Salam... pagi tadi aku tenguk budak kecik, anak cina comel... dia pakai baju kebaya.... dia tak faham bahasa kita... tapi membawa kebudayaan kita balik ke Cina...
Entah apa ceritanya bila dia sampai ke kampungnya dengan baju kebaya itu. Orang kita malas nak pakai kebaya , malu semalu malunya...
Sunday, February 6, 2011
Saturday, February 5, 2011
Malang Si Keldai
Pernah dengar kisah anjing dan keldai melayan tuannya ? Sianjing menasihat si keldai supaya meniru kelakuan manjanya terhadap tuannya pabila tuannya pulang ke rumah. Dia bukan sahaja menyalak nyalak kecil tapi juga menggeselkan badan kepada tuannya meminta didukung. Melihat sahaja perbuatan itu menyebabkab si kaldai cuba mengikut caranya semasa tuannya pulang kerumah. Bukan kepalang, tuan keldai marah sangat melihat keadaan keldainya yang tidak senonoh itu
Demikianlah contohnya sikap bermanja tidak kena gaya kepada manusia. Tiap tiap orang berhak bermanja tetapi biarlah kena gayanya. Manja orang muda dan orang tua tidaklah sama. Kalau orang tua nak bermanja macam orang muda, itulah disebut sebagai buang tebiat
Alkisah sang isteri pula merasa hati sangat melihat perangai suami tidak seperti waktu muda dahulu. Ya lah waktu muda dating bawah rumpun bambu, bila gatal gatal adalah tukang garu. Boleh bermanja dan lentuk sana , lentuk sini. Sekarang, pegang sikit dah tepis, tengking suami macam gajah naik minyak. Salah ke sang suami ? Akak oiii anak dah 10 orang tak kan nak beromen depan anak anak macam orang muda.... Nak manja biarlah kena gaya, suami mana tak sayang bini... patut patutlah...
Orang lelakini suka pada isteri yang ikut cakap, bunyi memanglah garang aje tapi hatinya taklah macam tu... tanyalah abang abang tu... Manja ustaz lain, manja ustazah cara lain, manja pak imam juga cara lain ... tak sama tau... Tanyalah pak aji pak aji tu.... Sebutan ini mengingatkan aku tentang seorang perempuan tua pada hari kematian suaminya.. Aku melihat dia menghadap mayat suaminya yang terbujur dihadapan mata. Aku melihat keindahan kasih sayangnya yang tersembunyi disebalik mulutnya yang suka berleter. Disitulah pemberian Allah iaitu kasih sayang yang tidak ada tandingannya dimuka bumi ini. Sayang sekali kenapa kebaikan itu tidak ditunjukkan sewaktu suaminya masih hidup. Kepada kaum hawa ingatlah... jangan melampau lampau, jangan hidup mahu bertanding sebaliknya menasabah diri dan carilah jalan baik dan lebih aman.
gambar hiasan
Thursday, February 3, 2011
Pagi Ini CNY
Pagi nan cerah menyinari Tahun Baru Cina. Tidak kedengeran bunyi mercun atau bunyi tarian naga. Tidak seperti tahun sebelum sebelumnya. Dulu kita dapat melihat Singa Tua menari, tahun selepasnya hanya anak singa menari, Dulu kita melihat berpasu pasu limau menghiasi kediaman tapi sekarang hanya limau plastik yang ada. Hari ini kita melihat kawan kawan berbangsa Cina bekerja dan mereka seolah olah tidak menyambut tahun baru. Mungkin tidak cukup duit atau mungkin tidak dapat cuti tapi tentu hairan kalau bangsa lain dapat cuti pada perayaan Tahun Baru Cina, cina pula kena kerja
Inilah kekawan jadi mangsa keadaan...macam tak reti cuti
Tour guide pun tak reti cuti , maka jalan raya di Malaysia tidaklah seperti dahulu.... sibuk sentiasa dan tahun ini pasti kutipan ampau kita menurun....uncle uncle dah tak ada duit
Wednesday, February 2, 2011
Suatu Petang Di Warung Itu
Menjamah selera diwarung kecil di tepi jalan adalah lumrah. Petang itu cuaca agak panas di dalam kebingitan suara pekerja pekerja kedai dilorong itu. Aku singgah sebentar diwarung itu untuk menjamu selera. Pastinya segelas teh tarik yang menyegarkan ditambahi pula bau nasi lemak yang cukup harum.
