Sunday, October 28, 2012

Itek Di swimming pool Mati Kehausan

Salam........

Selepas tinggal di rumah sewa di Selayang Baru, pm berpindah pula ke Desa Jaya Kepong. Kalau di Selayang , jiran sebelah menyebelah atas dan bawah adalah di kalangan bangsa sendiri tetapi di Kepong sangatlah jauh berbeza. Jiran kiri kanan depan dan belakang adalah terdiri dari bangsa Cina dan India serta Benggali. Setiap hari mendengar sorakan anjing dan loceng sembahyang, manakala penempatan orang melayu agak jauh sedikit dari rumah.



Di sini pm dan sekeluarga belajar mengenali hati budi orang, biar siapapun mereka, mereka adalah tetap jiran kita. Sakit pening dan apa jua masalah kita, jiran kita adalah saudara kita. Hanya adat bangsa dan agama yang berbeza tetapi darah tetap sama merah, tubuh tetap kejadiannya dari Allah....

Kami melihat semua perayaan dan adat, anak anak pm bebas ke rumah mereka dan mereka juga tidak ada pantang larangnya ke rumah pm. Pernah rumah jiran terbakar, maka sama samalah kami datang membantu begitu juga apabila pm keluar meninggalkan rumah maka adalah jiran yang baik hati tolong menjaga anak anak. Terkadang kadang pm tertanya tanya juga kenapalah kita sesama sebangsa susah sangat nak berbaik baik sesama sendiri. Kerja orang kita suka mencari selisih faham, umpat mengumpat, berbangga bangga , hina menghina...........Cuma yang bagus orang kita pasal bab mengubur orang, orang kafir tidaklah boleh menguburkan kita................

Kalau kita mempunyai kawan bangsa asing yang datang dari luar negara, kalau kita menemui pelancong dari luar negara, apakah yang hendak kita tunjukkan tentang budaya bangsa kita. Tentu kita akan kata bahawa bangsa kita adalah bangsa yang berbudi bahasa, tentu kita akan tunjukkan apa yang kita pakai dan kita makan. Kita sangat berbangga dengan bangsa kita ........Akan tetapi apabila mereka melihat orang kita bercakap penuh maki hamun, sombong tidak tentu hala, mementingkan diri sendiri, sudah tentu kita akan merasa malu dan tidak tahu nak jawab apa......


Masih belum lambat untuk bangsa kita bersatu mebentuk satu komunti yang terbaik....Salah sebuah surau di Keramat baru baru ini telah menyediakan juadah minum pagi selepas sahaja solat aidil adha. Pm lihat sendiri bagaimana mereka tidak mengira sesiapa, samaada orang tempatan ataupun orang luar. Semuanya dijemput makan. Makanan itu pula bukan sahaja hasil dari duit surau tetapi juga dibawa oleh penduduk tempatan untuk di makan beramai ramai. Seperti kata imamnya " kalau sikit kita makan sama sikit dan kalau banyak kita makan sama banyak.  Di luar sana masjid masjid besar tidak berbuat demikian, masing masing hanya menunggu daging daging korban. Masing masing memikirkan apa sahaja yang masuk tetapi tidak memikirkan apa yang mahu diberi. Apa salahnya diberi makan orang orang yang solat dan kemudian sama sama mengerjakan ibadah korban ...


Inilah keadaan kita pada hari ini yang masih belum bersatu sebaiknya orang orang luar yang datang bersatu di  tempat kita. Mereka bersatu menjadi satu kelompok dan menopoli tempat kita. Melihat pada keadaan mereka itu kita akan berasa marah sedangkan bangsa kita saling tolak menolak....itu bukan kerja aku itu kerja kau.....itu bukan salah aku tapi salah engkau.....

Saturday, October 27, 2012

Berniaga Dengan Hantu

Salam......

