Monday, February 13, 2012

Jalak Lenteng

Salam.........pagi pagi mendengar lagu

Pukul gendang kulit biawak
sedikit tidak berdentum lagi
kemana untung hendak kubawak
sedikit tidak beruntung lagi

Sakit sungguh kena jelatang
sakit tak boleh kubawa mandi
sakit sungguh hidup menumpang
sakit tak boleh kehendak hati.

Sunday, February 12, 2012

KALAU TAK SAMPAI HAJAT DI HATI

Salam.............

Entah kenapa hati ini bagaikan terusik, bagaikan jarum mencucuk di dada, perit dan pedih menghiris jiwa. Bagaikan memerah limau di tangan yang luka. Entah kenapa kasih sayang diuji begitu, kesabaran menjadi celaru. Selagi adanya kata kata, selagi itulah panas membara, selagi itulah jiwa tersiksa.

Entah dimanakah ubatnya, entah dimana penawarnya, entah apakah serapah jampinya , entah apa doa mustajabnya. Disinikah aku berdiri, memandangmu mengintai kholbu, menahan rasa yang kian parah seperti darah bercampur nanah.........

Aduhai masa yang berlalu,  roh dan jasad masih bersatu, hajat dan kehendak masih menunggu, dalam ma'rifat menerjah waktu.

Wahai tuhan seru sekelian alam, tolonglah hambamu yang malang. Kalau patah tolong sambungkan, kalau lemah tolong tegakkan, kalau lesu tolong kuatkan, kalau rindu tolong ubatkan, kalau jemu tolong indahkan, kalau sakit tolong sembuhkan...................................




Saturday, February 11, 2012

Sudah Tiada Belas Ikhsan

Salam.....entah kenapa darah rasa mendidih, pantang terusik sudah mahu melenting. Entah siapa yang mahu dilawannya. Entah kemana hati membawa hajat. Hanyalah di dalam perasaan hati sudah menjadi hitam, manisnya bagai sudah tiada, indahnya juga entah di mana.........

Demi Allah dan Rasul, aku sudah berhabis baik, berhabis sabar, berhabis diam membungkam mulut. Sekarang pula mahu melangkah, langkah nan satu ke kanan, menggerakan kaki kiri kehadapan. Menarikah musuh dari hadapan dan belakang atau mengibas angin di cuping kiri ? Sebenarnya pengkhianat tidak disitu, tidak menampakkan bayang dan gerak tapi menggumpal kebusukan hatinya dengan acara acara kejahatan yang dimurkai tuhan.

Kata orang bijak pandai, akan masuk syurga orang yang mati bersyahadah. Walaupun ia masak dibakar dineraka tetapi ia akan tetap masuk ke syurga. Kata orang bijak pandai, tuhan akan mengampunkan dosa kecuali syirik namun bagaimanakah dosa orang yang berhutang, orang yang melapah kederat saudaranya, orang yang membuat penginiayaan, orang yang menjual ugamanya dengan lidahnya yang busuk........ 

Disana sini orang bercerita tentang tuhan tentang kesabaran tetapi dimanakah hujungnya..............


Menyambut Hari Kekasih

Salam......pagi menjenuk lagi, membuai segala perasaan disanubari. Tapi sebelum itu aku ingin TABIK kepada orang orang terkenal dan ternama, pakcik makcik, tok moh tok moh, kiyai kiyai dengan cerita bodohku yang amat kurang faham ini..............

Pagi, jejari menaipkan surat cinta buat sang kekasih yang jauh dimata.............

Sayang,
Sudah lama kita tidak berjumpa, rindunya abang kepadamu bagai tidak tertahan lagi. Bayanganmu sentiasa jadi ingauan , apatah lagi melalui tempat tempat yang pernah kita duduk bersama. Angin yang berlalu bagaikan membawa keharuman tubuhmu, menyemarakkan cinta yang tidak pernah padam.


Sayang,
Beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kekasih. Hari untuk kita menikmati saat saat indah untuk bersama. Sayang sekali, kejauhan ini menjadi penghalang untuk menyemarakkan cinta itu, apatah lagi membuktikan kebenarannya........


Sayang,  hampir setiap tahun para ulamak membidas perayaan itu. Apakah mereka tidak pernah bercinta ? Apakah mereka tidak pernah muda ? Apakah serban dan purdah menjadi penghalang bukti cinta itu ? Mereka menyatakan bahawa perayaan itu adalah perayaan paderi kristian yang mana kita tidak boleh mengikuti  mereka. Apakah mereka telah lupa bahawa menyambut tahun baru juga adalah perayaan kristian, kenapa mereka terkinja kinja pada malam itu, kenapa ada ucapan "happy new year" Kenapa orang orang ternama berugama Islam sangat sibuk mengira detik 12 malam..... Apakah mereka terlupa tentang perayaan Tahun Baru China. Malam yang menghimpunkan seluruh keluarga untuk makan makan. Adakah kita juga salah untuk makan makan bersama keluarga kita pada malam itu? Begitu juga sayang tentang pesta cahaya yang disebut Deepavali, apakah salah kita memasang lampu lampu sepertinya malam 7 likur dibulan puasa.



