Wednesday, March 9, 2011

Kucing Putih

Aduh penat sikit hari ini ..... berlari lari dari hotel ke KLCC dan dari KLCC ke LHDN Kg. Atap. Barulah dapat mengadap computer ni.

Aku nak sebut ni pasal kucing aku .... tahun lalu selepas hari raya aku hilang seekor kucing putih namanya "poci" menyebabkan anak dara aku melalak tengah malam. Tahun ni sebaik sahaja aku balik dari Perak tengah tengah malam tu jiran aku bagi tahu bahawa seekor kucing aku namanya "pocat" mati dilanggar kereta dan sekor lagi bernama "kapas" hilang dengan tiba tiba. Dua dua ekor putih warnannya dan banyak jugalah dah berabih beli makanannya di supermarket. Tinggallah sekor warna belang, orang tak curi pun. Aku ni sedih bukannnya apa, kucing kucing ni selalu menyambut aku balik. Bila dengar aja bunyi injin kereta aku , kucing kucing tu pun meluru balik ke rumah, ada yang memanjat manjat masuk dalam kereta bila aku buka pintu...........

Walaubagaimanapun selang beberapa hari " Simanja" ibu kucing kucing tu beranak lagi dengan 3 ekor anak...





Inilah rupanya kucing kucing tu.... dengan ini bermakna aku akan membela kucing lagi dan bagaimanakah nasib 2 ekor yang putih ini nanti... Hanya tuhan yang tahu... Si pencuri kucing ni jahat betul, belalah masa kucing kecik kecik.. Dah besar, senang senang dia nak ambil....................

Tuesday, March 8, 2011

Masjid Persinggahan

Aku suka singgah dimasjid masjid disepanjang perjalananku kemana mana

Ini adalah wajah masjid Kuala Selangor

Aku menasihatkan anakku bahawa carilah ketenangan dimasjid.......................dimana mana masjid

Masjid Sekincan
Disnilah kita berada, disnilah persinggahan terakhir untuk pulang

Kenduri Kahwin Lagi

Salam, seperti biasa beberapa tak update...... Ahad lalu aku ke Sekincan Selangor, ada kenduri kahwin dirumah kenalan. Sampai disana pukul 1.30 hari dan waktu majlis persandingan dan makan beradat pun dah lepas.
Inilah gambar pengantin tu....

Aku ni kira orang nasib baik sahaja. Biasalah makan cari sendiri dalam tray. Apa yang jumpa kira nasiblah. Kebiasaan nasib menyebelahi aku.

Inilag makanan kegemaran aku, kaki lembu.....yang tinggal last untuk aku. Aku pun mintak tuan rumah pisau untuk melanyak benda ini....

Friday, March 4, 2011

Barisan Kenangan

Salam ..... Jumaat yang sayu ini membawa aku mengembara lagi kedunia penuh dilema. Sekali sekala fikiran terbang kembali ke daerah kelahiran. Mengingati kepada yang telah tiada dan yang telah pulang kepada Tuhan. Benarlah kata arwah guruku bahawa" tiadalah orang kaya dimuka bumi ini melainkan mereka yang punya ibu bapa. 

Aku adalah salah seorang dari manusia yang sudah lama kehilangan mereka dan kini merangkak rangkak dimuka bumi ini membawa nasib sendiri. Kata orang doa ibu itu makbul. Benar sungguh benar.... waktu lalu kesusahan itu dilalui dengan aman dengan berkat doa ibu. Hari ini penuh putaran kehidupan, jatuh dan bangun sendiri. Adik beradik juga tidak semesra dahulu, masing masing membawa kehidupan masing masing mencari isi alam dan kekayaan bumi Allah

Seorang teman bertanya kepada aku , apakah yang ada di Plaza GM. Aku kata semua ada kecuali emak bapak.  Carilah apa kamu  mahu disitu. Petang sedang mendatang, manusia masih lagi berkeliaran dimuka bumi dan semakin lupa dengan jemputan... Jemputan dari tuhannya untuk pulang

Thursday, March 3, 2011

Pahit Manis Kehidupan

Dulu ayah tinggal serumah dengan kakak dikampung sana. Tiba tiba terjadi perselisihan faham. Ayah keluar dari rumah kakak dan sanggup tinggal dengan adik adik. Waktu ayah keluar dari rumah, kakak buat kertas kerja tentang semua perbelanjaan ayah sepanjang masa tinggal dirumahnya. Kertas kerja itu menunujukan berapa banyak duit yang dikeluarkan dari bank ayah bagi tujuan membeli barang barang keperluan. Adik beradik semua rasa pelik... takkanlah sampai begitu berkira...................

Bila ayah tinggal dengan adik, segala perbelanjaan tidak terkira lagi. Seandainya tidak cukup duit adik akan membawa ayah ke bank naik kereta sewa. Ayah cuma menunggu di dalam kereta, manakala adik mengambil duit di bank. Macam biasa orang tua akan guna cap jari bagi pengeluaran itu.Mata ayah memang tidak boleh membaca lagi dan berharap kepada kejujuran kepada adik.

