Wednesday, February 22, 2012

ILMU PENGASIH

Salam

Kecik kecik dulu, rajinlah bertanya kepada orang tua tentang ilmu pengasih. Hari ini bila dah tua , budak budak pula datang kepada kita bertanya benda yang sama. Bintang apa ilmu pengasih tu ? Sebenarnya pm pun kurang arif, dalam soal kasih ni bukanlah boleh paksa paksa. Agaknya bila tenguk jantan menggunakan ilmu pengasihtu, orang perempuan akan tak senang duduk. Entahlah, pm tidak percaya........

Atuk pm berpesan kalau mahukan orang kasih, buatlah tabiat yang baik, cakaplah baik baik.. Tadi pm pergi DBKL untuk minta tolong dalam urusan cukai tafsiran. Pm cakap baik baik, orang perempuan tu senyum manis manis dan tolong pm...........kata cikgu, kita kena lembut gigi dari lidah....macam orang tua makan bubur je...

Kepada sesiapa nak cari ilmu pengasih kat sini ada. Kat manapun ada juga orang tulis yang sama. Nak ikut cara pm kena baca 25 kali , ambil berkat 25 rasul dan jangan lupa bismillah dan selawat. Bismillah tu pembuka kata dan selawat itu adalah sebagai tanda kini ini umat nabi muhammad...Tu formula dia.....Tolong ikut dan jangan nak memandai mandai ke lain....Ada pantang.... tapi pantangni pelik sikit...Tolong jangan garu muka dengan kuku jika terasa muka anda merenyam....Selepas dibaca 25 kali, hembus kat tangan dan sapu ke muka.......Nak ayat dia.... senang je....kat mana mana orang pandai pun ada tapi " kemampuan" nya belum tahu lagi........


Cubalah....mudah mudahan banyak orang kasih, kepada sesiapa yang tidak percaya terpulanglah, pm bukan mintak duit, bukan letakan no account bank kat sini, bukan mintak belanja makan dan tidak rugi apa apa.....

4 comments:

PCL said...

haha, bagus tu..ada ilmu kena bagi bagi..patut la org pompuan kasih kat pm..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam,

heheheheheh susah nak menepis nanti kalau dah banyak dan ramai yang kasih..

azieazah said...

Terimakasih Pak DIN. Bila dah ramai jatuh kasih, senanglah kita nak berkawan... or berkahwin kahwin. hehehehe

perjalanan pulang said...

dah dah le tu, tok sah nak berkawin ramai.....sayang ketupat bersisi inti
santapan putera muda remaja
kalau diikut kehendak hati
seumur hidup mahu bersama

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...