Begitulah sayang, betapa rumitnya dunia ini dengan berbagai cerita dan peraturan, berbagai bentuk kekeliruan.   Banyak perkara dipersalahkan sedangkan Islam itu adil dan harmoni, Islam itu cantik dan cerdik, Islam itu benar dan bukannya pelik. 

Sayangku, wanita wanita islam di Pakistan bertundung panjang, wanita wanita di China bertopi, manakala tangan tangan mereka bersarung menutup aurat. Ada juga memakai gaun separas betis dan bersetokin panjang. Dimanakah salahnya............?



Sayang,
Di malam menyambut hari kekasih itu , marilah kita berjumpa dan berhibur selagi ianya tidak menjadi najis dan haram. Semuga percintaan ini sentiasa berpanjangan


Friday, February 10, 2012

DUDUKLAH ASRAMA

Salam...........sekembali dari bercuti, esoknya pm menghantar anak mendaftar ke sekolah teknik. Perjalanan waktu pagi yang agak kurang selesa kerana semalamnya tidak cukup rehat. Ada anak anak yang demam , pening dan muntah akibat dari bertukar cuaca.

Sampai disekolah agak lewat setelah melalui jalan jalan yang jem serta dibebankan dengan tol tol tol tol tol...Selepas mendaftar kenalah bayar duit pibglah , majalah sekolah lah yang tidak ketahuan mana kena mengenanya termasuklah insuran yang entah dapat entahkan tidak... hanya Allah sahaja maha mengetahui. Setelah itu berpindah ke kedai koperasi sekolah membeli peralatan.... bum bam bum bam RM 235/-. Sesudah cakap cakap dan tenguk tenguk rupa rupanya sekolah tu tidak pakai uniform hijau. Mereka gunakan baju koprat yang bernilai koprat juga ...tak cukuplah satu dan kena beli kurang kurangpun  dua. Hari jumaat lain, t shirt sekolah dan t shirt kerja keras pun lain. Kena pakai seluar hitam dan kasut hitam, cadar merun, samping merun dan juga ada baju batik. Sampai di asrama seperti biasalah bayar duit makan RM 230/- dan tidak termasuk umtuk singgah di koperasi asrama pulak.............................
Apapun pm bayar cuma agak penat untuk mencari seluar hitam. Pergi ke kedai uniform tak jumpa seluar hitam, redah tesco, giant, jusco baru jumpa yang paling termurah RM 30/-... Yang lain lain RM 40- keatas ....belilah 2 helai buat sementara waktu..............

Kalau kita bercakap dengan orang lain , mereka akan kata biasalah tu...Pm ingat... mau seribu jugak bila ada tokok tambah tak termasuk makan minum pergi dan balik.....Anak pm yang pertama dulu malas jugak dan asyik mengadap tv, bila masuk asrama barulah jadi orang, sebab itu adiknya yang last sekali pm hantar ke asrama...


inilah anak bujang pm


Thursday, February 9, 2012

Jembalang Tanah

Salam.........


Inilah gambar belukar yang lansung tidak kena mengena dengan cerita pm...ah... buang masa aja......
Tapi beberapa malam kelmarin adalah budak kecik kena sampuk......entah betul atau tidak kerana mata kita manalah nampak jembalang tu hensem atau tidak..............

Alkisah jiran pm tu memang bagus orangnya. Suami isteri rajin berniaga burger waktu malam dan boleh dikatakan selalu sejahtera kerana banyak sangat budak budak memberi salam dan tidaklah seperti kita yang selalu duduk di rumah sahaja. Kelmarin juga sebaik sahaja pm mahu keluar rumah, pm telah terserempak dengan suaminya. Suaminya menceritakan kepada pm bahawa isterinya tiada di rumah kerana menemani adiknya yang sakit di rumah keluarga mereka.

Menurut kata jiran pm itu bahawa adik iparnya sakit seperti orang gila dan kadang kala tidak mahu berpakaian. Sudahpun banyak berubat tetapi masih belum sembuh. Baru baru ini mereka pergi berubat ke puchong , Selangor dan dapat mendapat rawatan secara islam dari seorang pengamal perubatan bergelar ustaz. Menurut katanya lagi ustaz itu dan isterinya sama sama pandai mengubat dan menggunakan ayat suci alquran. Pm amat tertarik dengan cerita itu..................

Di dalam sesi perubtan itu ustaz itu menyatakan bahawa adik jiran pm telah terkena perbuatan suaminya sendiri. Bila pm tanya kenapa suami si perempuan menyihir isterinya sendiri padahal dia kelihatan begitu berusaha mengusung isterinya kesana kesini dengan kos yang tinggi untuk berubat , jiran pm menjawab mungkin si suami hanya mahu berwayang di depan keluarga. Tambahnya lagi si ustaz sendiri tidak tahu pula apakah tujuan si suami mangsa itu 

