Followers

Sunday, April 24, 2011

Cucu Nenek

Salam..............semalam genaplah 49 tahun hidup dimuka bumi ini. Tahun hadapan jadi setengah abad masa dilalui. Hidup ini beginilah dengan pejam celik pejam celik masa berlalu, menghimpun pengalaman dan dosa dosa noda, titik titik hitam. Pada mereka yang masih bersih bersih itu, jagalah jangan hitamkan sejarah kehidupan.

Baru sebentar tadi fikiran melayang semula ke kampung halaman, ketikanya zaman kanak kanak yang sentiasa hingar bingar serta jeritan emak dari pagi sampai ke malam kerana kenakalan anaknya. Masih ingat lagi arwah wan yang menghabiskan masanya dikebun pisang diwaktu pagi. Pada suatu hari wan datang kepadaku sekembalinya dia dari kebun pisang itu. " Tangan aku berdarah din" katanya. Aku melihat lelehan darahnya dari tangan kanannya. Dia luka terkena parang panjang menyebabkan belakang tapak tangan terluka. . Entah dari manalah datang kepandainya aku ketika itu. Hanya menggunakan air liur dari langit langit tekak berserta selawat dengan tiba tiba darah itu pun berhenti. Itulah kuasa Allah


Hanyalah tinggal kenangan dimana akulah  cucu lelakinya yang sentiasa bersamanya. Dia hanyalah seorang tua yang tidak tahu membaca tapi mempunyai keinginan untuk mengetahui dan beramal. Apa sahaja doa doa dan zikir yang dipelajari, disuruhnya aku membacanya. Dari sana dia terus menghapal, menjadikan batu batu kecil sebagai bilangan tasbihnya walaupun sebutannya terlalu ganjal didengar. Sebutan agak pelat pelat menguatkan dirinya untuk terus solat malam, solat duha diwaktu pagi dan dia tidaklah seperti orang orang sekarang yang lebih "boraknya"

Hari ini ketika aku telah mula makan ubat ubat, mengingatkan aku kisah arwah Wan. Kemana sahaja dia pergi, dia akan membawa ubat ubatnya, berminat untuk membeli minyak minyak urut, minyak panas dan akar akar kayu. Semua digunakan untuk mendapatkan kesihatan walaupun tubuhnya semakin hari semakin lemah. Dia sering pitam tidak boleh bangun, bahkan kekadang sampai sehari terlantar. Emak dengan tabah menjaga wan sehinggalah pada suatu hari dia dipelawa oleh mak usu ke kota besar Kuala Lumpur untuk terus menetap di sana.

Hidup dikota besar ini bukanlah kebahagiaan dan ketenangan bagi orang tua. Walaupun anak cucu disini mampu memberi Wan apa sahaja. Sebut sahaja apa yang mahu dimakan, sebut sahaja apa ubat yang diperlukan , pastilah tersedia dengan cepatnya. Di kota ini Wan boleh menghadap tv dari pagi sampai ke petang, Wan tidak perlu masak, Wan tidak perlu basuh kain baju. Semuanya ada , semuanya dilakukan oleh anak cucu. Kedatangan Wan ke Kuala Lumpur adalah kesilapan besar kerana Wan tidak boleh pulang lagi ke kampung yang penuh habuk dan  sampah sarap yang tidak baik untuk kesihatan. Di kampung banyak ayam itek, banyak hama , nanti Wan batuk, sejuk dan tidak dapat tidur lena. Tapi di kampung ini Wan ada kami, cucu cucu yang busuk, bising serta membosankan. Cucu cucu inilah bersama Wan menjadi radio siang dan  malam memahami penuh apa itu kasih sayang.

gambar hiasan

akan bersambung..............................................................

6 comments:

siti murni said...

baru tadi pergi melawat tok. sama juga keadaannya...tak betah duduk di bandar dan masih merindui suasana kampung.

Citarasa Rinduan said...

selamat malam pakdin..
tua, namun banyak ilmu dan pengalaman yang mereka ada buat berkongsi dgn si muda yang melangkah ke alam tua

anGah said...

Gaya penulisan yang mmenarik untuk di baca.. Merdu dalam jiwa asam jawa mungkin? hehe

ghost writer said...

eh..selamat menyambut ULTAH.

Percaya said...

tok teh...

Panglima Muda said...

MCM TOK TEH YA