anda tak berani bersuara dan sentiasa jadi pak angguk kepada kerajaan yang nawaitunya hendak menjadikan mangsa melayu papa kedana asalkan anak beranak dan cucu cicit mereka kaya raya.
Zaman sekarang, kena sogok duit sikit semua nak rebut keja mewah, yg ada kuasa sanggup salah guna kuasa asal masuk duit extra.
Salah siapa yang boleh orang asing jadi macam tuan di negara kita??
Benci bila fikir.
ORG KITA TLALU BAIK KAT ORG LUAR..JD ADA ORG LUAR YG X BAIK AMBIL KESEMPATAN DI ATAS KEBAIKAN KITA TU
tak sangka pulak ada geng menyambung cerita ini...saya berada di tengah tengah dan kedua duanya menyakitkan hati....apa kata balik kepada tujuan asal menghidupkan bangsa melayu. Kalau komen tolong tunjukkan nama anda jangan pakain anoymoous..." jangan" memberani disebalik nama itu
kalau cerita bab rakyat tempatan berniaga ngan pendatang meniaga, lagi pedih ulu hati.......
A'kum salam menjengah
Lama tak berkunjung. Pada saya memang bertuah orang luar yang bekerja di sini.
Dulu semasa anak-anak saya masih kecil, saya pakai pembantu rumah org Melayu Thai dengan gaji RM200.00 jer/bulan.
Dua tahun lepas seorang pembantu indon menjaga mak mertua saya dengan bayaran RM500.00. Tapi orang kita mahukah lakukan kerja begitu?
saya selalu mengeluh fikirkan kemana anak bangsa kita. Semalam saya jumpa seorang budak perempuan , dia ada kelulusan diploma hotel katering. Masa practikal di hotel dia hanya buat kerja. Apa yang dia belajar tidak dapat dipraktikalkan kerana tidak semua hotel mengikut standard yang sebenar. Akhirnya apabila dapat diploma dia kerja di kawasan contractions. Duit ptpn tetap kena bayar dan jurusannya tidak bermakna untuknya. Ada ramai lagi budak budak tersadai tertipu dalam senyuman guru guru kolej. Tiada jaminan kerja....
Post a Comment