Syok melihat youtube Ustaz Azhar....Beliau menjawab soalan soalan yang pelik pelik terutamanya soalan dari orang muda muda dan bab nikah kahwin. Jawapan yang ringkas dan mudah difahami walauoun beliau masih menggunakan bahasa ibundanya. Kata ustaz jika ada basic agama maka menjalankan hal agama juga amat mudah.

Jika anak anak kita mengetahui halal dan haram, wajib dan harus serta sunat tentu sekali kehidupan  itu nampak mudah. Pada hari ini banyak perkara syubahat dan keliru....... ya tak ye jadi haram...Anak pm sendiri bertanya apakah MLM itu haram ? Pm kata berniaga adalah amat bagus tetapi jangan buat zalim dengan orang, sebab perbuatan zalim adalah salah disisi agama. Zalim itu bagaimana, zalim bila kita suruh orang pinjam bank, duit tu nak labur kat kita. Kita suruh orang tu carilah lagi 5 orang dan suruh jugak pinjam bank, labur jugak kat kita. Hari hari kita sebut dan cakap pasal untung, kita cuci dan kaburi mereka dengan master plan kita. Berniaga tak nampak apapun tapi meeting tak habis habis, cari orang down line tak habis habis, semuanya pinjam dan melabur. ...... Akhirnya mana mana yang tak cukup keupayaan tu akan lebur. Berniaga entah sampai ke mana, hutang dengan bank mengejar pula.



Dalam hidup tersangat mudah kita menyalah dan mencari kesilapan orang. Kita puji dan angkat semangat orang yang bodoh " anda hebat'.....Sememngnya mereka hebat kerana dapat melabur dalam perusahaan kita. Jikalau kita bimbing mereka dengan sebenarnya, pasti mereka akan berjaya, tapi kita ini suka tenguk orang tambah down line, lagi ramai masuk maka lagi banyaklah masuk poket kita.



Buat meeting perjumpaan waktu maghrib, cakap pasal pasal agama tapi solat pakat tinggal. Yang dikejar berniaga itulah...........

Apa apapun kalau tak pinjam bank bagaimana nak berniaga takkan pinjam along ? Jangan perbodohkan orang lemah meminjam duit dan selepas tu kalau tak berjaya...kita kata nasib kaulah...... Tuhan tahu  samaada kerja korang tu betul atau tidak dan jangan nak makan komisyen aja.

Friday, October 26, 2012

Agama Baru

Salam.....Selamat Menyambut Hari Raya Haji. Orang orang bukan islam ada yang menyatakan bahawa hari raya ini adalah untuk orang haji sahaja dan kalau belum haji tak perlulah raya....Kalau pm cakap bahawa kita dah naik haji kat Malaysia ni, tentu orang cakap kita gila. Mana ada tempat menunaikan haji di Malaysia kecuali ugama Sun Man.....

Di zaman moden ini banyak orang berpeluang mengerjakan haji, bahkan berulang kali, asal ada duit. Kalau tidak ada duit tak sampailah hajat, kita berhaji di sini sahajalah.....Tak usah pelik.......


Hari ini pm solat aidil adha dan solat jumaat juga di Keramat..... Sekali sekali solat dalam KL ini best juga. Di dalam KL ada bermacam macam rupa perangai manusia disebabkan sudah terlampau bijak pandai. Disini guru agama senang ditemui bersepah di tepi tepi jalan dan juga di kedai kedai kopi dan  kalau susah susah sangat ada internet boleh mengajar....

Di sebelah pm ada seorang jemaah iaitu seorang pemuda penuh bergaya, orang Kuala Lumpur memang canggih. Dia mengerjakan solat sambil menggaru garu dan menenyeh hidungnya berulang kali. Bukan sekali tapi dah lebih 3 kali......ada juga solat berjemaah tetapi membiarkan barisan saf yang putus putus.
Kehebatan seperti inilah yang pm suka tenguk. Semakin banyak orang bijak pandai semakin hodoh pula nampaknya.

