Alkisah lama sudah aku meninggal Bukit Bintang. Di sana yang tidak ada hanya emak bapak sahaja manakala yang lain semuanya ada. Tapi yang nak aku sebut ialah benda yang haram haram itulah.
Tidak ada sesiapa yang suka menghalalkan benda haram tapi di bandar besar seperti Kuala Lumpur ada benda yang boleh diubah ubah oleh manusia. Dasarnya manusia telah duduk di dalam alam haram maka semuanya indah dipandang mata. Aku nak tanya ada ke korang nampak orang melayu bukak hotel. Tentu tidak banyak ... kan ? Maka sensitiviti dapatkah dijaga oleh bangsa lain ?
Di dalam hotel ada bar tempat minum arak, ada pentas tempat gelut gelut, ada SPA tempat urut urut, ada bilik tempat henjut henjut, ada ba.....tempat sedut sedut..... Maka di sanalah pula hendak diwujudkan lesen halal. Boleh ke gamaknya seperti supermarket ada section halal dan non halal walaupun datangnya dari peti ais yang sama ?
Hari ini aku berada di Chow Kit dengan tiba tiba ura ura dengar ada orang nak buka restoren China di dalam hotel. Tidak salah kalau China yang makan tapi mau ke orang orang melayu makan di dalam dewan makan yang sama ? Kalau pinggan mangkunya diasingkan bagaimana pula dengan sudu dan gelas ? Bagaimana pula orang orang kerajaan atau parti parti kerajaan datang ? Ada mereka tidak mempunyai hidung dan tekak untuk merasa. Jelasnya bangsa bukan melayu tidak terasa sensitiviti orang melayu.....orang Islam. main gasak sahaja nak berniaga dan ada pulak si bangsat yang luluskan. Kata mereka negara Islam.
.jpg)











.jpg)