Kelmarin aku sudah membawa ayah ke Hospital Selayang bersama isteriku dan adik bungsuku. Kami semua tidak bekerja pada hari itu dan menjangkakan akan menghabiskan masa sepanjang hari di hospital. Ayah sakit ingin akhmar dan dijangka akan menjalani pembedahan kecil tapi doktor yang memeriksa telah membatalkan pembedahan itu kerana tekanan darah tinggi ayah naik dengan kadar luar biasa. Mungkin ayah tidak makan ubat mengikut aturan atau dia dalam ketakutan. Biasalah orang tua, umur sudah semakin senja. Dua hari sebelum membawa ayah ke hospital aku telah dikejutkan berita oleh adik bungsuku mengatakan ayah sudah balik kerumahnya dikampung seberang. Ayah yang sekian lama duduk bersama adik bungsu dengan tiba-tiba pulang dibawa adik lelakiku semula kerumahnya. Dengar kabarnya adik lelakiku tidak setuju dengan rancangan pembedahan itu dengan alasan tidak ada siapa yang akan menjaga ayah selepas itu dan dia juga bimbang ayah akan berdepan dengan penyakit melarat kerana ayah bukan sahaja mengidap penyakit jantung teapi juga kencing manis. Kebimbangan itu tidak lansung termasuk kedalam fikiranku kerana aku berpendapat ini adalah soal mahu dan tidak mahu. Aku menghubungi adik lelakiku pagi itu." Tek, aku tidak pandai mengubat cara kampung, kalaulah aku pandai sudah tentu aku mengubati ayah dan tak perlulah hantar ke hospital" kataku padanya. " Dia hendak pergi atau tidak ? " tanyaku lagi padanya. " Entahlah Da " katanya padaku. " Kau tak bagi dia dibedah ke ? " tanyaku lagi padanya. " Tidaklah begitu " katanya. " Kalau dia nak pergi tolong hantar dia kerumah adik bungsu dan jika dia tidak ada dirumah itu malam itu bermakna dia tak mahu pergi " kataku lagi. Perbualan itu berakhir begitu sahaja dan aku sangat berharap sesuatu akan terjadi. Malam itu ketika aku sampai ke kampung kudapati ayah sudah ada dirumah adik bungsu. " Jadi kita pergi ?" tanyaku padanya. " Jadi sebab dah janji "katanya. Bagiku asal dia mahu pergi sudah cukup memadai. Soal jadi atau tidak jadi pembedahan adalah perkaral lain. Yang penting kita berusaha, apatah lagi menjadi anak lelaki yang mempunyai tanggung jawab terhadap orang tua. Pastinya juga apa yang kita usahakan akan mendapat tentangan dari adik beradik. Wallahualam.......................
Saturday, July 31, 2010
Sunday, July 25, 2010
Ramadan
Bonda,
ramadan kembali menjelma
membuah rindu sayang dan cinta
alunan zikir di tepi pusara
Bonda,
masihku ingat tawa riang adik dan kakak
bubur cacar, pengat pisang dan ikan masak berlada
penghias bermakna waktu berbuka
dan.............
ketika bacaan Quran kualunkan
melepasi maghrib menunggu isya'
kau disisiku........
Bonda,
Tiada sesiapa bersamaku
yang dekat terasa jauhnya
yang rindu terasa benci
yang dinanti tak kunjung tiba
yang ada sepertinya tiada.
Bonda,
Ramadan ini kubersendiri
mencari cintamu dan kasih Ilahi
menunggu waktu akan kembali..................
ramadan kembali menjelma
membuah rindu sayang dan cinta
alunan zikir di tepi pusara
Bonda,
masihku ingat tawa riang adik dan kakak
bubur cacar, pengat pisang dan ikan masak berlada
penghias bermakna waktu berbuka
dan.............
ketika bacaan Quran kualunkan
melepasi maghrib menunggu isya'
kau disisiku........
Bonda,
Tiada sesiapa bersamaku
yang dekat terasa jauhnya
yang rindu terasa benci
yang dinanti tak kunjung tiba
yang ada sepertinya tiada.
