Wednesday, September 7, 2011

Acara Pinang Meminang

Salam ada lagi entry......... ni pasal acara minang meminang sempena hari raya ini.. Masak pun alar kadar saja sebab raya oiiii


Jadi juru runding....

Yg ni dia dengan adiknya


Baju belang tu tunangnya


Ini emak pengantin..............

LATA BAYU

Salam................. Tahu tak kat mana LATA BAYU...... sumpah aku tak pergi tapi ok lah bagi mereka yang kat Gurun Kedah tu.....







Tuesday, September 6, 2011

Raya Yang Ada

Salam...........aku kembali membuka tirai ini dengan wajah anak kucing yang kutinggalkan seminggu kerana menyambut hari raya. Dia hilang ditemui semula dengan keriangan........




Dengan menggunakan kamera yang tak secanggih mana, kami dapat melalui hari raya sepertinya juga orang lain. Suasana hari raya yang begitu sederhana untuk orang orang seperti kami


Pastinya Ahmad mula mula beraya....


Idzham juga..............

Hamzah...................


Nurul.............


Anak beranak..................


bersambung lagi..............

Saturday, August 27, 2011

Semalam Punya Hal

Salam............. semalam jam 6.30 pagi aku bertolak ke Melaka. Risau di dalam hati takut jem pagi pagi tu, maklumlah dah dekat nak raya. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar dimana kami sampai ke Tg. Bidara pukul 10.45 pagi setelah jalan berpusing di dalam keadaan hujan lebat . Memang agak lembab perjalanan itu , mengantuk pulak tu.  Kami telah berjumpa dengan tuan rumah yang nak disewa itu. Sewanya agak mahal kata orang Melaka tapi bagi orang KL memang selamba aja. Tapi memang kelakar betul kerana yang duduk dirumah itu cuma anak aku seorang , rumahnya sebesar besar rumah ,ada tiga bilik tak termasuk store, 2 bilik air, 1 bilik mandi , ruang tamu dan ruang dapur pulak boleh bukak meja tenis. Anak aku cuma bawak bantal dan tilam nipis, apa barang pun tak ada. Jadi suka hati dialah nak tidur dan mandi bilik mana.

Kami balik agak lewat kerana singgah menyinggah dan akhirnya masuk KL pukul 6.30 malam. Masuklah ke MRR 2, mak datuk jemnya.........jam terus beredar memaksa kami singgah sekejap ke tesco dengan harapan dapat berbuka puasa. Takdir tuhan semua tempat makan penuh, jadi kenalah beli air sahaja. Pukul 7.50 kami keluar dari tesco untuk mecari tempat makan disepanjang jalan MRR 2. Pukul 8.30 malam masih di bulatan Selayang, terperangkap di dalam jem yang melekat memaksa aku keluar ke jalan kucing dan berpatah balik. Kami ke perumhan orang kaya templer sebentar dan kemudian pergi ke BBS dengan tujuan untuk makan. Malang tak berbau kerana benda yang dipesan tidak sampai ke meja . Pekerja kedai sibuk berborak sampai lupa yang kami ni nak makan. 

Seperti biasa aku akan blah..... dan balik ke Bukit Beruntung dan di dalam sejarah juga aku pukul 10.30 malam berbuka puasa serta dapat jumpa   nasi....................


Tuesday, August 23, 2011

Tak Puasa Ke ?

Tak Puasa............ dah dekat raya banyaklah kaum kita tak puasa.. Duduk kerja dalam air-con pun penat nak mampus. Bilalah gamaknya nak ganti puasa tu kalau uzur sangat ..contoh dah ada ni

Sampai nak macam ni


Apakah perbezaan manusia dan binatang ? Nampak macam serupa tetapi manusia ada akal dan tahu undang undang.... Kalau nak bersenang senang, jadilah seperti kucing ini


Selamat Hari Raya

Salam...........hanya tinggal beberapa hari sahaja, syawal bakal menjelma. Disana sini suasana hari raya semakin terasa. Bezanya cuma tahun ini banyak barang barang yang naik harga akan tetapi bagi orang kita beraya tetaplah beraya. Selepas hari raya nanti fikirlah bagaimana nak hidup.

