Thursday, November 7, 2013

Peluklah Daku

Salam,

Orang tua tua kata jangan duduk atas bantal nanti kena bisol. Pelik sangat bunyinya dan hasil daripada itu kami masa budak budak dulu tidaklah berani duduk atas bantal. Sampai usia ke tua bangka ini masih tak pernah duduk atas bantal. Yang sedapnya baring baring di atas tilam yang besar dan pastinya tilam kekabu....

Masa kecik kecik dulu, kami adik beradik suka baling baling bantal . Emak selalu marah dan sampai campakkan batal itu keluar tingkap sehingga jatuh ke tanah. Kerana takut pada emak, di dalam diam kami pakat pakat kutip bantal itu...Hari ini susah nak jumpa bantal kekabu dan budak budak bandar pun tak tahu dimana dapat kekabu tu....


Di dalam perjalanan pm ke utara pm nampak pokok kekabu tu... Dalam KL tak nampak pun. Kalau jumpa bantal pun kat dalam supermarket. Itu pun tak selembut bantal kekabu. Dulu pm ada bantal peluk besar dari kekabu. Satu malam bantal tu jatuh ke atas ubat nyamuk. Satu rumah bau hangit dibuatnya. Nasiblah rumah tak terbakar, kalau tak.... hari ini tinggal berita sahaja dalam surat khabar usang.......

Paling dahsyat jika ada anak kencing malam. Habislah tilam atau bantal kekabu tu berbau hancing......Tapi  kan... yang seronoknya adalah yang baru kahwin.....ditambahi pula dapat kelambu.... Hari siangpun tidak akan sedar........ 


Sekarang ini janganlah berseronok. Bantal tilam terasa panasnya, ada kelambupun habis dibuang. Orang suka tidur di depan TV, baring diatas carpet dan berbantalkan kusyen. Tidur tidak tersa nikmatnya. Tau tau hari dah pagi.... bangun mandi dan terus pergi kerja........

Kepada yang baru kahwin tu, tak payah pergi honeymooooooon jauh jauh. Pergilah ke kampung kampung. Orang kampung tak perlu aircond, tak perli siaran astro ......memadai TV 1,2,3... pukul 9.30 dah tido walaupun waktu tengah malam bangun 2-3 kali....... Esok jangan lupa solat subuh ya.........

gambar hiasan

Wednesday, November 6, 2013

Kosong.... Kosong

Salam,

Semalam pm pergi melawat isteri anak saudara yang masih dalam pantang bersalin. Mereka baharu sahaja pulang dari kampung kerana berubat cara kampung. Doktor GH mengesahkan bahawa isterinya menghadapi masalah urat bersimpul di kepala. Sebelum keluar dari hospital dahulu , bahagian kepalanya sudahpun "ditebuk" dan dengar khabarnya akan dibedah pada 19 oktober ini. 



Pm tidak pasti, tapi kepulangannya kali ini membawa perubahan yang banyak. Dulu tidak boleh banyak bercakap tetapi sekarang sudah nampak sihat. Cuma penyakit muntahnya masih ada walaupun sekali sehari. Masih perlu dibantu untuk bergerak ke bilik air dan persemimbangan badan masih belum pulih. Beliau mampu menyusukan anak dan seperi yang saya katakan tadi dia nampak sihat dan boleh makan dengan baiknya. Di kampung beliau berubat secara batin dengan seorang ustaz dan kemudian berurut sedikit dengan bidan kampung. Dari cakap cakap keluarga mereka, mereka tidak mahu meneruskan pembedahan itu. Pm diam " tidak mahu komen".



Bayinya sihat cuma selepas jam 9.30 malam mula buat perangai. Budak ini tidak mahu tidur malam katanya  dan selalu sahaja berbunyi. Biasalah budak budak lagipun perangan bapanya pun tidak suka tidur malam. Pm banyak berdiam dan hanya suka memandang ...... Tidak ada kata nasihat atau cadang cadangan kerana bimbang kata kata pm tidak membawa erti.

Pm memandang tempat meletakkan bayi dan tempat tidur perempuan itu. Di atasnya ada tergantung ayat Qursi ditulis di atas tembaga. Di sebelah kiri ada surah Qul tergantung di dinding. Pm melihat wanita itu membaca sesuatu sebelum minum air masak. Pm terasa kosong.........sungguh kasihan kerana pm juga tidak berupaya.........



