Saturday, December 22, 2012

Tempat Selamat Dari Kiamat

Salam..................

Semalam, kiamat yang ditunggui tidak kunjung tiba. Ada orang percaya dan ada orang tidak percaya dan ada juga orang melihat tanda tanda yang mewajibkan percaya. Jam 7.00 malam semalam saya melihat langit menghitam, tandanya hujan kuat akan turun


Langit yang menghitam itu menandakan betapa beratnya takungan air yang bakal melimpah manakala kalau dilihat betul betul, kita akan merasa gerun dan gelisah samalah seperti beberapa hari lalu saya melihat angin berpusing pusing di waktu petang. Waktu itu banyak orang kelihatan berlindung lindung di dalam kedai. 

Semalam juga dengar khabarnya di luar negara banyak orang membuat persiapan menghadapi kimat. Ada yang menyewa tempat perlindungan. Meraka sangka mereka akan terlepas dari bencana kiamat itu



Dia bertanya secara mengejek: “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka jawabnya: hari kiamat akan datang apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar kerana gerun takut. Dan bulan hilang cahayanya. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama.

Maka pada hari itu, berkatalah manusia yang ingkarkan hari kiamat: “Ke manakah hendak melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!

Kiamat akan menelan orang baik dan orang jahat dan tidak mengira sesiapapun walaupun anak anak para nabi seperti berlakunya banjir besar tidak lama dahulu

Diwaktu itu Nuh terlihat anaknya sedang berenang, Nuh berteriak : " Wahai anakku..!.naiklah bersama-sama kami..!" Jawab anaknya: " Aku akan naik kebukit dan akan selamat dari airbah ini." Dimasa itu datanglah segulung ombak yang besar menenggelamkan anak Nuh dan orang-orang yang kafir. Maka hilanglah mereka dari pandangan mata.

Syukur Alhamdulillan, kiamat belum lagi berlaku tetapi manusia masih belum mahu beringat ingat dan merasakan masih selamat. Tidakkah sebenarnya kiamat itu datang sewaktunya manusia sedang leka........ Sebelum kita terlebih jauh, bersiap sedialah untuk menghadapi kiamat kecil terlebih dahulu. Kiamat kecil pasti berlaku pada diri tiap tiap manusia........." Carilah tempat berlindung "


Wednesday, December 19, 2012

DUNIA NAK KIAMAT


Salam,
Semalam kira kira jam 4.00 petang, pm dengar bunyi berdentum kuat. Jenguk kat luar sana kelihatan hujan lebat mula turun, angin berpusing pusing. Agak luar biasa juga, orang orang tua dahulu selalu pesan supaya anak cucu jangan buat sibuk mengintai ribut sebegitu. Tiba tiba dada pm berdebar....tapi tak jadi apa apa pun selepas itu.............

Malam tadi pm sakit kepala bagai nak pecah rasanya, mata terasa sakit. Yang pastinya pm tak nampak apa apa yang pelik semasa hujan kuat itu. Adakah angin itu menyebabkan pm sakit kepala ? 

Ada orang cakap dunia nak kiamat, tiap tiap tahun ada cerita itu. Ulamak cakap jangan percaya, apatah lagi letakan tarikh tertentu. Sebenarnya orang takut dunia kiamat, orang tidak bersedia, orang tak suka cerita cerita yang menakutkan, sebaiknya ceritalah yang syok syok, yang ghairah ghairah..............................


Monday, December 17, 2012

Ada Apa Dalam Kain

Salam,

Pagi pagi sambil memandu, pm mendengar lagu lagu lama dari radio klisik. Dengar lagu Salmiah Hasan, lagu Muhaini Suratman dan penyanyi penyanyi sebaris mereka. Pm kenal mereka, ada yang pm jumpa hari hari waktu itu semuanya bukan kerana pm terkenal tetapi senang tenguk muka....

Waktu itu pm hanya bekerja sebgai shif leader, masih mentah dengan segala hal. Pada suatu hari pm dipanggil seorang kawan dari lain deparment. Dia kata ada seorang penyanyi perempuan ni, selalu curi pinggan. Siapalah nak percaya penyanyi ni artis ni nak curi pinggan, bagaimana dia curi pinggan dan nak buat apa ? Pertanyaan terus menghantui fikiran. "Mengapalah dia orang ni memberi aku beban menyelak kain penyanyi " kata hati pm.

Malam itu sekitar jam 9, bertempat di sebuah restoran di tingkat 15 bernama " Sky Room". Tempat itu taklah tinggi manapun, tapi macam duduk di tingkat ke 150......Pm  menanti penyanyi yang di maksudkan itu di balik tabir. Sesudah dia makan, pm panggil dia ke tepi tangga. " Saya nak tenguk beg tangan akak" kata saya. Diapun membuka beg tangannya, sah memanglah sah ada pinggan sudu garpu dalam beg. Macam biasa pm kata " mau cerita panjang atau cerita pendek"...........