Raya tahun ini aku tidak bersiap apa apa, rasanya semua dah ada, lagi pun dah tua begini apalah sangat ertinya hari raya itu. Masa muda muda dulu memanglah seronok. Tak cukup puasa pun raya tetap seronok. Waktu itu setahun sekali dapat berganti baju, setahun sekali dapat makan rendang ayam. Tidaklah seperti sekarang, tiap tiap bulan bertukar baju, tiap tiap hari makan rendang ayam. Dah tak ada " feel".

Suasana raya di kampung juga berubah, dah banyak kueh raya dibeli sahaja, lemang dan ketupat tak siapa yang buat. Dodol juga beli di kedai. Bahulu pula banyak di Tesco dan Jusco. Semuanya main beli, janji ada duit. Duit raya juga semakin tak banyak dan yang  banyak cuma sampulnya  berlambangkan duit. Sampulnya bergambar duit Rm 100/- manakala dalam sampul cuma ada RM 1/-. Semua kerja bohong jelas kelihatan, baju melayu juga dapat bohong jahitannya, kain tak ada kualiti, senget sana senget sini. Baju kurung juga apa kurangnya , warna macam gila gila dah tu kain panas pula.

Sebut sahaja hari raya, orang perempuan akan sebut langsir baru. Kakak ipar aku katanya buat kain langsir dari tingkap hadapan sampai ke tingkap dapur. Dengar khabarnya banyak modal kerana rumah barunya terlalu banyak tingkap. Mungkin pintu bilik airpun bakal ada langsir.

Dulu baju melayu aku arwah emak aku buatkan, ketupat dan lemang kami tunggu sampai 5 jam. Menjaga lemang macam menjaga anak kecil, kena lap kena hentak, kena pusing berkali kali. Kalau tidak, batang lemang terbakar, isi di dalam tak mampat. Kalau nak sedap kenalah jaga betul betul dan berbeza dengan lemang sekarang yang dimasak dahulu kemudian barulah dimasuk ke dalam buloh.

3 hari sebelum raya memang seronok bermain mercun dan meriam buloh. Tidak ada siapa yang cedera hilang jari tangan dan hilang muka. Tapi sekarang bukan sekadar hilang muka tapi juga hilang nyawa.Disini aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan rakan blogger. Hari Jumaat nanti semua bakal balik kampung, tentu banyak entry selepas hari raya nanti.



Monday, August 22, 2011

Meniti Malam Lailatul Qadar

Salam......... Sekali sekala aku bertanya pada diri, betapa sukarnya untuk solat malam . Sukar untuk membangun tubuh yang letih, sukar membuka mata lantaran terlalu mengantuk, sukar membiasakan diri, sukar kerana terlalu memikirkan esok terlalu banyak urusan dunia bakal diselesaikan. Takut tidak cukup tidur, takut mengganggu ahli keluarga yang tidur................ dan berbagai bagi lagi alasan.

Jumaat lalu kudengar khutbah menyeru " marilah sama sama kita menyingsing lengan menghadapi malam lailatulqadar " Kata kata yang bersemangat sepertinya mengajak kita berperang. Justeru itulah kukuatkan hati untuk bangun bertahajjut, berperang dengan diriku, berperang dengan kelupaanku. 

Sebenarnya aku juga seperti orang lain, bersolat sedangkan hati dan fikiran berlari lari kesan sini.Kekadang mengingati perkara perkara yang tidak kena mengena dengan solat. Dimanakah kusyk itu ? Sedangkan hati berkata kata mencari dirinya , mencari tuhannya yang tidak pernah dilihat dengan mata. Mencari malam lailatulqadar bukannya gurauan kita. Hanya tinggal beberapa hari , manusia masih leka, memikirkan dunia, memikirkan soal hari raya, namun soal yang lebih besar dari itu hanya dilupakan..............


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...