Kehidupan adik memang susah, dia cuma kerja dikantin sekolah dan berharap kepada wang zakat tiap tiap bulan. Suaminya pula mempunyai penyakit "doktor sendiri" malas bekerja dan kalau bekerja pun tidak pernah kekal. Jadi adiklah menanggungnya. Dengan adanya ayah , adik sebagai wakil adik beradik lain menjaga ayah dirumahnya. Duit bank ayah bolehlah dikelurkan sikit sikit bagi menanggung perbelanjaan. Namun kebiasan hidup begitu menyebabkan adik kerap juga mengeluarkan duit bank ayah.

3 bulan yang lalu kakak mengambil buku bank ayah untuk disimpan  dengan niat untuk menjaga duit tersebut supaya tidak keluar secara membabi buta. Perbuatan kakak telah menimbulkan kemarahan ayah akhir akhir ini dan dia kemudiannya meminta buku banknya kembali. Kakak tidak ada pilihan  melainkan terpaksa menyerahkan buku tersebut.


Bayangkanlah , ayah yang sudah buta, memegang buku bank dirumah adik yang suaminya malas bekerja. Haru memang haru...... begitulah kisahnya yang didengari pagi tadi dari keluarga terdekat. Apa pun kerumitan ini mencabar iman dan mempersoalkan tindakan yang harus diambil

gambar hiasan

Wednesday, March 2, 2011

Secawan Kopi Pekat

Secawan kopi waktu pagi sangat menyegarkan.............

Alkisah pagi itu sang suami bertanya kepada isterinya dimana stokin yang mahu dipakainya dan bukan tanya mana butang baju melayunya. Sang isteri menjawab serious " kenapa tak suruh anak cari malam tadi"
Petang itu waktu dalam perjalanan pulang di dalam kereta sang isteri berkata kepada suami " awak sekarang dah berubah, dah tak sayang saya, dah tak macam dulu. Sang suami diam membisu...........jawapannya tiada kecuali di dalam hatinya " hai perempuan jika ingin dikasihi bersikaplah seperti ingin dikasihi"
Malam itu ketika singgah di sebuah pasar raya sang iateri berkata kepada suami " awak pergilah jalan jalan dengan anak perempaun awak, ikutlah dia. Saya ni tak cantik ,dah gemuk, dah tak layak jalan dengan awak" Sang suami berdiam diri sedangkan dalam hatinya berkata " inilah kerenah yang sukar dapat disabarkan"

Secawan kopi membawa kisah sesuatu yang terjadi di dalam rumah tangga untuk dikongsi bersama. Kepada kaum wanita saya nak pesan bahawa kasih sayang itu bukanlah satu pertunjukan. Ianya seperti lautan yang dalam, semakin jauh kita menyelam kedasarnya semakin banyaklah keindahannya, disana juga ada kerumitan yang tidak pernah kita lihat sebelum ini.

Secawan kopi hari ini meraikan hari jadi GM kami

sedapnya kek ni
Chese Kek, aku makan tambah 2 kali. Manisnya bukan main. Kalau nak beli pergilah kat hotel Dynasty Jalan Ipoh. " Wahai wanita kenapa kau tidak maniskan  hatimu  seperti kek itu "

Tuesday, March 1, 2011

Secawan Teh

Secawan Teh mengajak aku duduk diwarung sana. Melihat gelagat manusia yang mundar mandir di jalanan. Hari ini mungkin aku berada lagi disini, esok belum tahu lagi. Hidup sebagai blogger yang tak laku ini mencari idea memerah otak. Kalau kita jadi orang yang "copy and paste" tentu lebih berjaya. Mendapat modal yang mudah, isu hangat masa terkini.

Kita adalah penulis entah apa apa, menulis tentang kisah peribadi, perjalanan kesana sini dengan sebuah kamera tanpa kualiti..
Akhirnya gambar begini yang ada..... cantik bagi mereka yang menilainya

Kalau yang ini tentu menarik......

Waktu di Perak minggu lalu ketika sedang menghirup semangkuk cendol aku tertarik untuk mengambil gambar ini. Korang jangan nak kata apa apa, kuil ini mempunyai kesenian dan ceritanya sendiri

 Sempat juga aku menyuruh anak aku mengambil gambar ini

 Dia yang baru mahu bergaya 

Ibu monyet membawa anaknya meniti jambatan gantung menunjukkan kasih sayang ibu walaupun ianya seekor bintang dan tidak seperti manusia yang membuang anaknya ke dalam tong sampah.

Biar apa pun secawan teh begitu bermakna untuk kita renungi bersama tentang kisah alam, kisah dunia manusia yang penuh pancaroba

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...