Selepas malam itu, tak ada ada lagi kisah pinggan hilang, penyanyi itu pula bertemu kami dan memulangkan segala gala pinggan yang diambilnya yang mana telah disimpan di rumahnya......Di atas kisah ini fahamlah pm seperti kata bos pm" kamu kena fikir seperti mana yang orang lain fikir...........




Sunday, December 16, 2012

TANYA SAMA HATI, APA RASA SAYANG

Salam..............

Pagi Jumaat lalu pm memandu kereta menghantar anak ke kolej, kelihatan seorang lelaki tua mengemis di tepi jalan. Tidak ketahuan bangsanya, ada mirip orang cina, mungkin juga bangsa kita Melayu nan Layu. Entah kenapa hati ini sangat tertarik tapi sayangnya tidak dapat menghalakan lensa ke situ....................

Setengah jam kemudian pm jumpa dia mengemis di dalam pasar kawasan makanan. Cepatnya dia sampai, naik bas agaknya. Pm nampak dia memasukkan duit kutipan di dalam poket bagi mengosongkan tadahannya dan terus berjalan seperti biasa  mengutip duit dari meja ke meja. Dia memang sudah tua, memang kelihatan tidak mampu bekerja tapi dimanakah anak anaknya atau sebenarnya dia sedang bergurau dengan dunia. " Aku tipu kau dan kau tipu aku"



Kekadang kadang bila difikir fikirkan kita jadi tidak ikhlas walaupun untuk 10 sen. Hati kita tertanya tanya adakah "orang" ini betul atau tidak. Kita kira duit 10 sen bukanlah besar sangat cuma nak bagi orang bukanlah main liat, macam macam tanya dalam hati perut tapi bila menghabiskan duit beli hand phone atau top up, senang aja pulak.........

Thursday, December 13, 2012

Sepi Pengemis Tua

Salam............

Suatu hari ayah talipon saya, dia menangis, dia kata dia sunyi. Saya tidak nampak kesunyiannnya yang hidup dikelilingi cucu cucu dan anak anak. Saya fikir ayah cukup mewah dengan apa yang dia ada. Pendek kata petik sahaja jari, apa sahaja yang dikehendakinya akan dimiliki di dalam sekelip mata

Ketika memandikan mayat ayah, saya melihat seluruh susuk tubuh ayah. Melihat ayah sepertinya saya melihat saya. Hari ini apa yang ayah miliki akan dimiliki juga oleh saya.....Kesunyian itu kini berada bersama saya walaupun saya berada di tengah tengah kegembiraan orang lain. Saya menceritakan diri saya yang tidak " menyelerakan" orang lain.

Suatu hari ketika saya pulang ke kampung, saya melihat banyaknya botol botol minyak urut di sisi emak. Emak kata dia lenguh lenguh kaki. Adik saya sangat rajin membelikan minyak minyak panas sebegitu untuk emak. Saya pegang kaki emak, terasa sejuknya. Minyak yang ada hanya memanaskan kulit tetapi tidak memberi apa apa kekuatan kepada tulang. Saya hanya bercakap cakap dengan emak bagi menghilangkan kerinduan .


Ketika emak sakit kuat di dalam hospital, dia mengangkat tangannya memberi isyarat menyuruh saya balik dan membiarkan dia seorang di situ. Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku kecuali hanya menghadirkan diri dan mempersolakan keihlasan saya. Abang sulung pula mengatur ngatur jadual giliran menjaga emak. Waktu itu semua orang sibuk dengan urusan masing masing, maka tidak hairanlah kalau emak suruh kami balik............ Hari ini saya juga melihat semua orang sibuk dan kadang kadang apa yang saya cakap mereka tidak faham. Saya mahu menceritakan suara hati saya.......................mereka tidak memahaminya, bahkan bahasa saya juga.

Pengalaman membuat kita semakin dewasa dan bertambah dewasa. Kita hanya berguna pada hari kita diperlukan. Suatu hari kita juga menjadi seperti orang lain yang jauh ditinggalkan dengan doa dan kenangan. Kita sepatutnya telah bersedia untuk menghadapi kesunyian daripada mempercayai apa yang kita dengar. Hidup ini terlalu banyaknya gurauan, gurau anak anak dan ibubapa, gurauan para para isteri dan suaminya sehingganya di suatu hari kita tertanya tanya kenapa kita kita tetap SEPI...........


Saturday, December 8, 2012

Rendang Mak Indon

Salam...........