Bagi pm orang seperti ini tidak benar benar belajar solat, kerjanya main ikut ikut ...Bab solat tidak habis lagi, kini beratur pula pergi berhaji. Waktu pergi begitulah perangainya, sudah pulang tidak berubah juga. Jadi soal hajinya itu diserahkan kepada tuhan sahajalah ? Maka berdoalah mudah mudahan Allah menerimanya ?

Kerana itu pm lebih suka mengajak berhaji di Malaysia, intai intai dan selak selak tentang kerja solat kita. Jangan main balun sahaja. Buat ikut sedap, buat ikut buku dan lansung tak ada cikgu..malas hendak bertanya, malu nak tahu....Di hari esok kalau ada orang bercakap bahawa orang yang mengerjakan solat itu telah memenuhi 5 rukun islam dalam solatnya termasuk haji maka jangan pula ada bengong bengong memahaminya.......Ye ke ?

Suatu hari lagi anak anak cucu kita akan menganggap bahawa cerita cerita tentang tuhan dan akhirat adalah cerita dongeng, hayalan yang tidak diketahui penghujungnya,,,,kau orang tak usahlah marah....kerana ilmu telah kehilangan berkat, belajar ugama dikenakan bayaran, orang pandai pandai sangat sibuk dengan dirinya, masjid menjadi gedung shopping terbesar. Belajar agama kena ada sesi makan dan minum, kena sewa dewan besar besar. Agama itu menjadi duit, mendapatkannya perlu duit. Orang miskin akan bodoh tentang agama, orang kaya akan memiliki quran terbesar dan tersangat digitalnya. Di sana sini orang membawa quran, bahkan di kelab kelab malam dan juga jamban. 


Wednesday, October 24, 2012

Pembunuh Upahan

Salam..........

Cikgu Misai gelarannya, seorang guru disiplin yang suka bercermin mata hitam walaupun di waktu pagi buta ditambahi pula dengan misainya yang hitam menebal membentuk wajah garang.....aduh...ramai student tak suka.....tapi pm suka. Dia juga seorang guru jasmani yang kerjanya sibuk tentang sukan, dari pagi sehingga ke petang dan sampai bila bila  dia suka memakai seluar track

gambar hiasan

Di setiap pagi ada waktu jasmani di kelas kami. Memang rasa malas juga tetapi tidaklah boleh mengelak. Dia suruh kami berlari dari sekolah ke arah hutan itu yang ada waterfall...tempat banyak orang datang, dan kemudian melalui kawasan rumah murah dan terus melalui pusat latihan bomba dan akhirnya kembali ke jalan asrama menuju ke sekolah......Dia naik motor kapcai, kami berlari macam nak mampus tidak termasuk kena kejar anjing ........so sweet ........... Semuanya berlaku disini


Mengingati cikgu misai dan cikgu kesukaannya iaitu cikgu Bi Bi..adalah sesuatu yang tidak mungkin kembali lagi kepada pm dan seluruh student di sekolah tersebut.


Di dewan ini , kami berkumpul pagi pagi sambil menyanyikan lagu " Negaraku" dan celoteh guru besar yang tidak penat bila sahaja dapat microphone. Ramai sudah pelajar pelajar pergi dan kini menjadi orang besar besar dan kecik kecik. Sehingganya juga disuatu hari ada 2 orang bekas student datang memakai uniform tentera yang berpangkat menemui Cikgu Misai....." Cikgu, sekarang saya dah jadi orang " kata mereka. Semuanya kerana sakit hati mendengar maki hamun cikgu misai sewaktu dahulu memperlekehkan kemampuan mereka.


Asrama ini tempat kawan kawan pm sewaktu dahulu dan kini dipenuhi dengan anak anak bangsa kita yang mewarisinya.

Sudah lama pm tidak berjumpa dengan Cikgu Misai dan juga merasa rotannya. Dia masih dalam ingatan dan bukan kerana dendam tetapi rindu pada kenangan lama. Waktu itu pm sempat berjumpa J.Sham penyanyi tahun 60an dimana beliau juga menjadi Nazir sekolah......

