Friday, November 1, 2019

Perjalanan Terakhir 2019

Salam,

Syukur alhamdulillah, hampir dua tahun sudah pm berada di tempat ini. Melihat berbagai ragam, berbagai cara dan corak kehidupan orang. Kini pm dekat nak pencen dah dan tinggal beberapa hari sahaja. Bagaimana perasaan sebenarnya....

Sebetulnya seronok kerja dan dapat gaji dan kalau berhenti pun bukan ada duit masuk ke saku. Tapi kita kenalah terimalah hakikat bahawa perkhidmatan kita telah tamat tempoh. Mungkin berhenti kerja dan relax sekejap dan selepas itu buat kerja lain dan tidak mengira soal gaji...asalkan kerja...


Pening memang pening, lari macam mana pun pening. Tapi terimalah hakikatnya bahawa kalau tak pening bukanlah kerja namanya, lebih lebih lagi duduk dalam kelompok sendiri. Kita belajarlah buat kumpulan terbaik. Ketawa bersama menangis bersama, kalau tenggelam pandai pandailah gapai apa yang patut. Kata orang tua, berpautlah walau hanya pada sehelai rambut.


Bekerja di tempat ini memang makan pun sedap...adakala main "sign' saja, sehingga ke tahap tidak boleh "sign" dah. Hidup dalam satu keluarga besar, berlaga hidung berlaga pipi, ada tinggi ada rendah semistinya gurauan itu menjadikan singgung menyinggong. Kira ok je lah....esok jumpa berbaiklah semula....


Melihat kepada potret ini, seperti pm nak memangkah satu satu macam filem 6 jahanam. Apa yang nyata, para sahabat ini kebanyakkan telah tiada. Ada yang pergi tidak kembali, ada yang pergi akan diganti dan ada yang pergi justeru kerana panggilan rezeki.


Pm masih berada disini meniti hari....esok lusa tulat tonggeng....proses penghapusan sedang berjalan..entah bila entah dimana...........

Pm sempat jumpa Tuan Guru dan ambil gambar bersama, jadi kenangan, mana tau ada orang belanja selepas ini....tidaklah kosong ketika melawat Darul Iman.......


Ha ha ha ha...dulu pun ada ingat nak jadi penyanyi...tapi suara kita tak sedap. serak tidak, basah pun tidak. Akhirnya jumpa tok ramli, sempat bergambar...tok ramli pun bukan kenal pm ..tapi dah tempat keroje pm....dia lalu jugaklah


Sebetulnya ada banyak gambar, untuk diisi dalam blog ini sebagai kenangan. Cukuplah sekadar ini, asal ada entry...nanti bila  dah pencen...pm akan menulis lagi.....


Friday, September 13, 2019

Bunian Kampung Pisang

Salam,

Pembohongan itu sangatlah mudah dan ramai akan percaya. Adakalanya perlunya pembohongan untuk menutup keaiban seseorang.......mungkin keterlalaluan tapi perlu.......



Seorang gadis manis putih melepak selalu dicuri pandang oleh ramai pemuda. Sekali pandang mungkin menimbulkan   seribu bayangangan. Gadis itulahlah yang sering menyediakan aku nescafe tarik di warung pisang itu. Sudah lama aku tidak ke sana. Ku dengar gadis itu telah tiada, dia berhenti kerja pulang ke kampungnya. Dia terkena fitnah......

Sahabat sahabat yang sering ke warung itu ada menceritakan bahawa gadis ini telah dihamili oleh orang bunian. Kandungan itu semakin hari semakin membesar.  Menurut kata sahabat, setiap kali azan berbunyi, perutnya akan mengembang dan kemudian mengecil semula apa bila azan berhenti. Berpandu kepada kisah tu.........kita percaya sememangnya gadis ini telah diiniaya.................jahat betul bunian ni. Menurut kata lagenda orang tua tua, kes hamil begini pernah terjadi. Perut akan kempis di hari kelahiran tanpa rasa sakit..........Sahabat sahabat yang menghubungi keluarga gadis ini mendapat jawapan bahawa perkara seperti ini adalah biasa dan pernah terjadi kepada keturunan mereka........Sahlah keturunan gadis ini memang hebat hebat dan mendapat tempat di hati bunian. Tentulah bapak bunian itu hensem segak, pandai memilih wanita cantik di kalangan manusia walaupun cuma bekerja di warung pisang.

Setelah berhari hari gadis itu menghilang diri, khabarnya pulang ke kampung halamannya. Takdir Allah yang maha kaya, terjadi kesakitan bersalin semasa  dalam perjalanan itu. Para para penumpang bas yang sama menjadi kelam kabut di waktu itu. Nasib baiklah ada seorang makcik berbaju merah menawarkan diri untuk menolong dan menghantarkanya ke hospital. Dia bersalin normal, bayi lelaki.....perutnya pun kempis seperti kisah lagenda dahulu....Rupanya kes ini terjadi kerana dia tersilap makan pisang di warung itu . 