Alhamdulillah, pm baru sahaja sembuh dari demam selsema yang berulang ulang dan merimaskan. Demam kali ini bukan sahaja menahan gatal lelehan dari hidung tapi juga menanggung sakit sengal sengal badan. Bersinp pula sampai sekuat kuat bunyi dan kekadang berlaku semasa sedang tidur. Benarlah kata orang bila badan sudah semakin tua kita semakin berat melaksanakan ibadah, tidak mampu membaca walaupun satu ayat. Waktu ini perjuangan imam bagaikan berperang di lautan api......Ada yang menang dan ada yang rewas, hanyalah Allah yang tahu.............

Semalam pm keluar ke Bukit Bintang, terasa lapar perut menyebabkan pm singgah di sebuah restoran di bangunan Berjaya Shompo. Pm tenguk pekerjanya adalah orang indonesia manakala makanannnya merupakan makanan kampung biasa. Pm mendekati tempat hidangan dan tiba tiba disapa oleh seorang perempuan indonesia dengan katanya " pak, makanan di sini tidak halal, ada daging babi " Pm kata " kan disini ada pekerja indonesia "...... Dia menjawab, yang halal cuma ini, sambil menunjukkan kueh mueh yang dijualnya. Pm terus berlalu dari situ dan mencari kedai mamak yang berdekatan.



Bercerita tentang makanan, sememangnya susah hendak dikatakan. Yang mana sebenar benarnya halal. Tukang masak di dalam restoren kebanyakkannya adalah pekerja myamar, nepal, india dan bangla. Ada bangla menggunakan nama orang islam padahal dia bukan islam, passportnya adalah tidak tulin disebabkan ada pegawai kerajaan memakan rasuah tidak mengira dosa pahala. Di sana sini JAKIM sibuk tentang lesen halal tetapi adakah mereka memantau kedai kedai mamak, kedai kedai di dalam komplek tempat jual beli. Adakah kita boleh makan makanan yang disediakan oleh non muslim ? Pastinya tanda halal itu sahaja yang kita percayai...............



Kata arwah guru pm jika ingin ilmu tajam dan doa cepat makbul, jangan makan makanan yang disediakan oleh orang kafir. Tetapi di zaman sekarang kita berkongsi sudu garpu dengan mereka, mereka suap ke mulut mereka, kemudian kita suap ke mulut kita. Kita ajar anak anak membaca quran, ajar anak benda benda yang baik baik tapi cakap kita seperti angin menembusi telinga. Pensyarah berbueh mulut di universiti, ustaz berbueh mulut di dalam masjid.....tidak ada berkatnya pelajaran itu dan hanya mendapat gaji......Semuanya kerana makanan yang syubahat.......... Diakhir kata, jangan tanya orang lain tanyalah apa yang di dalam kain kita, tenguklah puas puas...........................................

Wednesday, December 5, 2012

Pilhan Hati Seekor Biawak

Salam........sudah beberapa hari tidak menulis, badan terasa sangat letih dan kurang sihat. Apakah isu pm kali ini....Nanti pm letak gambar dahulu


Anak India yang dua orang ini terlalu muda sangat. Tengah bercintalah tu... Gambar ini pm ambil berdekatan Selayang Mall semalam...Cerita kali ini adalah tentang memilih pasangan hidup....Korang pernah pilih ke ? Pastinya telah dan pernah memilih akan tetapi pilihan itu dengan kehendak keluarga atau pilih sendiri sendiri ? Banyak orang sekarang memilih sendiri pasangannya mengikut selera masing masing tapi kenapa tidak mengikut kehendak keluarga. Susah juga kalau tak kenal , mana nak syok ? Macam mana nak sefahaman kalau tidak kenal hati budinya.

Apa salahnya sesekali kita jenguk kepada mereka yang kahwin dengan pilihan keluarga. Orang tua pasti pilih yang terbaik untuk anaknya, memenuhi citarasa kehidupan masa kini. Tentulah ciri ciri kesenangan diketengahkan dan bukan setakat cantik bergaya.

Hari ini banyak cerita cerita terbalik kita dengar, " isteri saya boleh mengawal saya, saya tidak dapat mengawal diri sendiri " Gila apa gamaknya orang ni, semalam pm dengar orang tu bercakap dalam tv. Seorang ibu berpesan dengan menantu perempuannya dengan kata " kau jagalah laki kau ni, dia ni susah bangun pagi sikit."  Kalau dah susah bangun pagi tak usah berbinilah.......buat naya anak orang sahaja. Pemalas bangun pagi , maka dengan secara automatiknya dia pemalas nak pergi kerja...sembahyang subuh tak usah cakaplah........Inilah akibatnya pilihan sendiri.....

Kalau bernikah dan berharap orang perempuan menunjukkan jalan dan membimbing ....entahlah....Bukannnya orang perempuan tak boleh jadi cikgu tetapi tak boleh jadi imam kepada orang lelaki kecuali kat Amerika tu....

Berhati hatilah kalau anda memilih suami yang rengan tangan......


pm tak jual benda ni

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...