Dalam hati pm rasa untuk berkata sesuatu tetapi terasa kelu................................

Zaman telah jauh berubah, kita tidak boleh tersalah cakap kerana banyak orang lebih pandai dan berpengaruh dari kita. Kita mengambil sifat berdiam diri sehingga ada orang datang bertanya dan orang yang bertanya juga perlu sedar bahawa mereka sebenarnya meminta pendapat orang yang bodoh...

Sepertinya yang pernah pm katakan dahulu bahawa di dalam rumah kita mungkin banyak tergantung ayat ayat suci alquran yang mahal mahal pembuatannya. Ayat itu hanyalah sebagai lambang kita sebagai keluarga islam namun kita tidak melihat kekuatan dan kelebihan ayat itu. Si tukang baca juga tidak terasa "apa" yang mereka baca dan hanyalah sekadar mengikut ikut kata arahan. Tulisan jawi dan quran semakin hilang pembacanya keran arus moden telah mengisi semua itu di dalam bentuk digital. Tidak perlu lagi membaca melainnkan rakaman tersebut akan berbunyi sendiri di corong pembesar. Al Quran yang sebesar itu bakal dibungkus dengan kain emas dan perak dijadikan tangkal bagi orang islam. Al quran diletakkan tinggi tinggi di sebelah imam dalam keadaan terbuka seterusnya menjadi bahan muzium di dalam masjid. 


Pernah seseorang bertanya pm " kenapa saya terasa kosong sewaktu mengerjakan solat" Pm tidak reti nak jawab kerana semua jawapan pm tidak mahu di dengarnya dan tidak diterima oleh akalnya....Apalah daya kita untuk mengisi kekosongan seseorang seumpama orang yang minum air tetapi tidak merasa lazatnya dan makan dengan banyak tetapi tidak terasa kenyangnya

Memadailah pm kata " marilah kita bersolat malam" Mudah mudahan Allah memberi sesuatu kepada kita. 

Akhirnya :
Kita berdiam diri.................buat apa yang boleh.......

Monday, November 4, 2013

Jodoh Pertemuan di Tangan Tuhan

Salam,

Semalam hujan lebat menangisi waktu magrib. Hujan lebat itu begitu bermakna untuk kami semua sekeluarga. Sebenarnya kami telah lama tidak berhimpun dan kalau untuk menunggu hari raya dan kenduri arwah juga dikira nasib nasib.....

Semalam niat abang long untuk mengumpulkan kami semua sekelarga telahpun terlaksana walaupun kakak ngah tidak dapat hadir kerana ketaatannya kepada suaminya. Perhimpunan keluarga ini adalah dengan tujuan untuk makan makan sambil sambil berbincang tentang urusan umrah kami awal januari tahun depan. Seperti biasa dapat makan ramai ramai, bayarpun ramai ramai dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.



Alangkah baiknya jika perhimpunan seperti ini diadakan ketika emak bapak kami masih ada. Tentu emak dan bapak sangat gembira melihat anak cucu yang ramai ramai. Tapi kehidupan manusia hanyalah sekali dan ianya tidak akan berulang lagi. 






Seperti yang selalu pm catitkan dahulu bahawa kehidupan adik beradik ini memang ada carik cariknya dan carik carik itulah disebut orang sebagai carik bulu ayam. Ada saat ada masa dan ada sebab semuanya akan kembali seperti sediakala. Namun ada orang ditakdirkan Allah hidupnya senang, ada juga yang hidup sederhana dan tidak kurang juga yang mendapat kesusahan berpanjangan. Masing masing menerima bahagian masing masing sehinggalah kembali kepada yang empunya........

Apa apapun, yang pergi tetap sudah pergi, tinggallah kita yang ada ini untuk meneruskan kehidupan...


Sunday, November 3, 2013

Panggilan Kaabah

Salam,

Pm adalah diantara beberapa orang murid Datuk Empat di kampung kami. Datuk Empat ini bukan mengajar silat tetapi mengajar mengaji Quran. Nak kata bagus sangat tidaklah tetapi sekurang kurangnya dapat lah mengenal huruf dan belajar tajuid secara ringkasnya. Dalam bab lagunya, memang pm jadi "simpang karenang". Mengaji asal ada bunyi, kekadang sedap dan kekadang tak sedap lansung. Maka seperti biasa apabila kita meliuk keterlaluan, rotan akan singgah ke belakang. Sekali " sap" menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.


