Sunday, April 8, 2012

Cinta Dan Pertemuan

Salam........bersambung lagi

Petang ini,
mari kubisikkan ke telingamu
tentang rindu
tentang cinta kita....

Bersamalah kita
meniti hari nan indah
untuk sekian kalinya pertemuan ini.

Petang ini
kuabadikan photo ini
sebagai kenangan
untuk hari esok
untuk anak anak dan cucu kita

Jangan Tunjukkan Kemaluan Anda

Hai.............

Perasaan ingin tahu ada kepada setiap manusia. Kekadang kita pelik kerana sifat ingin tahu itu melebihi dari kadar biasa. Bukanlah rahsia lagi jika cerita sulit dibongkarkan, bukanlah juga PNC kalau benda benda cam tu diketahui umum.

Manusia sering menyembunyikan kesalahannya dan lemah kepada pasangannya. Pasangannya itulah akan menjadi pembunuh atau alat penghapus dirinya.... Awas............pistol ada di hadapan anda

Saturday, April 7, 2012

Dendam dan Marah

Salam,

Malam kian merangkak kegelapan, sang cengkerik menyanyikan lagu rindu melenakan mata. Ah...semakin tak larat mengangkat kelopak mata ini. Malam itu Tun berulang kali datang , Siti juga tidak ketinggalan menyambung nyambung cerita. Hanya kerna Kentoi adik sepeguruan membikin onar, semua orang marah. Jali sebagi orang tengah juga berkeluh kesah justeru kerana buah hatinya diganggu kentoi..........Soal perempuan memang tidak pernah habis, menjadi keributan seadanya. Mengapa perempuan itu curang ? Mengapa menggadai kasih saudara........

Perbincangan tidak berakhir disitu, Panglima Bugis datang bertempik marah. Masih teringat lagi kisahnya membunuh kekasih hatinya kerana kecurangan. Kekasih tercinta bermain kayu tiga dengan pemuda lain. Kini seolah olah sejarah berulang lagi, kemarahan sudah sampai ke puncak. Aku melihat panglima turun ke halaman, mengumpul pasir di dalam dulang. Lalu pasir itu dibentuk menjadi dua lembaga badan manusia. Sebilah keris tumbuk lada siap tersisip di pinggang, gunanya untuk menikam pasir terbentuk bagi mengakhirkan hayat si kentoi dengan perempuan itu

"Jangan panglima" Tun bersuara. " Jangan di apa apakan budak mentah itu, ambillah  seekor kambing dari kandang kami sebagai galang ganti" katanya lagi. Puas juga memujuk  Panglima itu, puas juga cuba merampas tumbuk lada di pinggang. Akhir pergelutan berlaku menentukan kalah dan menang , tumbuk lada dapat dirampas dan disorokkkan. Malam pekat teus berlalu menuju siang.......esoknya kami terjaga....adik kentoi masih bernyawa, panglima telah lama pulang...............Tun dan Siti juga tiada.....



senjata saya yang ada


p/s pasir itu membentuk patung manusia. Perbuatan ini sepertinya tuju tuju yang mana boleh mencederakan manusia secara batin dari jarak jauh.

Friday, April 6, 2012

Berakhir Sudah Cinta

Salam....................,

Pak Usu sudah lama tiada, beliau menjadi anak angkat atuk kerana atuk tidak mempunyai anak lelaki. Menjadi anak angkat atuk biasalah kena belajar agama dan pergi ke masjid, manakala pak usu pula mempunyai minat tersendiri iaitu berjudi. Pak usu akhirnya bertemu jodoh dengan seorang perempuan minang sebagai pilihan hati. Ada sumber menyatakan bahawa perempuan itu adalah perempuan joget. Gambar perkahwinan mereka diabadikan dalam bentuk hitam putih, waktu itu pak usu berkaca mata hitam ala ala P. Ramli berbaju melayu temenggung........Siapa yang pernah memakai seluar baju melayu itu pasti ketawa.....besarnya....................

Berkahwin dengan perempuan cantik akan melahirkan zuriat yang cantik juga. Anak pak usu hanya seorang sahaja lelaki tetapi yang lain semuanya perempuan cantik cantik belaka. Maka kecantikan itulah menjadikan keluarga pak usu begitu berharga . Tiap kali majlis perkahwinan anak anak, seperti biasa adanya acara khatam alquran waktu pagi. Orang dulu dulu kalau tak pernah khatam quranpun mereka kena buat juga majlis itu mengikut adat...takkan nak karaoke waktu pagi...

