Wednesday, November 12, 2014

BEST KE KAHWIN ?

Salam,

Cuti sekolah kembali bermula. Musim tengkujuh dan musim hujan dimana menjadi musim orang nikah kahwin juga. Dalam suka duka mengumpul duit, kita hiasilah dengan gelak ketawa. Gelak ketawa nan sehari. Petang nanti jam 4.00, kenduri pun habis dan kalau ada orang datang pun cumalah sedikit sedikit. Khemah menunggu hendak dibuka, pinggan hendak dibasuh, periuk belanga apatah lagi, sambil sambil tu pengantin bolehlah berseronok sebentar di dalam bilik..... Esok menanti, awak tu suami, awak tu isteri....



Hanya sebelum kenduri itu banyak mulut berbunyi. Bukan sahaja bincang pasal khemah, urusan masak memasak dan penanggah maupun tukang cuci pinggan tetapi dah sibuk pasal buat"loan". Loan rumah loan kereta siapa nanti nak bubuh nama. Kalau kahwin tak ada kereta susah nak bergerak kemana mana. Tak ada rumah takkan sepanjang hayat hidup menyewa atau berlonggok di rumah mertua. Ada orang kena beli kereta dulu barulah beranak pinak, bimbang bininya sakit pinggang katanya. Ada yang menyambung bumbung rumah sampai ke jalan raya bagi mudahnya kenduri kendara. tidak termasuklah memilih warna warna tajaan kenduri kali ini. Dalam tak gah tu, gah juga maklumlah kenduri ni bukan selalu tetapi sekali seumur hidup katanya. Itupun kalaulah lakinya tak bernikah lain.



Apapun lantak koranglah, yang bernikah tu koranglah juga. Nasihat aku yang bodoh ni, tak usahlah korang berkira dan cerewet sangat. Yang pentingnya otak laki bini mistilah sefahaman. Kalau lakinya fahaman perompak, bini pun kena fahaman perompak Mudahlah kerjanya...

Sebelum bernikah bukan main kursus dan surkusnya,  jadi selepas itu hati hati le. Orang perempuan dah jadi kepunyaan suami, emak bapak tak boleh kata apa apa. Jangan kata menyesal pulak, dah terlambat.....


Tuesday, November 4, 2014

Dimanakah Tempat Bersujud

Salam,

Semalam sambil memandu kereta untuk pulang, sempatlah aku mendengar radio klasik menghayati lagu lagu lama. Sambil sambil itu mendengar cerita coretan orang di dalam rancangan ADILA.



Ceritanya adalag cerita orang melayu yang selalu disebut sebut di dalam surat khabar atau juga difilemkan bagi tayangan umum. Ceritanya berkisar tentang suaminya yang terkantoi justeru kerana gambar berdua dua dengan kekasih lama. Justeru kerana tidak puas hati, si isteri itu telah bersemuka dengan suami menyuruh berterus terang. Si suami pun berterus terang dan MENGAKUI kesilapannya kerana CURANG dengan isterinya. Lantas si suami berkali kalilah meminta maaf dan mencium cium tangan isterinya. Si isteri pula sussah sangat hendak memaafkan suami setelah suaminya minta maaf bagi nak rak bahkan boleh jika disuruh BERSUMPAH dengan Al quran pun boleh bagi memuaskan hati isterinya. Dalam cerita ini lambat benar isteri hendak memaafkan suami, dan suami pulak melambak lambak minta maaafnya kerana dia CURANG.

gambar hiasan

Aku mendengar cerita ini dengan perasaan agak pelik, aku rasa si suami ni baik benar orangnya. Pertama dia mengaku dia CURANG, ke dua dia minta maaf , minta ampun bagai nak rak. Kekadang aku rasa lelaki ni bengong sangat, kekadang aku rasa dunia ni esoknya nak kiamat... Aku terbaca satu tulisan dalam fb tentang maksud curang begini bunyinya ...

Maksud curang
Sebenarnya, bagi suami yang sekadar berkawan atau bercinta, mereka belum boleh dikatakan curang. Sebab apa? Sebab ada keharusan berpoligami yang mereka mempunyai 4 kuota itulah... Namun, suami boleh dicop curang APABILA dia mula mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa, akibat terleka kemaruk bercinta. Pada masa itu, dia bukan sahaja curang kepada isteri dan anak-anak, dia juga dicop curang kepada tuhannya (kerana mengabaikan amanah Allah SWT).
Nak setuju ke tidak aku tak pasti....penulis ini mungkin orang perempuan..........

Maka suka hati koranglah......