Bonda,
Ramadan ini kubersendiri
mencari cintamu dan kasih Ilahi
menunggu waktu akan kembali..................
Saturday, July 24, 2010
Bunga Sang Lelaki
"Sewaktu muda muda dulu susah nak dapat makwe" kata Hasan sambil tersenyum petang semalam. "Habistu macam mana sekarang ? " kataku kepadanya. Dia tersengeh menunjuk giginya yang kuning sambil menggosok-gosok kepalanya yang separuh botak. " Seakarang dah lain dah, macam hujan datangnya" jawabnya lagi separuh ego. Orang seperti ini sudah banyak aku jumpa. Gatalnya mengalahkan miang rebung, sudah ada anak isteripun masih hendak mencari lain. Entah apalah yang ada kepada perempuan lain dan entah apa kurangnya kepada isterinya." Kau tu dah tua dah nak mati bawak-bawaklah bertaubat " kataku lagi. " Salah aku ke ?" katanya.
Sukar untuk mendapat jawapan itu. Hasan waktu mudanya memang orang tak pandang. Jangan mimpilah perempuan nak meleleh tenguk dia. Baju seluar jarang berganti, kenderaan tak ada, kemana sahaja naik bas dan teksi. Aku dengar dia ada juga girlfriend tapi semua lari..... Mungkin dia tidak menyelerakan atau orang lihat macam lempeng sekeping. Puas juga si Hasan belajar jampi serapah, nak mandi berjampi, nak bersikat berjampi, nak pakai baju berjampi. Pernah aku tanya" kau baca apa san ?" Dia senyum panajang menampakkan pipinya yang lebar itu......
Hilir mudik air pun mudikBagai bunga menari nari
Aku mandi sulung air
Bagai bunga kembang pagi..............
Hasan kata dunia sekarangni dah terbalik. Orang tak senonoh macam dia perempuan suka. Dia bukan kaya bukan ada pangkat pun. Dia ada bunga sahaja......... Percakapannya terhenti disitu sambil berlalu membawa bakul berisi bunga untuk dijual dipasar. Siapalah yang membeli bunga itu, siapakah yang mahukan bunga itu. Mungkin bunga itu untuk dipakai dikuil sahaja atau ditabur ditepi jalan.
Nak Jadi Ultraman
Siapa nak jadi ultraman ? Budak-budak suka, aku pun suka juga. Sekali silang tangan api keluar....syok banyaklah benda terbakar kat depan mata... yelah ada kuasalah..... Tapi kenapa pulak baju dia macam tu ya ? Mata bonjol dan kat kepala pulak semacam, nak kata tanduk bukan pulak....... Biar apapun, impian zaman kanak-kanak sudahpun berlalu. Seronoknya amat berbeza untuk masa kini. Orang tua suka apa ya? Pasti jawapannya banyak sekali. Kali ini aku mahu mengajar kalian satu serapah yang boleh buat macam ultraman. Begini bunyinya :
Ganda rusa ganda rusi
Tanam ditanah lembahAku berdosa aku dipuji
Aku bersalah aku disembah.
Biasanya jampi melayu berakhir dengan kata berkat doa...................................
Kalau kauorang tak percaya tak apa sebab aku bukan suruh kauorang percaya. Apa sahaja ilmu yang kalian hendak perlu ada asas perlu ada tiang.... Ada orang kata kena sembahyang.... Ye ke ? Beratus-ratus tahun para nabi berjuang mengajar sembahyang ke ? Jangan tanya aku tapi carilah yang lebih pandai
Thursday, July 22, 2010
SAKIT
Sudah 2 minggu badanku rasa sakit. Dari sakit belakang, sakit perut, selsema demam batuk dan sekarang bengkak pula berdekatan telinga. Ubat segala macam ubat sudah dimakan, air pun sudah banyak diminum. Semalam semasa memandu kereta pulang kerumah, mata terasa gatal -gatal, hingus melilih-lilih tidak karuan. Sememangnya rasa tidak selesa waktu itu, tambahan lagi jalan Templer jem "gila". Hati dan mulut sudah puas menyumpah..... Adakah aku ini orang tidak sabar ? Entahlah, cubalah kau orang tanya orang yang sakit gigi apa pula katanya. Kalau ada penasihat tentu dia kata " bersabarlah ini ujian Allah" Dia cakap sebab dia belum kena lagi, kalau dia terkena begitu mungkin dia lebih teruk daripada aku. Oleh itu bagaimana ya ? Aku bertanya kepada diriku sudah layakkah aku berkata
" SABAR"
DALAM sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:
“Apabila telah Aku berikan musibah kepada salah seorang hamba-Ku pada badannya,hartanya, atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa malu untuk menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal ibadahnya.”