Di sebelah malamnya setelah majlis berinai, ada pula acara joget lambak. Maka pada waktu itu bukan sahaja pengantin yang menari, tetapi juga emak bapak pengantin juga menari dan saudara mara. Kalau tidak ada perempuan berani berjoget, mereka jemput perempuanorang asli. Tok Batin kata tidak boleh pegang pegang, cuma menari saja. Tapi apabila tok batin sudah disumbat dengan botol anjing bodoh itu, semua peraturan sudah dilupakan. Lampu pula mulai malap, waktu itu pakai live band....berdentum dentum bang...... melenakan pengantin semalaman.............

Malam semakin tua, muzik semakin rancak, botol arak beredar dari meja ke meja, daun pakau meneman pak cik pakcik yang sedang memanas air untuk merebus telor ayam. Segalnya telah terjadi walaupun rumah itu berhadapan dengan masjid. Esok mendatang, ramai tetamu yang hadir untuk sebuah perkahwinan.....

Lama sudah tidak mendengar berita pak usu, dengar kabarnya sudah bercerai dengan mak usu. Waktu itu pak usu sudah pencen dan duduk di rumah anak anak dari rumah ke rumah.....Akhirnya pak usu meninggal dunia dan menutup satu kisah hidup manusia di muka bumi ini......Anak anak pak usu yang ada entah dimana dan kalau kalau bertemu dan berlaga hidungpun pasti saya tidak mengenali mereka.

Apa yang saya sebutkan bukan untuk memburukkan sesiapa tetapi menjadikan pengajaran bahawa hidup ini seseronok bagaimanapun, pasti juga berakhir. Perjalanan terlampau jauh, banyak yang dilanggar dan lupa, mudah mudahan Allah memberi pertunjuk dan mengampuni dosa dosa kita semua.

gambar hiasan

Thursday, April 5, 2012

GEMBIRA MASA MUDA

Salam,

Sedar tak sedar dah lama sangat tak menjenguk ke pub, tempat menari tempat lupa diri tu...Lama juga tidak melalak jadi artis perasan tapi itulah ceritanya kali ini...

Tahun 1983 dulu waktu itu saya ni buta sangat dengan keseronokkan. Saya tenguk tempat karaoke tumbuh macam cendawan. Kat Bukit Bintang itu, asyik dengar lagu cina sajalah. Memang tak sedap lansung bila tenguk orang tua tua melalak dengan perut buncit menatang arak di hadapan TV. Kekadang macam mengeja pun ada. Mereka nak jadi artis Hong Kong. Kat sebelah mereka ada perempuan gedik dengan skirt pendek menyerlahkan peha sementara bajunya pula melambakkan apa yang ada. Bagi yang ada duit , dunia ini mereka punya, bagi yang memandang pula cuma menumpang selera mata.... Karaoke nama diberi, bukan sahaja tempat meneguk arak, juga tempat seluk menyeluk sambil menelan abuk rokok dalam nafas. Di penghujung cerita perempuan gedik mendapat habuan setelah bermalam...................

Kemudian menyinggah pula ke rumah orang melayu. Mereka bukan sahaja membeli TV tetapi membawa panggung wayang dan speaker besar ke rumah. Melalaklah anak anak jantan , anak dara, pakcik makcik datuk dan nenek di rumah.....Tak apa maaa....hiburan sekeluarga... Waktu itu memang terasa sangat artisnya.

Paling cantik kita ke rumah orang kawin... Saya jadi DJ kampunglah...Suka hatilah nak menyanyi, nak melalak cam mana pun. Alat alat karaoke boleh dibeli di Pasar Pudu dan jangan fikir quality atau bunyinya seperti kambing sakit... Janji  memeriahkan majlis itu. Majlis orang melayu kena muzik bising bising sampai orang bercakap pun tak boleh dengar. Orang tua tua memang marah tapi pada suatu hari  adalah seorang orang tua tu datang kat saya dia kata..." tolong pasang CD ni, saya nak nyanyi lagu Timang Banjar "... Aduh sedihnya...sedih kalau tak terkata. Ikut sahajalah kemahuan orang tua.....................

Di bandar saya jumpa Purnama anak arwah Kasma Boty...., dia buka KALBU MALAMI, di sana saya tenguk makcik makcik menari mambo, ca car......memang seronok sangat makcik makcik yang kembali muda itu. Budak budak muda pakat gelak....Saya juga nampak  Shima.....dengan lagunya...Ku sendiri....