Pm amat tertarik di atas persembahan ini. Inilah persembahan dunia dan kita sebagai manusia wajib kembali ke pangkal jalan................... Pm nampak ustaz ini tidak amanah dalam kerja kerjanya. Menguruskan orang sakit seperti ini samalah seperti menguruskan mayat. Pengamal perubatan harus merahsiakan keburukan itu dan mengambil langkah HANYA melakukan perubatan sahaja. Keburukan itu jika disebarkan akan menambahkan lagi buruknya keadaan dan jika perkara ini tidak benar ianya akan menjadi satu fitnah dan memecah belah keluarga orang. Adalah menjadi sesuatu yang mustahil jika sang suami sanggup berhabis wang untuk mengubati isteri serta pergi kesana sini dan dalam masa yang sama beliau menyihir isterinya menjadi gila kecuali sang suami itu mahu menjadi hero yang mahu mencari lawan. Sang ustaz yang menjadi tukang ubat harus menyelidiki dengan mendalam sebelum berkata apa apa. Sebaiknya sahaja sang ustaz mengembalikan keharmonian dan keamanan keluarga yang bermasaalah itu.

Ambillah iktibar di dalam cerita ini, jangan ambil tahu siapa yang menyihir kita dan terus menjalani perubatan sehingga sembuh. Kata kata tok bomoh, ustaz ustaz tentang perkara ini selalunya tidak benar sebaliknya ianya semakin dikelirukan oleh syaitan. Mohon ampunlah kepada Allah dan juga mohon ampun dosa orang yang mengkhianati kita, mudah mudah mudahan Alah akan memberi pertunjuk...................

Terlalu sukar untuk mendapat pertunjuk dari langit untuk mendapat cerita yang sebenar tetapi terlalu mudah untuk mendapat berita dari jin dan syaitan yang berada di muka bumi ini.........Merekalah penyamar menyamar yang menjadi datok datok, pendita , panglima dan puteri juga wali wali .Merekalah aku akuan yang tidak dapat menembusi langit untuk mengetahui berita ghaib............kecuali agak agak dan pembohongan................

"Wahai Bani Adam, janganlah syaitan menggoda kamu sebagaimana ia mengeluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk memperlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka." (7:27)

Wednesday, February 1, 2012

Cop Biru

Salam...selamat pagi...........dah beberapa hari tak n3, sibuk ke hulu ke hilir. FB adalah bukak dan masukkan beberapa gambar perjalanan..

Ceritanya pada 22hb januari, anak lelaki pm baru balik dari Melaka. Hari itu dia berkesempatan membuka laman web bersangkutan adiknya yang memohon ke Sekolah Menengah Teknik . Permohonan telah dibuat pada tahun lalu dan sehingga 19 disember itu kami tidak dapat berita apa apa. Memandangkan dia ini tidak pernah lulus, kami menganggap dia tidak dapat lansung........ Apabila laman web dibuka kami mendapati, dia ni sudah mendapat tawaran masuk ke sekolah tersebut dengan tawaran asrama sekali. Akan tetapi tarikh pendaftaran adalah 9hb Januari 2012 . Cuti tahun Baru Cina telah menghalang pm menghubungi pihak sekolah dan pm hanya dapat menghubungi pihak sekolah pada 25hb. Tukang jawab disana memaklumkan bahawa tawaran telah ditutup dan kemasukan untuk kali ke dua pada 17hb Januari juga telah penuh. Tidak ada juga tempat untuk anak pm di asrama.....dan tidak akan diterima rayuan.  Inilah dikatakan mangsa  ciber...Sesiapa yang menunggu surat sampai , lupakanlah.....Pm ceritakan kisah ini kepada blogger Angah dan sedikit di dalam FB kak cik...agaknya, pm dah lupa.....

Pm minta tolong kepada anak saudara pm yang pernah bersekolah disitu, manalah tahu ada kenal kenal cikgu sebagai langkah kabel pertama. Jawapannya, cikgu pun tidak boleh tolong. Abislah..................anak pm akan tetap duduk rumah menjaga kucingnya dan handphone akan melekat di tangan 24 jam.

Kemudian pm talipon kawan lama kat Putrajaya dan dia suruh datang. Hari Khamis 26hb, pm pun memanjat Putrajaya dan bagi satu cop biru tanda perkenalan untuk orang bodoh macam pm ni. Hari Isnin 30hb, dengan kertas cop warna biru itu, pm bawa ke sekolah teknik berkenaan. Kali ini pm dapati pihak sekolah begitu berusaha menolong pm dan terima kasihlah kepada pengetua dan cikgu cikgunya. 31hb pm dapat panggilan talipon menyatakan " anak encik boleh dibawa datang"

Di dalam hal ini, susah hendak diperkatakan.Sebenarnya diluar sana ada lebih banyak lagi orang yang susah menjadi mangsa keadaan. Mereka orang kampung yang tidak tahu apa patut dibuat, mereka tidak tahu tentang keputusan permohonan anak anak mereka yang telah sedia ada di dalam laman web. Cikgu cikgu sekolah juga mendapat kejutan ini dan menerima tekanan kerana kemasukan pelajar disaat saat akhir penuh saingan. Biar apapun, Malaysia masih belum berubah, orang melayu masih berpaut kepada tiang besar untuk hidup....pm terpaksa gunakan langkah terakhir itu yang bernama Cop Biru Berjenama...............


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...