Wednesday, October 20, 2010

MERINDUI ANAKKU

Merindui anakku disana,
yang mungkin tak kutemui lagi,
kerna perjalanananya semakin jauh..

Tiada lagi suara riang ketawanya
buat penghibur duka

Dan air mata bergenang lagi
menitis satu persatu
kerna pertemuan tak bisa terjadi

Merindui anakku
dicelahan cemburunya isi dunia
tidaklah dimengertikan lagi oleh mereka
kerna ketamakkan rasa cinta

Badan tak sihat lah

Salam,
Badan tak berapa sihat rasanya. Dah dua tiga hari, makan rasa tak sedap, malam tidur terasa panas. Musim panas agaknya. Fikiran pula berceramuk dengan mimpi yang tidak ketentuan. Dalam keadaan begitu aku menyendiri lagi mencari jawapan ..................

Sebenarnya manusia jarang reda dengan apa yang dia dapat, kegagalan pula menjadi keluh kesah. Dia lupa bahawa dia ada tuhan dan mempunyai kepercayaan. Malangnya kepercayaan itu luntur hilang dibawa arus kemodenan dan dia cuma percaya apa yang dia nampak dan dia rasa.

Inilah manusia yang lemah dan sesat..........

Sunday, October 17, 2010

Salam Kasih Penuh Ingatan

Dengan Nama Allah Yang Pengasih dan Penyayang......................

Salahkah aku menceritakan tentang kasih dan sayang. Perasaan yang datang dari tuhanmu dan dicemburui oleh manusia. Inilah perasaan yang tiada halang pemisah tidak mengira ugama, bangsa kulit dan rupa. Masih kau ingat lagi perkataan " Ganyang Malaysia". Yang disuarakan oleh saudara kita diseberang sana. Pada hal ianya tidak mempunyai sebarang faedah melainkan kehancuran.

Semalam berlakunya peristiwa menghayat hati justeru kerana perpisahan terjadi dengan kehendaknya hukum alam. Semua anak anak dari Bandung meninggalkan Malaysia , membawa pulang ilmu dan pengalaman, yang mengetahui bahawa bumi Malaysia ini tidak memerlukan perpecahan, malahan menjadi tempat perlindungan dan tempat mencari nafkah sesuap nasi. Kusertakan photo ini sebagai kenangan untuk anak anak yang masih mengingatiku atau bakal melupakan aku untuk selamanya.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan dismpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah
Jangan simpan di dalam hati

Salam untuk Pak Hary dan juga saudara kami di SMK 9









Tuesday, October 12, 2010

Pokok Cili Faizan

Salam,
Ahad lalu aku ke Keramat KL,  ke rumah kakak iparku. Biasalah dah lama tak ziarah semenjak raya kemarin. Biasalah hari ahad waktu petang adalah waktu berehat bagi orang kerja gomen dan kerja pejabat. Masuk rumahnya gelap aje sampailah ke pintu belakang. Tau tau nampak anak saudara lelaki tengah sibuk dengan pokok cilinya.

Nak kata hantu sampuk dia , tidak pulak. Dia ni budak IT, hari hari mengadap komputer, alih alih dah jadi pak tani pulak. Mungkin kena tiup angin lepas kawin kut. Tapi dia juga baru nak berjinak jinak dengan blog, nak tulis pasal pokok cililah tu. Kasihan jugak ya...aku menulispun boleh dikira jari siapa nak baca. Lainlah penulis politik, yang boleh kutuk sana sini dengan tajuk yang hebat hebat. Jadi kita jadi penulis dairy sudahlah..... dapatpun sen sen aje dari nuffnang..............entah bila jadi banyak macam buah cili tu

Monday, October 11, 2010

Bersujudlah wahai saudaraku

Salam,
Kelmarin aku cuba menulis cerita tentang sejadah itu yang mana mungkin gaya bahasanya tidak menarik perhatian. Tapi aku mempelajari tentang tapak sejadah itu bertahun tahun yang mana akan membosankan orang lain mendengarnya. Sejadah itu berukuran 4 segi dan tiada yang bulat. Bukan sahaja melambangkan baitullah tetapi juga kuburan sendiri. Segalanya mengajak kalian merenung kembali tempat kembali, sujud mencium tanah sebelumnya kalian diciumkan dengan tanah 7 kepal tanah di didalam kuburan nanti. Bagi mereka yang merenungi alam dan tidaklah buta mata hatinya

Amin amin Ya Allah

Sunday, October 10, 2010

Surat Untuk Kekasihku

Salam,
Kita bertemu lagi dihari ini. Hari yang indah untuk sekian kalinya untuk dilalui detik ke detik. Masih kau ingat tentang perjalanan pulang itu yang sering kita abaikan kerana dunia ini menjanjikan keenakan, manisnya dibelai rindu................