Aku lihat seorang pemuda duduk disebelah mejaku. Dia memesan makanan dan minuman sepertinya orang lain. Kelihatan dia biasa sahaja, maklumlah orang muda. Pekerja kedai kemudiannya membawa segelas air ais kepadanya mungkin teh ais , aku kurang pasti. Aku tidak melihat dia minum cuma aku tersentak bila gelas minumannya itu meletup secara tiba tiba manakala kaca bertaburan sehingga kemejaku. Dia terperanjat dan mengurut dadanya, manakala tuan kedai dengan cepat menyuruh pekerjanya membersihkan serpihan kaca dan mengganti semula minuman pemuda itu.
Itulah sebahagian kisah minum diwarung, biasa sahaja tapi merbahaya. Mungkin orang menganggap gelas itu mengandungi air panas tapi yang aku lihat gelas itu dipenuhi ais. Orang melayu mempunyai tanggapan sendiri. Inialah yang disebut SANTAU ANGIN. Aku adalah orang bernasib baik kerana terlepas dari permainan ini, manakala pemuda itu bernasib baik kerana dadanya tidak kosong. Jika orang lain mungkin telah PADAM. Inilah kejahilan manusia
Monday, January 31, 2011
Orang Baru Kaya
Jumaat lalu aku pergi ke LHDN iaitu tempat membayar cukai bagi orang yang berduit. Secara kebetulan aku dapatlah berjumpa dengan kekawan aku yang waktu ini akan mendapat berduit terpijak beberapa hari lagi. Mereka adalah diantara pekerja yang diberhentikan kerja oleh majikan mereka dan bakal mendapat pampasan (VSS). Setiap seorang paling paling tidak pun RM 40.000.00. manakala kepada mereka yang telah lama bekhidmat akan mendapat lebih dari RM 100.000.00 Dengan ini mereka bolehlah memasang angan angan untuk membeli apa sahaja yang teringin di hati.
Sempat jugalah aku bertanya kemanakah haluan dan apakah rancangannya selepas ini. Menurut kata kawan aku itu, dia akan membuka perniagaan satay dan sudah ada rakan kongsi bersedia membantu. Rata rata yang lain jugak berfikiran begitu iaitu membuka perniagaan sendiri.
Biasanya bila kita ada duit, maka ramailah saudara mara dan rakan sanggup membantu dan membawa cerita cerita baik lagi menguntungkan. Dengar kabarnya dahulu seorang dari kawan mereka mendapat duit pencen RM 100.000.00. Buka perniagaan air batu dan akhirnya lingkup..........Semua ini adalah kerana ditipu oleh kawan. Jadi kepada mereka yang baru baru nak mencuba nasib dengan duit terpijak ni, aku nak pesan... Kalau tangan anda tangan tukang masak.. pergilah masak. Kalau tak pernah pegang calculator , jangan nak berani berani cuba. Simpanlah duit dalam ASB... Perab lama lama...ianya lebih selamat
Duit ni, sekejap sahaja boleh habis. Ada baiknya pergi cari kerja dimana mana. Kerjalah apa apa yang boleh sementara waktu sehingga terbuka peluang yang lebih baik. Dalam masa yang sama apa salahnya tambahlah sikit gelang bini, rantai tangan atau cincin kerana itu adalah pelaburan yang bila bila boleh mendapat pulangannnya
Sunday, January 30, 2011
Bolywood
Semalam melayan TV Astro B4U cerita hindustan. Cerita lama yang mengandungi lagu lagu yang merdu. Cerita kisah cinta separuh mati separuh nyawa dan membawa anda terbang ke awan sambil berjalan dicelahan pokok bunga. Subhanallah asyiknya tapi hindustan tetaplah hindustan. Filemnya sekadar penghibur sedangkan kenyataan tidaklah begitu.
Tidak baik menghina bangsa orang kerana budayanya berbeza, sisem kehidupannya berbeza. Kalau rajin layanlah dan kalau tak suka boleh blah................