(HR. Dailami, Al Hakim dan Tarmizi
Sunday, July 18, 2010
Rumah Itu
Dari jauh sudah kelihatan cantik tetapi tidak seperti dahulu. Dulu masa zaman budak budak aku pernah kesana. Arwah nenek cakap itu rumah Tanbochia. Siapa dia aku tak kenal tapi menurut kata orang, rumah itu kepunyaan seoarang taukeh China yang kaya. Jepun telah mengambil alih rumah itu sebagai tempat hukuman pesalah. Disanalah tempat pancung memancung dan pijak perut. Ada jalan bawah tanah, ada perigi mandi dan rumah itu tersangatlah besar. Dalam tahun 90an aku dan kawan aku bernama Khairudin ada masuk kerumah itu. Waktu itu seluruh kawasan semak dan apabila sahaja kami memasuki pintu rumah itu bulu roma pun naik tegak. Tak nampak hantu pun yang terbang mengilai atau melompat lompat disana. Kami nampak satu lukisan besar gambar kapal laut Jepun. Lantai pula banyak yang roboh. Kami melalui semua kawasan dengan hati- hati, takut manalah tahu jatuh kebawah. Kami melihat kawasan tempat mandi , perigi tempat pancung kepala dan jalan bawah tanah. Di dalam hal ini aku nak bagi tahu bahawa kita tak boleh dengar sahaja cerita orang dan jangan percaya bulat bulat. Seram memanglah seram , apatah lagi orang kampung ada bercerita bahawa rumah itu berhantu. Mungkin aku orang yang bernasib baik kerana hantu tidak berminat menyakat kami pada hari itu atau kami orang yang handal pada waktu itu. Biar apa pun, cerita semasa waktu kanak dan awal remaja menjadi kenangan yang indah. Khairudin sudah pun beranak pinak sekarang dan bekerja di Petronas. Kamilah bersahabat dan sering menghabiskan masa di Masjid Batang Kali, Masjid Rasa Hulu Selangor. Sudah hampir setengah abad hidup kami tidak pernah berjumpa hantu....................kami yang jadi hantu
Friday, July 16, 2010
Kumelihat matamu
dengan renungan yang kian dalam
penuh cinta dan seribu luka
melihat
perginya sebenak rasa
dan aku tersentuh disini
termenggu
mencari jawapan
menunggu......
Bila dan pastikah
secarik harapan ini terserlah
tak kala usia semakin senja
menanti......
Tuhanku,
kepayahan ini kulalui
dengan doa dan harapan
makbulkanlah.........
dengan renungan yang kian dalam
penuh cinta dan seribu luka
melihat
perginya sebenak rasa
dan aku tersentuh disini
termenggu
mencari jawapan
menunggu......
Bila dan pastikah
secarik harapan ini terserlah
tak kala usia semakin senja
menanti......
Tuhanku,
kepayahan ini kulalui
dengan doa dan harapan
makbulkanlah.........
Subscribe to:
Posts (Atom)
TUBUH YANG DURHAKA
Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...
-
Salam, 6hb disember 2019 aku terus melewati waktu pesaraanku walupun belum mencecah 60 tahun. Aku tanam anggor lagi dan meneruskan rancang...
-
Salam....... Dengan izin Allah semuanya berlansung dengan baiknya. Dapatlah saya menghadirkan diri ke majlis perjumpaan blogger walaupun say...
-
Salam, Waktu bujang dulu tinggallah bersama kawan kawan seramai 3 orang. Bila seorang dah kahwin dan berpindah maka tinggallah kami berdua...





.jpg)