Rasûlullâh pernah ditanya, “Siapakah perempuan yang terbaik?” Beliau shallallâhu ‘alaihi wa sallam bersabda, Yaitu perempuan yang menyenangkan tatkala dilihat, taat tatkala diperintah, dan tidak menyimpang pada dirinya sendiri dan hartanya dengan melakukan sesuatu yang tidak disukai.” (HR Abû Daud dan al-Nasâ’i dengan sanad yang hasan)

Wednesday, October 29, 2014

Indah NYA Pongong

Salam,

Malas rasanya nak dengar tapi kena dengar jugak. Benda benda tak senonoh yang orang tak suka tapi ada yang sangat suka iaitu " PERBICARAAN ORANG MAIN PONGGONG"



Bukan orang kmpung tahu tapi satu negara tau dan kemudian satu dunia tahu bahawa di Malaysia orang suka main ponggong sampai masuk mahkamah. Tak ada benda lain ke ?...Bila orang tanya " you dari mana ? " Kita jawab " dari Malaysia.... Selama ini orang cakap " Malaysia bagus".. Sekarang orang cakap " itu tempat orang main ponggong".... Nak sorok muka kat mana weeeeh...



Tak kira sape menang sape salah, tak kira benda masuk dengan tusukan atau kerelaaan, tak kira dengan izin atau paksaan tenyata surat khabar Malaysia sangat laku tentang hal ini...............

Tuesday, October 28, 2014

Mengintai di Celah Celah

Salam,

Dah solat ? Soalan yang sering kuberikan kepada anak anak ? Memang susah, bukannya susahnya pada diri sendiri  tapi juga kepada anak bini. Mengapa payah sangat solat ni ? Ada orang cakap susah solat ni kerana tidak mengenal diri. Nak mengenal diri cam mana pulak ?



Sekarang, zaman ini semua orang dah liat. Liat sangat nak menunduk, liat sangat nak merendah diri, liat sangat nak mengaku diri tu hamba. Yang ada sibuk sibuk sibuk..... Sibuk dengan kerja, mesyuarat dan banyak benda yang penting penting. Time makan adalah time solat ? Tentulah makan didahulukan. Tengah dok suap suap tu, tiba tiba azan, tentulah kasi perabis satu pinggan atau dua pinggan. Time asar adalah time minum petang ...Jadi kena minumlah dulu............


Magrib cam mana ?, masa tu dalam kereta nak balik rumah, mana ada sempat nak singgah surau. Balik rumah nanti kita Qada' lah.... Sampai kat rumah selepas makan letih pulak. Apa lagi tidolah dulu....Bila masa ada kesempatan nak solat ni ?

Marilah kita duduk diam diam, cubalah renung renungkan, kita mungkin barisan terakhir, generasi akan datang akan lebih dahsyat lagi. Semakin hari semakinlah lupa, semakin hari telah tiadalah hamba yang tinggal adalah tuan tuan hamba....................

Monday, October 27, 2014

Belahan Jiwa

Salam,

Dah lama tak ada entry, tak ada mood, tak ada cerita dan susah sangat nak mendapatkan cerita...

Seperti yang pernah dulu pm sebut bersangkutan pesanan orang lama iaitu " akan tiba suatu waktu dimana adik beradik akan menjadi orang lain, dan orang lain akan menjadi adik beradik"

Baiklah marilah kita sebutkan bagaimana orang lain menjadi adik beradik kita....Beberapa tahun yang lalu ketika anak anakpm masih kecil, pam telah menyewa rumah di kawasan Selayang Baru. Boleh dikatakan bahwa jiran jiran pm itu baik baiklah belaka tambahan pula kita duduk jauh dari adik beradik seibu sebapa, maupun sebelah sendiri atau disebelah pihak isteri.

Suatu hari makcik di belakang rumah mengajak pm sekeluarga pergi ke Port Dickson untuk mandi manda bersama keluarganya. Oleh kerana keadaan pm begitu kekurangan, ajakan mereka pm terima. Pada masa itu pm memang tidak mempunyai sebarang kenderaan dan peluang berjalan seperti ini sangatlah dinanti nantikan. Kami semua bertolak ke PD dengan menaiki sebuah van kepunyaan keluarga mereka.



Setelah kembalinya dari mandi manda itu , makcik itu dengan tiba tiba memulakan jarumnya. Dia ingin meminjam pay slip pm sebagai penjamin membeli alat karaoke. Selepas beberapa hari itu terdengarlah suara nyanyian  di rumah mereka dalam keadaan begitu gembira sekali. Entah bagaimana pm terdengar berita bahawa mereka ingin membeli teksi pula selepas itu. Pm kemudiannya mengambil keputusan mengambil balik pay slip pm yang masih berada di tangan mereka.



