Salam.......malam tadi ada orang sibuk nak dengar kisah orang kawin. Kisah yang mendapat banyak komen dari seluruh keluarga mereka, menceritakan detik pertemuan, percintaan dan sebagainya..... Ah aku dah malas dengar kisah kawin yang grand grand ni. Dari dulu lagipun macam tu jugak, lepas tu lintang pukang, cerai berai dan buat mengabih duit je. Kawinlah, pakat pakatlah laki bini elok elok sampai ke anak cucu... Apalah sangat nak kita megahkan di dunia ini tapi "sayani kan artis."....Ya tak ya jugak ............................. Orang TV pun dapat gaji buat liputan luas.......Selalunya kita seronok lihat kalau orang tu teruna dan dara kawin dan kalau yang dah pernah pernah kawin tu, tok sah ribut sangatlah..... Kawin ni macam buat kebun tanam sayur abang oiii, banyak kerja persiapan nak ada. Tanah kena cangkul, baja kena letak, air kena siram dan kalau kita asyik nak berkebun je bilalah gamaknya dapat hasilnya. Yalah, tanam tanam kena kemarau, mampus pokok, esok gitu jugak, lusa gitu jugak....... Orang lain dah duduk rumah menyandar dan pakai kuli buat kerja, kita masih berpeluh peluh di ladang...
Akhir kata, pm nak ucap selamat pengantin bersandinglah, nak ucap selamat pengantin baru tak boleh. Orang india kata " mapelai" orang kita kat mempelai...samalah kut. Lantas membuat kenduri itu adalah untuk menghebahkan kepada orang bahawa si anu dengan si anu tu dah bernikah.... Itu aja....Yang seronok adalah pengantin je berbulan madu........Entah dimana bulan , entah dimana madu...Cari bantal lagi best..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz sambil dengar lagu hindustan....meleleh air lior.
3 comments:
Kadang2 kita pula yang suspens dengan setiap perkahwinan para selebriti. Berapa lama pula boleh bertahan?
Apapun yang dah kahwin tu, selamat pengantin baru. Moga kekal selamanya.
ha ha ha...semalam pm letak bantal himpit telinga, benci sebencinya...actually kan I ni bersabo aje...wek wek wek
saya pun belum kawin lagi .. kawin dah tapi belum kawin lagi. hehe
Post a Comment