Aku dah mual sebenarnya kerana Malaysia tidak mengamalkan sistem hamba dimana orang orang kaya boleh memperkudakan orang miskin. Bayangkan apabila orang miskin datang ke rumah , tempat duduknya dihujung pintu dan tangga dan apabila mereka beredar , bekas tempat duduk orang miskin itu dicuci serta merta. Aku masih ingat waktu kerja di Bukit Bintang, kekawan aku yang kerja sebagai Room service merungut apabila mereka disuruh mengemas bekas makanan diatas katil dan meja. Bangsa itu pulak cuma memandang dan tidak mahu bergerak seperti batu di kerusi. Aku sendiri pernah mengendalikan kes kecurian di dalam bilik, bangsa ini tidak mahu bekerja sama untuk membantu aku memeriksa beg mereka sendiri sebaliknya menyuruh aku buka satu persatu beg mereka . Bayangkan di dalam sebuah bilik ada berapa beg. Kalau mereka sewa 3 bilik, alamat aku tak balik rumahlah...
Paling mual aku melihat seorang pelakun bolywood yang terkenal ketika penggambaran di Chow Kit. Aku melihat seekor macai berlari lari membawa makanan menyuapkan kepada pelakun itu. Dia empunya mulutpun orang lain kena suap. Sikit punya haru.... dah lagu suara lain .... macamlah dia bagus segalanya.
Biar apa pun mereka tetap menghibur dan baik di dalam filem, tidak melambangkan sikap banyak cekadak seperti yang ternyata terjadi. Pengalaman menyebabkan aku menjauhkan diri dari mereka. Aku bukan benci tapi aku tak suka. Aku tak suka dipergunakan kerana aku tahu mereka bangsa yang banyak mintak dan yang paling aku tak suka kalau mereka cakap " I got money ( sambil menunjukan dompetnya yang penuh dengan USD ), I can pay.....Pada masa itu mereka merasa Malaysia ini boleh dibayar
gambar hiasan
Kisah Uda dan Dara
Waktu itu sudah tiga tahun masa berlalu, namun pertemuan hari itu adalah pertemuan terakhir buat kami. Zaharah yang kukenal dan kucintai ketemui dalam keadaan tenang. Harapan untuk menyambung hubungan yang terlerai begitu meluap meluap pada pagi itu. Bukan hanya cinta tapi kerinduan untuk memeluk tubuhnya dengan erat bagai tidak tertahan lagi.
Zaharah senyumannya manis semanis hidupnya digilai banyak lelaki. Dengan perlahan menguntum senyum dia bertanya " apa kabar bang ?' Kabar baik " kataku padanya. " Sudah lama kita tidak berjumpa Zaharah" aku menyambung kataku lagi. " Ya bang " jawabnya. " Kamu bagai mana Zaharah " soalku padanya. " Saya beginilah bang, masih belum ada kerja yang tetap, jadi terpaksalah bekerja di supermarket ini buat sementara waktu" jawabnya lagi.
" Selepas perhubungan kita putus, adakah kamu mempunyai teman lelaki lagi" tanyaku lagi. " Ada bang, ada beberapa orang, ada yang kerja kerajaan dan juga ada juga askar" katanya sambil tersenyum. " Adakah abang mahu meneruskan perhubungan kita " soalnya padaku. Aku menjawab tidak sedangkan di dalam fikiranku berlegar legar jawapan lain. Kalaulah dahulu aku seekor monyet mungkin selepas itu yang menemani Zaharah adalah kera dan lotong......... Zaharah oh Zaharah nasib kau lah.... Begitulah kisahnya yang disebut oleh Amir dalam ceritanya masa lampau.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
TUBUH YANG DURHAKA
Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...
-
Salam, 6hb disember 2019 aku terus melewati waktu pesaraanku walupun belum mencecah 60 tahun. Aku tanam anggor lagi dan meneruskan rancang...
-
Salam....... Dengan izin Allah semuanya berlansung dengan baiknya. Dapatlah saya menghadirkan diri ke majlis perjumpaan blogger walaupun say...
-
Salam, Waktu bujang dulu tinggallah bersama kawan kawan seramai 3 orang. Bila seorang dah kahwin dan berpindah maka tinggallah kami berdua...