Pada tahun 1995, pm telah terjumpa Cikgu Misai yang kebetulan tersangkut di pondok parking di Federal Hotel Kuala Lumpur. Dia tersangkut kerana terpaksa membayar RM 30........ Apalah yang ada pada RM 30/- itu kalau difikirkan tentang kebaikan tegurannya.... Apalah yang ada dengan RM 30/- itu kalau kita mampu menggunakan tandatangan kita yang penuh kuasa untuk membebaskannya dari bebanan itu. Dia sudah jadi nazir sekolah ketika itu dan sekarang entah di mana, rasanya dah lama pencen....Kami semuapun dah tua dah....

Garang bukanlah bererti makan orang dan kalau kita tidak buat garang, budak budak akan pijak kepala kita. Cikgu sekarang tidak boleh garang dan terpaksa lembut lembut dan senyum senyum. Maka dengan itu ramailah budak budak tidak mahu mendengar kata sebaliknya akan pasang " peguam" untuk kebodohannya.

Tuesday, October 23, 2012

Derita Seorang Lelaki

Salam...........

Terasa uzur sangat badan pm ini. Makan ubatpun tidak berpuluh. Mata rasa mengantuk , mata perit berair, dan entah apa apa lagi


Waktu sakit ini kalau kita cerita cerita pada orang , memang tak guna pun....tanggunglah sendiri


Mudah mudahan Tuahn memberi rahmat........


Sunday, October 21, 2012

Tarian Tiang di Pokok Pisang

Salam........

Dari cerita misteri kita berubah sebentar ke hal ehwal dunia. Anda pernah melihat tarian tiang ? Pm tidak pernah tenguk lansung. Tenguk tiang seri adalah. Kalau di rumah rumah kampung yang lama pasti ada tiang seri dimana anak cucu seringlah terlanggar tiang sehingga bengkak bengkak kepala. Di sebalik tiang seri pula ada berbagai bagai cerita misteri tetapi orang bandar lebih misteri pabila mereka suka melihat perempuan menari nari di batang tiang sambil berpakaian menggoda. Pm sukalah nak sebut bahawa orang lelaki ini sangatlah seni dan suka melihat benda benda seni, orang perempuan tidak boleh marah kerainatang na perasaan kesenian seperti itu tidak ada dalam buku orang perempuan.



Tahun 80 an dulu pm tak nampak tiang seri seperti itu tetapi pm melalui hidup moden mengenali penthouse. Binatang apa penthouse itu ? Kawan pm bernama Rosli yang bekerja sebagai penjaga pintu kelab penthouse tu. Sekali sekali ajak lama lama pm jadi seronok masuk ke sana apatah lagi free lansung tak bayar.... Di dalam penhouse itu ada pertunjukan silap mata dari artis artis Hong Kong. Sepertinya tempat wrestling juga, ada pentas di tengah tengah dan kerusi di sekelilingnya. Pm selalu duduk kat belakang belakang sekali manakala kerusi di hadapan dipenuhi dengan orang orang tua. Maklumlah orang tua mata tak terang macam orang muda.


Selepas persembahan silap mata maka keluarlah persembahan berikutnya dimana ada gadis atau emak gadis atau nenek gadis keluar ke pentas dengan berpakai coli dan seluar dalam sahaja. Mereka bukan sahaja menari tetapi juga membuka seluar dalam mereka satu persatu. Tidak ketahuan berapa banyak seluar dalam mereka pakai tetapi setiap helaian yang dibuka merupakan debaran kepada orang orang tua yang nak mampus di kerusi bahagian hadapan.

Dapat dilihat aksi aksi ghairah yang menjadi tepukan gemuruh termasuk juga menggunakan pisang kecil dan bapak pisang sebagai bahan uji. Adakalanya adengan " mengawan " dilakukan menjadi tontonan ramai......Menonton sebegini memang seronok apatah lagi di tengah tengah malam buta di saat orang orang soleh menegakkan solat tahajjud manakala kita pula asyik berselera tak sudah sudah...........