Berpandu kepada kisah ini, aku ingin berpesan kepada sekelian anak gadis, janganlah cuba makan pisang terutama di musim  hujan.....bahaya,  kerana pisang ini kesukaan bunian jantan..............

Tuesday, September 3, 2019

Nasi Lemak Buah Bidara

Salam,

Tentu syok bercuti setiap minggu 3 hari. Tidak ada apa apa aktiviti kecuali makan tidur. Maknanya makan tidur makan tidur, sedar sedar usia sudah beralih. Dalam tak sedar sekali kali melihat cermin..rupa rupanya wajah sudah banyak berubah......

Seorang pakcik kutemui sebentar tadi, kutanyakan dia, apakah agaknya pakcik akan ingat selepas ini. Pakcik akan ingat orang berbuat baik dengan pakcik, pakcik akan ingat orang berbuat jahat serta khianat kepada pak cik ? Sukar dia menjawab kerana dia masih bekerja dalam usia yang tua ini, andainya dia berada di rumah seharian tentu sekali dia kan mula memikirkan.

Orang yang bergerak tidak akan berfikir, sukar sekali bergerak sambil berfikir kerana kita tidak dilatih begitu. Kita ini jenis makan bersorong. 

Sebenarnya apa yang dilalui itu adalah rencah kehidupan. Waktu ini adalah dihujung kehidupan, nak kaya lagi tak mungkin, nak makan lagi pun tidak mungkin, nak cantik lagi, lagilah tak mungkin. Orang tua sudah layak memikir sahaja ke mana arah selepas ini......klau masih mahu bercemburu bersaing dengan orang lain, lupakan sajalah kecuali jika tidak sedar diri. Kalau berlawan bijak dengan anak anak pun tak payahlah....................

Cuma apa yang dilalui masa lampau tidaklah sama dengan situasi zaman sekarang. Anak anak zaman ini sudah tiada kehebatannya. Kalau ada cumalah kepalsuan, kalau bercerita hanya tinggal penglipurlara. Sepertinya nasi lemak yang kehilangan baunya...bau nasi..bau sambal...bahkan bau daun pisang....isi kandungan sudah berubah..ada kacang 3 ulas, ikan bilis sebelah sebelah, timun kecik, telor......digoreng dipotong halus halus....kalian berbohong kepada kami tentang nasi lemak yang kami makan turun menurun.......



Semangat kalian sudah tiada kerana sudah dibeli oleh orang asing dengan harga yang murah dan adakalanya maruah kalian gadai. Kalian biar orang pijak sepak terajang tanpa segan silu...........

Aku dengar ada orang nak berhimpun dengan pakai melayu, bertanjak bersamping. Adakah saja saja atau nak menunjukkan bangsa melayu yang berdaulat. Aku sendiri tidak faham tentang daulat. Kekadang aku fikirkan daulat tu hantu...Korang jangan marah tentang apa yang aku fikirkan itu. Tidak kira apa pun, lama tidak kudengar lagu dondang sayang. Tidak ada anak muda yang mahu melagukan lagu kuno itu, keroncong dan ghazal pun entah dimana. Tidak ada majlis berbalas pantun. Tidak ramai tahu membaca jawi apatah lagi alquran. Kemana hilangnya anak melayu di zaman ini.

Adakah anak melayu di zaman ini pandai bersilat ? Mungkin ada yang banyak belajar bermula dari sekolah...aturan seminggu sekali, seminggu 2 kali. Kalau belajar menumbuk sambal pun belum tentu pandai dengan jadual yang begitu. Bila kita melihat pada baju kain dipakai...memang hebat...begitukah hebatnya atau seperti ayam berlaga digelanggang. Lompat lompat patuk dan kemudian menggelepar sehingga berterbangan bulu..............



Friday, August 30, 2019

Pagi Cerita Ini

Salam Jumaat,

Ramai diantara sahabat dan saudara mara kita sudahpun pulang dari menunaikan fardu haji. Alhamdulillah...balik dengan sihat dan ada juga yang batuk batuk demam...almaklum badan kita orang Malaysia, berhadapan dengan suhu negara orang, ditambahi pula bercampur baur dengan berbagai bangsa dari seluruh negara di dunia ini.

Bercerita bersangkutan mekah dan Madinah, terasa rindu pulak di hati dan memang adanya hajat hendak pergi lagi.....tapi entah bila tidaklah diketahui. Mula mula kena ada hati, kedua kena ada duit, ketiga kena ada semangat nak pergi. Yang paling besar adalah ketentuan takdir Allah.



