Friday, February 10, 2012

DUDUKLAH ASRAMA

Salam...........sekembali dari bercuti, esoknya pm menghantar anak mendaftar ke sekolah teknik. Perjalanan waktu pagi yang agak kurang selesa kerana semalamnya tidak cukup rehat. Ada anak anak yang demam , pening dan muntah akibat dari bertukar cuaca.

Sampai disekolah agak lewat setelah melalui jalan jalan yang jem serta dibebankan dengan tol tol tol tol tol...Selepas mendaftar kenalah bayar duit pibglah , majalah sekolah lah yang tidak ketahuan mana kena mengenanya termasuklah insuran yang entah dapat entahkan tidak... hanya Allah sahaja maha mengetahui. Setelah itu berpindah ke kedai koperasi sekolah membeli peralatan.... bum bam bum bam RM 235/-. Sesudah cakap cakap dan tenguk tenguk rupa rupanya sekolah tu tidak pakai uniform hijau. Mereka gunakan baju koprat yang bernilai koprat juga ...tak cukuplah satu dan kena beli kurang kurangpun  dua. Hari jumaat lain, t shirt sekolah dan t shirt kerja keras pun lain. Kena pakai seluar hitam dan kasut hitam, cadar merun, samping merun dan juga ada baju batik. Sampai di asrama seperti biasalah bayar duit makan RM 230/- dan tidak termasuk umtuk singgah di koperasi asrama pulak.............................
Apapun pm bayar cuma agak penat untuk mencari seluar hitam. Pergi ke kedai uniform tak jumpa seluar hitam, redah tesco, giant, jusco baru jumpa yang paling termurah RM 30/-... Yang lain lain RM 40- keatas ....belilah 2 helai buat sementara waktu..............

Kalau kita bercakap dengan orang lain , mereka akan kata biasalah tu...Pm ingat... mau seribu jugak bila ada tokok tambah tak termasuk makan minum pergi dan balik.....Anak pm yang pertama dulu malas jugak dan asyik mengadap tv, bila masuk asrama barulah jadi orang, sebab itu adiknya yang last sekali pm hantar ke asrama...


inilah anak bujang pm


6 comments:

atuk said...

Assalamualaikum PM

Insyaallah anak bujang itu akan pelajari ilmu baru bila duduk di asrama tu..

Unknown said...

Salam,
Sebagai ibu/ayah, kita sediakan segala yang perlu sebaik mungkin .. kita mahukan mereka berjaya. LF ada sorang lagi yg belum lepas .. setahun lagi dan sekarang tengah buat practical .. perit juga menanggungnya. Kita sama2 doakan anak2 kita ni berjaya dalam segala segi

Nong Andy said...

alamak? anak aku masih kecik.. ni nak berguru dgn PM ni nak contoh mcm mana nak jadi ibu bapa yg baik :)

perjalanan pulang said...

aku tambah gambar dia lagi satu dengan pos....susah hati

maszull said...

assalamualaikum PM...biasa la tu kalau dah masuk sekolah berasrama mcm2 nak kena sediakan kalau x susah nantikan...anak PM dpt masuk sekolah teknik mana ek?

anak mama pun b'sekolah teknik juga sama2 la tu kena ada baju kopratnya,kain hitamnya nasib baik la anak mama x duduk di asrama kalau x kena bayar yuran asrama n makan...

Kakzakie Purvit said...

Betul PM... anak kakak dah 2 yg hantar duduk asrama. Kalau duduk rumah asyik mengadap lappy/computer/novel. Cuma kos/budget memang lebihlah berbanding duduk dgn kita.

Soal baju/uniform/tetek-bengik tu memang tak boleh lari, sebab dah jadi kegiatan di sekolah nak macam mana. Demi nak jadikan anak kita lebih baik kita redhalah ye...

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...