Followers

Thursday, April 14, 2011

Hati Yang Terhiris

Salam.........aku sudah mengikis perasaan kasihanku kerana rasa kasihan itu begitu murah harganya dari harga seekor ikan termenung... Seorang anak buah aku terpaksa belayar kerana dia tidak kasihan kepada dirinya dan keluarganya............... Biasanya pekerja baru dalam perhatian 6 bulan... Orang HR pun tahu

Aku dah ajar dah nasihat tapi bagitu juga perangainya. Datang kerja selalu lambat. Datang pagi lambat... biasalah hujan......... datang petang lambat.... trafik light rosak... datang kerja malam pun lambat.. motor pulak rosak. Mengapa banyak sangat masalahnya. Dia lahir di dalam bulan gelap ke? Nak kata teruk sangat, waktu solat dia pergi juga. Nak kata tuhan tak sayang dia..... tang ini aku tak berani cakap.

Minggu sudah aku hantar wakil menasihat baik baik , waktu tengah malam.... macam tu jugak... Dia tak dapat kejar trfik light dan trafik light selalu merah bila dia nak sampai tempat kerja......... Agaknya macam tu masalahnya sebab dia terlambat 2-3 minit. Masalahnya punch card tu bukan aku punya, bapak aku pun tak ada share. Aku kata kat dia, kalau kau nak tipu kau tipulah punch card tu, kau putarlah jam dunia kalau boleh.

Namun kebaikan ini adalah kelemahan sebenarnya..... anak melayu diberi betis mahukan peha.Makin diajar menjadi kurang ajar........... Akhirnya kita bungkuskan sahajalah jangan menyimpan duri di dalam daging, jangan mendukung biawak hidup, jangan sampai sabar memakan diri.

Macam manalah budak budak ini hendak hidup, macam manalah nak jaga anak bini kalau diri sendiri, nyawa sendiri tidak TERBELA.............., jangan menyalahkan tuhan, jangan menyalahkan doa, jangan berpura pura diatas sejadah tetapi kembalilah kedunia nyata. Hidup hari ini misti diteruskan, kita misti makan untuk hidup dan bukan berpuasa sepanjang hayat semata mata mengejar taraf " wali"



3 comments:

mama_izz said...

sama la dgn adik saya.. umur dah dah 26 mcm tuh jugak.. dah dok 5 bulan dgn saya ibarat menanguung biawak idup.. akhirnya kelmarin saya suruh dia balik kampung.. tak tahan sangat dah.. keje tuang-tuang... balik tengah malam.. esoknyer tak keje.. tak sempat dpt gaji dah kena buang.. agaknyer budak2 sekarang mcm ni ternd nyer.. hadoii!!

Panglima Muda said...

mungkin dia orang fikir senang nak cari kerja, tak perlu sijil. Mintak kerja macam bangla ajalah. Janji passport ada.....

MataHati @ MH said...

sepatutnya mereka bersyukur kerana mempunyai pekerjaa. tapi ramai yang buat perangai dan tak reti bersyukur