Sayang,
Janganlah lagi terlupa tentang kehidupanmu ketika di dalam kandungan ibumu, bukankah kau pernah berjanji dengan kata " sesungguhnya solatku ibadahku, hidupku dan matiku kerana allah" Bukankah  ketika kelahiran itu kau bertelanjang dalam keadaan terlentang tidak berdaya lalu dipakaikan pakaian, dibalut enak dan ketika pulangnya nanti kamu juga bakal jadi begitu, dibalut rapi menuju ke lahad. Kamu harus tahu  bahwa perjalanan hidup ini adalah sama dari mulanya sehingga akhir. Bermula dari baring terlentang, bangun, duduk membongkok dan tegak gagah berdiri . Pulangnya nanti juga bermula dari berdirin, membongkok tidak berdaya, duduk dan terbaring lesu.

Sayang,
Perjalanan ini membongkar rahsia pergerakan insan milik tuhan , mengajak kamu bersolat, tegak berdiri, ruku', sujud dan duduk yang mana jika kamu sudah tidak mempunyai keupaayan lagi melayakkan kamu berbaring. Kamu tidak terlepas dari hukum tuhan untuk mentaatinya walaupun untuk nafas yang terakhir

Disaat saat ini aku khuatir terhadapmu kerana kelupaan ini akan melalaikan. Cintaku tidak dapat menyelamatkanmu walaupun sedikit kecuali jika kau menguatkan hatimu untuk terus bertahan dengan agamamu ini.

Sayang,
Usahlah berbangga lagi dengan kecantikan yang kau miliki kerana nafas manusia ini tidaklah panjang melebihi satu kaki, rumah yang terakhir tidak melebehi kedalaman tujuh kaki. Kepulangan ini memang dinanti dan permergian ini usah ditangisi.............




Saturday, October 9, 2010

WASIAT TERAKHIR DIBULAN SYAWAL

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia...........................

Anakku
Ungkapan kata kata manis tidak dapat memujuk hati ini dan aku menjadi terus sebagai seorang pencari dan mengejar ketenteraman itu. Wasiat ini bukanlah sahaja untukmu tetapi juga kepada anak anakku yang lain  yang berada diseberang sana malahan juga buat tetamu tetamu kita yang sudi hadir diruang sekecil ini.




Anakku,
Janganlah berpaling lagi ke belakang kerana jalan ini sudahpun lurus dan kau harus memutuskan niatmu kerana ini adalah jalan pulang. Mungkin perlu kuperingatkan bahawa sejadah ini mempunyai empat penjuru membentuk empat segi bujur sebagai tanda bahawa agama itu memerlukan empat perkara yang saling berkait diantara satu sama lain yang mana jika tiada salah satunya maka terbatallah. Ingatilah wahai anakku bahawa yang pertama itu Islam, kedua adalah Iman ke tiga adalah Tauhid dan yang ke empat adalah Ma'rifat. Sepertinya yang kukatakan tadi bahawa ianya saling bergabung yang mana jika adanya Islam perlunya ada nya Iman kerana tanpa salah satu darinya ugama itu akan terbatal......................

Sejadah itu juga merupakan jemputan untukmu agar kau bisa pulang pulang dengan selamat dimana ianya adalah  kuburan pertamamu dimuka bumi ini. Orang yang solat itu adalah umpama orang yang mati, tidak memerlukan makan dan minum, hanya berbicara dengan segala puji kepada tuhannya, mencium hamparan bumi Allah yang tiada dekat dan jauhnya hatinya ke baitullah............. Dimana pun kau berpijak , kemana pun kau bakal pergi, langit inilah yang kau junjung dan bumi inilah yang kau pijak. Janganlah berlaku sombong, melakukan kerosakan sambil menghidup udara ini yang bakal menghapuskanmu kerana kedegilanmu................. Anakkku sebelum kau terlupa lagi bersungguhlah dalam sujudmu, dan jadikanlah sujud ini sebagai sujud terakhir kerana solat mayat itu tidak mempunyai sujudnya lagi, mereka hanya berdiri sehingga ke akhirnya.............salam.......................






TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...