Apa pulak kata orang kalau kita selalu dapat pergi ?. Menjawab soalan itu secara akalnya jawablah, Allah dah panggil. Tapi yang meletakkan komen dan dan hukum adalah mulut orang yang termasuk jenis tak sayang mulut. Ada orang kata, kalau selalu pergi kita akan jadi riak, eloklah bagi peluang dan taja orang lain pergi. Ada orang kata, tanda tanda nak kiamat....orang pergi ke Mekah tu.. makan angin sahaja, maksudnya jalan jalanlah.....

Ada seorang makcik tua, aku jumpa di Mekah tahun 2014...dia kata.." makcik pergi mekah tiap tiap tahun"....Gelang emasnya aku lihat banyak di lengan. Tak kisahlah dia nak pakai emas banyak mana sebab emas adalah menunjukkan kemampuan seseorang. Ya lah..dia ada banyak rumah sewa...maksudnya duit tak habis makan. Lalu laki bini pergilah ke Mekah, lagi pun orang melayu zaman tu...tak kan nak pergi ke Jepun, Korea buat umrah........

Balik balik cerita asal kita tadi, kekawan kita yang ada liat pulak nak pergi Mekah ni. Dia orang kata belum bersedia. Ada yang kata sembahyang dia orang tak cukup selalu, ada yang kata kalau perangai tak berubah buat apa nak pergi mekah, elok duduk di malaysia sahaja. Jadi dengan alasan itu..kita jalan jalan ke Korea ke Amerika sahajalah.....Nanti dah tua, dah ada rasa nak taubat barulah kita pergi. Ada yang kata nanti kita pergi, kita cuci habislah dan lepas tu tak hendak buat dosa lagi...........

Apa sahaja pendapat korang terpulanglah. Sebab korang semua pandai pandai dan mengaji tinggi. Maka kami yang tak cerdik ni carilah duit dekat dekat 5 ribu ke, lebih sikit ke, carilah travel agent yang murah murah untuk kami pergi umrah. Untuk pergi haji tentu lambat lagi. Q pun panjang dan entah tahun bila dan entah ada lagi atau tidak.............

Kepada yang suka jalan jalan, bercuti sana sini, dalam setahun melebihi Rm 5.000.00...ingat ingatlah sikit....hidup ni sebenarnya tak pernah ada rasa cukup. Ada sahaja yang kita hendak dan ada sahaja jalan kita nak habiskan duit. Dalam erti kata lain sebenarnya kita ni mampulah nak ke Mekah setahun sekali.... Mana yang kekurangan duit dengan sebab hal keluarga, pendapatan kecik tu...kita dah maklumlah.....

Tapi jika balik dari mekah, perangai buruk tak berubah tu...biasalah...setitik air tak kan boleh padam sekawah api.......Ingatlah...mintak ampun tu mintak ampun jugak, hutang kereta, hutang bank, hutang rumah tetap kena bayar......puasa tinggal tetap kena ganti....solat tertinggal tetap kena Qada....

Maaf ya kut aku salah cakap....



Thursday, August 29, 2019

Tarian Pen Buruk

Salam, masa tidak mencukupi untuk membuat catatan ini. Ada banyak cerita yang akan kutuliskan. Kau tunggulah ya...kerana di hujung usia ini pen buruk masih bertenaga


Masih kuingat orang tua ini....yang tidak memperdulikan masyarakat sekelilingnya. Dia buat apa yang dia suka, menari nari di hujung sana. Dia tidak salah tetapi masyarakat yang salah. Masyarakat cuba menghukumnya dengan lidah yang tidak bertulang. Masyarakat yang punya hak suara menghentam sana sini, melaga lagakan manusia dan cuba menonjolkan kebaikan diri di atas kelemahan orang lain. Cubalah jadi manusia yang berbuat dan memikirkan kebaikan daripada jadi bangsat memakan darah sesama manusia

Friday, May 3, 2019

HADIRLAH.......

Salam,
PM berharap masa lampau itu kembali. Kini Pm berada di hotel yang sama tetapi telah bertukar nama iaitu EDC Kuala Lumpur yang berada di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.


Tahun lalu,saat berbuka puasa sangat meriah, berbagai hidangan ada, termasuk kehadiran artis artis tempatan. Waktu itu promosi harga hebat juga dan tidak terlalu mahal untuk tetamu yang datang kalau dibanding dengan hotel hotel lain.


Perut diisi dengan penuhnya dan bertambah semangat lagi bila banyak tetamu yang datang. Walaupun begitu, hotel tetap menyediakan surau untuk solat  supaya tetamu tidak terleka..









Harga Baru Untuk Tahun 2019








PENGUMUMAN❗️PENGUMUMAN❗️ Yang dinanti sudah tiba!!!😱Tempahan awal telah dibuka bagi bufet berbuka puasa.. 🌜
Tempah awal utk mendapatkan harga terlajak murah!!!😍 Disamping hidangan yang lazat dan beraneka pilihan.. 
Hubungi kami utk info atau tempahan: ☎️011-3387 1899
💌 facebook.com/edckl

Mari Berbuka Puasa Di tempat Saya

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...