Beberapa bulan kemudian anaknya pindah ke tempat lain berdekatan kawasan tersebut. Nak jadi cerita pada satu hari datanglah seorang lelaki cina menuntut bayaran bagi alat karaoke tersebut kerana sudah beberapa bulan tertunggak. Makcik sebelah mengatakan bahawa anaknya telah berpindah dan akhhirnya pm yang kena menjawab......

Kesimpulannya, orang buat baik mistilah ada sebab dan kita ini tidak pernah berhati hati dengan sebab kerana fikirkan MACAM adik beradik. Bagaimakah pula adik beradik kita pula ajak ajak sangat kita makan makan ........nak cakp susah , tak cakp pun susah. Sekarang ni makcik mungkin tu dah meninggal dunia, anaknya pula entah dimana. Namun cerita ini masih lagi dalam diingatan....wallahualam.

Sunday, October 12, 2014

Keluhan Sang Isteri

Salam,

Alahai seronoklah orang kawin tu " bisikan sang isteri. Lalu kujawab "eloklah, bersyukurlah, tenguklah keadaan kami. Nyatanya hidup itu tidak seindah mimpi.



Melihat kepada pakaian pengantin, betapa gahnya senyum simpul seorang wanita setelah berlansungnya akad nikah. Memang sungguh meriah.... Saudara mara kawan kawan, jiran jiran bersama sama meraikan. Lampu kamera tidak hentinya menyilau mata. Semuanya ingin dipahatkan di dalam memori. Memori yang bakal dikenang di hari esok lusa atau 10 tahun lagi...... Sampaikah nanti ke sana ?



Penikahan hari ini sepertinya kehidupan makan angin, pasangan bakal bertukar tidak sampai 2 tahun. Anak anak berbin dan berbintikan dengan banyak nama lelaki dan tidak termasuk yang entah mana satu bapaknya. Sungguh rengkas kehidupan perkahwinan itu. Manusia tidak henti mencari cari apa yang mereka kehendaki kerana yang sedia ada bagaikan tersalah pilih....................

Saturday, October 11, 2014

Jalan Jalan Berduri

Salam,


Apa terjadi bila umur anda meningkat setengah abad ? Sudah banyakkah harta yang dikumpul. Sudah banyak bekalan akhirat, sudah selesaikah urusan dunia..............?

Kekadang kadang hati masih berbisik setelah memandang ke cermin muka " aku masih muda". Apatah lagi berpakaian lengkap bersongkok berbaju melayu atau memakai sut hitam bertali leher. Sampai umur 62 tahun pun rasanya masih gagah.

Tambah gembira juga ada diantara kawan kawan kita yang berkhidmat dengan kerajaan dan mendapat imbuhan bonos setiap tahun dengan berbagai elaun serta dijanjikan pencen iaitu duit yang tak kan putus sehingga ke hujung nyawa. Kawan kawan kita yang merangkak dalam swasta atau bekerja sendiri ini bagaimana pula ? Adakah belanjawan 2015 ini akan menggembirakan mereka seperti kata kata penjawat awam di dalam TV semalam" terimakasih pm". Dengan nada gembira kerana DAPAT MENAMBAH hutang sehingga ke 100 ribu.

Mungkin agaknya kawan aku yang berniaga bahulu akan tersenyum kerana tepong tak kena GST tapi dia tetap berdepan dengan minyak petrol yang tidak dapat diganti dengan minyak gas atau minyak kelapa.


Bagaimana dengan rumah mampu milik ? Susah nak cakap... Ada ke lagi rumah harga 50 ribu ? Lelong lelong pun nak sampai 150 ribu. Sejak cerita mampu milik ini, masih banyak kaum keluarga kita hidup menyewa. Suka tak suka kena sewa sebab bank tak layan orang swasta ni... tak ada jaminan pencen macam orang kerajaaan. Anak saudara aku beli beli rumah 200 ribu kat rawang, hanyalah dia bernasib baik sebab bininya cekeegu sekolah. Dalam erti kata lain" pandailah dia mengunakan kemudahan"

Oleh yang demikian jangan kutuk kerajaan, jangan jadi pembangkang tapi bekerjalah dengan keraaan, semua anak anak pun masuk kerja kerajaan, minta kawan kawan dalam kerajaan tolong...Anda akan menikmati segalanya. Tak perlu lagi ada prinsip hidup tak mahu disuap untuk makan kerana segala kebahagiaan telah terbukti..........

Hari ini aku dengan kekawan aku yang bekerja swasta dan sendiri ini sedang bermenung, kami kena berhempas pulas untuk hidup untuk segala galanya sambil meniti usia semakin senja ini.....Dimata kami ada pemimpin yang gila kuasa semakin kaya hasil dari rempuhan gas pemedih mata anak bangsa. Ada pemimpin yang memperbodohkan kita dengan ceritanya sehingga kita terasa berada di dalam syorga. Kenyataannya neraka tetaplah neraka.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...