Semua sudah belalu tapi saya masih bermimpi saat muda muda dahulu, saat saya putus cinta dengan Era Fazira.....Pelik sungguh boleh mimpi cam tu.... Nanti dia balik Sg Buaya...dia pulak sembelih aku....



Wednesday, April 4, 2012

Bicara Hati

Salam..............

Dulu orang selalu tegur saya, dia kata kalau bercakap jangan ketawa ketawa nanti orang tak pandang kita. Cam mana ya, nak buat muka serius, nak tunjuk kita ni lelaki tegas 

Dulu banyak orang marah kat saya, hinakan saya malahan ada yang pulaukan saya.... Saya berjalan sorang sorang mereka tak pandang dan mereka seronok dalam kumpulan mereka. Semuanya kerana saya tidak ikut cara hidup mereka.

Dulu ada seorang budak fit, marahkan saya,dia kata lebih baik bercampur dengan babi kalau tidak mahu bercampur orang. Sekarang budak fit tu dah meninggal sebab terlalu banyak dadah bercampur dengannya


Nak bercampur dengan orang kita kena ikut cara mereka ke  ? Saya rasa pening dan serba salah. Saya duduk di rumah, buat hal sendiri, adakala pergi masjid, selesai solat balik ke rumah. Saya tidak sempat lepak kat tangga masjid, lepak dengan kawan kawan dan cerita cerita pasal orang. Kekadang saya bimbang , takut di hari kematian saya tak ada orang nak sembahyangkan saya, kekuburan juga lengang, tak ada orang nak iringi saya......Tak kasihankan  saya ke,  tinggal sorang sorang kat situ, ada ke sesiapa nanti nak temankan macam kat dunia ni. Boleh ajak sembang sembang sampai bila bila.........

Dulu ada seorang guru merunung wajah saya, dia kata " nanti budak ini akan jadi orang besar besar"... Sampai hari ini saya tak besarpun, sekarang dah tua seperti itu jugak....

Dulukan orang kata, cinta itu buta.... sampai hari ini saya tidak melihat mata cinta itu, cam mana saya nak kata dia buta...Saya tidak percaya pada cinta kerana cinta tidak akan menemani tubuh yang bersendirian. Yang ada adalah pengasih dan penyayang milik tuhan.


Monday, April 2, 2012

TERKEJUT BERUK

Salam..........

Alkisah beruk beruk dihutan itu berkumpullah di sebatang pohon rambutan yang rendang. Sambil makan makan beruk itu bercakaplah dalam bahasa beruk yang memang difahami oleh beruk beruk sahaja. Namun di dalam kalangan beruk itu terdapatlah sekelumpuk kumpulan beruk lain yang bercakap bahasa korea sesama sendiri. Apabila beruk beruk lain memandangnya, mereka pula menambah kuatkan lagi suara mereka dengan bunyi bahasa koreanya. Sambil bercakap itu mereka memanjangkan muncung dan meninggikan hidung keatas dan menganggap beruk beruk dihutan yang lain tersangat rendah mertabatnya. Beruk beruk ini bersepakat pula menjauhkan diri dari kumpulan beruk yang ada dan tidak mahu lagi bercampur dengan beruk hutan. Seekor beruk betina telah menyuarakan pandangannya " oleh kerana kita ini lebih terpelajar , eloklah kita keluar dari sini dan pergi ke hutan yang lebih mewah kerana kita ini bukanlah beruk lagi sebenarnya. Marilah kita duduk di dalam kelompok kita sahaja dan berkahwin dengan kalangan kita juga"

Pandangan beruk betina itu di sokong oleh semua beruk beruk bermertabat itu. Bermula dari hari itu, tempat tinggal beruk betina itu selalulah banyak beruk berlonggok. Apa  sahaja kata katanya dijadikan tauladan dan diikuti oleh keturunan beruk beruk di sana. Dia terus legend , diva, duta, dan menjadi sebutan mulut ke mulut. Suatu hari beruk betina itu pergilah ke sungai untuk mencari air minuman. Sedang dia sibuk menunggeng mencecahkan mulut ke air, maka terlihatlah dia akan wajahnya itu.... Dia terperanjat kerana tidak menyangka dirinya masih tidak berubah dan masih seperti beruk padahal dia adalah golongan terpelajar dengan kepintaran boleh berbahasa korea.........


gambar hiasan 

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...