Saturday, October 20, 2012

Misteri Di Kaki Bukit

Salam......................

Cerita misteri memang jadi kesukaaan ramai...kalau main tambah tambah juga semakin sedap. Kebenarannya hanya Allah yang tahu.......

Apakah yang benar sebenarnya ? Semenjak dari kecil lagi pm dijaga dengan penuh berhati hati....Orang orang tua dahulu sangatlah suka berpantang larang, anak cucu bukanlah semudah itulah keluar rumah, apatah lagi merayau rayau dengan tidak tentu hala. Kalau dibandar banyak kereta tetapi di kampung banyak pula cerita hantu dan orang halus. Pendik kata kalau tersalah langkah kita terlanggar dan terpijak mereka....


Kecik kecik lagi emak membenarkan anak anak belajar silat. Entah kenapa tidaklah ketahuan tapi sememang itulah aktiviti orang kampung di malam hari asalkan tidak mencuri atau mengendap anak dara orang


Di belakang rumah pm di katakan ada penempatan bunian. Pm tidaklah pernah berjumpa mereka tapi arwah emak memang melarang kami semua merayau ke sana di waktu tengahari buta atau di waktu senja. Pernah di waktu kecil dahulu pm terdengar bunyi riuh rendah di kaki bukit, nampak juga unggun api menyala nyala. Kalau dilihat nyata manalah ada manusia dalam hutan itu. Orang kata " orang bunian itu sedang membuat kenduri kendara, Sekarang dah tak ada dah....entah kemana mereka pergi... bukit sudahpun kena cangkul, agaknya mereka pindah ke rumah flat.

Dulu arwah wan tidak membenarkan pm menjenguk ke tingkap waktu hujan ribut. Arwah wan kata bahwa kepala ribut itu ada berupa kepala gajah dan juga kepala kuda. Biasanya arwah wan akan hidupkan api, bakar tempurung dan sabut kelapa, buat asap banyak banyak. Budak budak macam pm manalah nak dengar cakap, pm intai jugak....Tak nampak kepala apa pun tapi nampak angin berpusing pusing, seram juga dibuatnya. Pm nampak air hujan berwarna kuning di waktu senja itu, titisannnya agak keras. Siapa yang kena air hujan itu memang sah demam...bukan sehari dua tapi berhari hari... siap meracau racau sekali....entah hantu apa pulak duduk di sebalik hujan itu ?

Bila bunyi petir kuat, anak cucu duduk diam diam dalam rumah macam anak ayam duduk bawah kepak ibunya. Orang kata batu petir tu macam kapak. Kalau kena , alamat putuslah terbelah jua akhirnya. Arwah atok ada simpan satu batu petir, dia buat asah pisau. Orang kata kalau batu petir tu keadaan baik, member yang tukang hantar tu ambik balik.....Sampai hari ini pm tak pernah jumpa member tu

gambar hiasan

Satu lagi orang kampung panggil  petus. Ianya berbentuk batu bulat, ianya keluar meletup dari perut bumi. Biasanya ia tembak pokok besar besar dari bumi ke bahagaian pangkal pokok. . Biasanya juga pokok yang kena tembak itu akan mati tidak beberapa hari selepas itu dan buahnya tidaklah dapat dimakan. Orang yang menembak pokok dari bawah bumi itu pm tidak pernah jumpa. Jumpa peluru sahajalah.................

Selain dari itu, hantu yang lompat lompat atau guling guling tidaklah pernah pm jumpa, hanyalah mendengar cerita dari mulut ke mulut. Kalau setakat nampak ekor harimau itu adalah tetapi hanyalah sekejap sahaja melintasnya. Soal bau bau memang ada.....di kampung banyak bau bauan....bau busuk, bau minyak urat, bau bunga sehingga ada yang menghantar bunga kepada kita. Orang cakap kalau  badan kita ada parut dia orang tak hendak, kalau tidak sudah tentu dah hilang ghaib dan tak jadi penulis blog sebegini...........


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...