Keadaan sebegini tidak mungkin dirasai oleh anak anak kita. Hari ini budak budak belajar mengaji di dalam kelas berhawa dingin, bercampur gaul lelaki perempuan. Hayun quran ke sana sini tanpa hormat dan tanpa wudu'. Tidak terasa membawa Quran dan mertabatnya bagaikan buku cerita kisah cinta.

Orang kata Islam itu  hakkul yakin tapi entah di mana yakinnya. Nak kata tak belajar, banyak pula yang masuk tahfiz bahkan dari kecik kecik lagi. Anak anak dibalut berbungkus bungkus tapi si emak dibiar telanjang. Hari ini emakbapak kebanyakkan mampu menyekolahkan anaknya. Pagi sekolah biasa manakala petang sekolah agama. Budak budak itu sentiasa penuh masanya sehingga tidak sempat menonton tv. soal makan alhamdulillah, kalau sudah masuk dua sekolah tentu belanjanya dua kali ganda dan siap dengan dibekal talipon bimbit lagi....

Inilah zaman kita hampr tidak merasa apa yang kita buat. Kita belajar banyak buku dan kitab tetapi telah hilang menafaatnya dan tidak dapat apa apa walaupun hanya tinggal sepotong ayat. Kita mendirikan solat tetapi solat kita entah dimana manakala kita pula terbang jauh dimana-mana. Harapan untuk banyak beribadah diwaktu tua, hanyalah cita cita dan bayangan gurauan. Pm rasakan bahawa di dalam usia sebegini untuk menghapal sepotong doapun terasa siksanya. Asyik asyik......lupa......

Pm suka menasihat diri pm dan juga saudara saudari tuan tuan dan puan puan sekelian...." jagalah makan" Lihatlah dari mana sumbernya, dimana datangnya....Duit yang banyak tidak dapat membeli keberkatan hidup. Benda yang tidak berkat akan membawa kehidupan yang tidak berkat juga. Jagalah hati, jagalah hati kawan kawan dan jiran, jangan menyakitkan mereka. Kegembiraan menyakitkan orang lain akan membakar ketenangan kita sendiri. Ingatlah wahai kawan kawan, berilah anak anak duit yang halal, makan pakai yang halal kerana yang halal itulah membawa berkat...........

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Tuan tuan,

Perjalanan kita semakin jauh dan semakin dekat pula ke penghujungnya, mudah mudahan Allah memudahkan kita... Amin


Abang sulung pm telah datang kepada pm memberikan doa ini, di saat usia kami merangkak semakin tua. Dahulunya kami semua terpisah oleh kerana fitnah dunia. Wang dan pangkat tidak dapat membeli siratulrahim...........................................

Saturday, November 2, 2013

Jangan Bersedih

Salam...........,

Kota raya membiarkan kita dalam berbagai darjat. Ada manusia semakin sombong memperlihatkan darjatnya dan ada pula orang menghina diri membawa dirinya sehingga serendah rendah kedudukan. Adakah kita mewarnakan hidup kita atau sebenarnya kita adalah pelakon mewarnai kisah kehidupan ini...

Bagaimana kita harus meneruskan kehidupan kita ? Menadah tangan dari pagi sehingga ke petang, minta dan terus meminta kepada tuhan. Bak kata arwah P. Ramlee " ulat dalam batupun boleh hidup"


Kenapa dia tercampak di tepian ini. Anak anak mungkin tidak ada yang suka, mungkin rumah orang orang tua sudah penuh. Mungkin orang orang kerajaan terlepas dan tertutup mata pandangan, lantas makcik ini terus menghuni kaki lima ini

Perhiasan kota ini tetap ada di musim tahun melawat malaysia... bagi menunjukkan betapa miskin penduduk sekitaran kita. Negara kita tidak ada tempat untuk membuang perhiasan ini.. Isinya terus tumbuh dengan berbagai bagai cara dan rupa


Di sana sini sempit, kekadang tanpa ruang...........Mereka terus menghuni kota ini....dan kita hanya mampu melihat....




Wednesday, October 30, 2013

Cinta Tidak Berkekalan

Salam,

Selama sebulan setengah saya menunggu JKKP datang melawat. Saya pening menyediakan dokumen yang diminta dengan sebab saya ini tidak sekolah. Saya kurang pemahaman tentang apa jenis yang mereka minta dan akhirnya mengambil keputusan menemui rakan rakan sejawatan dengan saya untuk meminta nasihat. Rata ratanya semuanya seperti saya yang bingong bingong ini dan kalau ada yang saya jumpapun kebanyakkannya berlagak pandai padahal mereka sendiripun terapung.

Sayapun mengambil ikhtiar menghubungi kekawan yang pandai namun kepandaianya hanya mereka sendiri yang pakai. Saya gunakan internet sebagai panduan dan berbekalkan sedikit pengalaman saya mula mengayuh sendiri computer saya. Saya berdoa kepada tuhan untuk mendapat pertolongan.

Akhirnya muncul seorang sahabat dari tempat lama menyediakan sedikit bekalan kepada saya. Saya terharu dengan pertolongannya namun diakhir ceritanya saya dimaklukan bahawa apa yang diberikan kepada saya adalah tidak ketepatan kerana dia sendiri pun terapung.

Dalam proses penyediaan maklumat, saya menerima respon yang kurang baik dari syarikat. Pertama syarikat sendiripun kurang faham kedua kekawan dalam lain jabatan tidak semuanya mahu bekerja sama. Saya beri nasihat dan tunjuk ajar, ada yang main pekak badak tak mahu terima. Bagi mereka untuk menyelesaikan masalah berdepan jkkp adalah masalah jabatan saya dan bukan mereka. Untuk kali ini saya berniat untuk melepaskan sahaja walaupun persediaannya hanyalah seperti melepaskan batuk di tangga. 

Banyak perkara menjadi otomatik terutama penyediaan latihan. Seperti biasa panggil budak budak berkumpul, ambil nama, ambil gambar , buat cerita sedikit dan akhirnya buku latihan telah tercipta. Hari demi hari persediaan semakin kemuncaknya dan akhirnya siaplah ................saya mampu tersenyum.

Malam terakhir menunggu hari esoknya membuat saya teringat kata kata guru saya " apabila telah sampainya takdir allah maka tiadalah doa dan tiadalah jampi" Benarlah itulah kenyataannya....

Esoknya saya saya begitu tenang walaupun ada kawan kawan di lain tempat menyatakan kesudian membantu. Saya tahu bahawa kita berjuang seorang dan matipun seorang. Alhamdulilah ketua ketua lain jabatan datang duduk semeja dengan saya dan berbekalkan dengan apa yang ada kami berdepan. 

Akhirnya semua berlansung dengan baik walaupun tidak sepenuhnya. Pengalaman ini mengajar saya tentang perjuangan yang kita sendiri perlu selesaikan. Banyak rakan rakan kita sendiri hanya pandai bercakap mengadakan ngadakan cerita, kita tertipu dan tidak semua orang akan bersama kita di saat kita menghadapi suasana genting. Kita hanya banyak kawan kawan untuk sama sama ketawa.....tapi yang pentingnya kita perlu tahu bahawa Allah mendahului segala galanya.


Monday, October 28, 2013

Mencari Maut

Salam....,

Petang ini hujan panas. Entah apa petandanya tetapi kita dilarang mempercayainya. Cukuplah kalau dikatakan bahawa perkara itu terjadi hanya secara kebetulan atau kelalaian sendiri. 



Saya terus merenung diri sendiri betapa susahnya kita mengawal diri kita, suara kita memek muka kita, perbuatan kita, perasaan kita dan lebih lebih lagi mulut kita. Ada setengah perkara nak cakap susah, tak cakappun susah. Bila dicakap nanti ada orang sakit telinga, bila tak cakap kita pula sakit hati. Jadi tahan punya tahan meletop juga sudahnya.



Mungkin kita cuba nak jadi orang baik, diam dan terus terima dugaaan, sabar jangan melenting tetapi adakah itu dituntut oleh agama. Untuk menegakkan negara adakalanya kita perlu berperang dan bukan menadah tangan menjadikan doa sebagai senjata. Kita menyorok disebalik orang lain yang lebih besar lebih berpengaruh, kita jadi orang baik selamanya....

Untuk menjadi lebih kuat kita perlukan ilmu tapi kita malas nak cari ilmu, kita tak nak belajar tapi mahu semua perkara settle dalam sekelip mata.

Itulah kita yang sering menyorok disebalik kebaikan padahal kita bukanlah orang baik. Mudah mudahan Allah merahmati kita dan memberi pertunjukkan dan kebenaran......wallahualam

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...